piao Publish time 18-3-2016 05:40 PM

Bukan sekadar kerjaya

Bukan sekadar kerjaya


http://ww1.utusan.com.my/pix/2014/1015/Utusan_Malaysia/Polis_&_Tentera/te_01.1.jpg

MESKIPUN ada sesetengah pihak menyifatkan bidang ketenteraan dan pertahanan bersesuaian dengan kaum Adam, sebenarnya tidak menjadi halangan kepada golongan wanita untuk menyertainya termasuk yang sudah berumahtangga.Tambahan pula bidang tersebut merujuk kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang amat sinonim dengan ruang angkasa.Namun begitu, bagi juruterbang pesawat Beechcraft 200T, Mejar Siti Suraida Mazlan yang ditugaskan di No. 16 Skuadron di TUDM Subang, menceburi kerjaya tentera adalah satu tanggungjawab yang sanggup diterimanya kerana bagi beliau, amanah untuk menjaga keamanan negara daripada diceroboh kuasa luar perlu dipelihara.“Siapa kata golongan wanita tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, padahal sebenarnya boleh dilakukan sekiranya mempunyai minat yang mendalam.“Saya mengambil tugas ini sebagai satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara daripada dimasuki anasir luar khususnya penceroboh biar pun melalui ruang angkasa," katanya kepada ‘MegaWira’ ketika ditemui di Pangkalan Udara TUDM Subang baru-baru ini.Siti Suraida yang merupakan ibu kepada dua orang anak berkata, setiap permasalahan yang wujud dalam menjalankan tugas perlu diambil melalui pendekatan positif.“Ini bagi tujuan mengumpulkan semangat dalam meneruskan perjuangan demi mempertahankan negara serta mengelakkan daripada rasa mudah putus asa.“Setiap masalah akan ada jalan penyelesaian. Jadi kita perlu bijak dalam membuat keputusan yang tepat," jelasnya.Bagaimanapun menurut Siti Suraida, beliau sedih dengan dua tragedi yang menimpa negara tahun ini iaitu insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac, disusuli kejadian pesawat MH17 yang ditembak di ruang udara Ukraine pada 17 Julai.Baginya untuk menghadapi dan menerima berita sedih itu memerlukan kekuatan fizikal dan mental, khususnya ahli keluarga penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat tersebut.“Saya juga manusia biasa yang mempunyai perasaan takut, kecewa dan sedih. Mustahil sekiranya saya menyifatkan kejadian yang menimpa MAS sebelum ini tidak meruntun perasaan seorang ibu dan isteri.“Tetapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya ini dengan berbekalkan azam, iltizam dan ilmu yang cukup khususnya dalam mengurus keadaan ketika kecemasan," katanya.Tambahnya, tugas juruterbang pesawat Beechcraft 200T adalah melakukan pengawasan dan pemantauan dengan mengendali operasi maritim udara.Beliau berpegang kepada misi pangkalan dan misi No. 16 Skuadron dalam mengutamakan aspek keberkesanan dan efisien dalam menggunakan aset yang dimiliki.“Selain itu, kami juga memberi penekanan terhadap perkhidmatan pengangkutan udara dan bantuan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pihak dalam mencapai keperluan operasi yang berkesan," jelasnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Polis_&_Tentera/20141015/te_01/Bukan-sekadar-kerjaya#ixzz43FJWSlQy
© Utusan Melayu (M) Bhd

chimpera Publish time 21-3-2016 11:24 PM

bujang lagi ke dia ni ?
Pages: [1]
View full version: Bukan sekadar kerjaya


ADVERTISEMENT