CARI-LTS Publish time 17-3-2016 10:40 AM

Rani Kulup Akan Terus Buat 'Laporan Polis' Sambil Berlakon!

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/17/103828ffg2l2262yf6h773.jpg
sumber foto : http://www.mstar.com.my/



Abdul Rani Kulup Abdullah yang terkenal dengan tagline 'kipidap' akan menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya serisu sekiranya kemunculan dia menerusi filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi diterima baik penonton.


Bagaimanapun kata Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu, dia menerima banyak tawaran daripada produksi termasuk KRU Studios dan Skop Productions Sdn Bhd.


"Alhamdulillah biarpun nashkah pertama ini belum masuk panggung tetapi saya bakal ke set penggambaran dua buah filem pada April ini."


Abdul Rani ditemui pada majlis pra-tonton filem berkenaan yang diadakan di Damansara pada malam Selasa lalu.


Selain Abdul Rani, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Vicha Syawho dan Kartina Aziz.


Ia bakal menemui peminat di pawagam bermula hari ini.- CARI Infonet





berita selanjutnya: mstar.com.my/

Esmiria Publish time 17-3-2016 11:03 AM

geli doe perkataan kulup tu

bangang4 Publish time 17-3-2016 11:14 AM

Esmiria replied at 17-3-2016 11:03 AM
geli doe perkataan kulup tu
aku tau ko minat dia sbb dia encem persis artis kpop tapi acah2 benci, tp tulah susah jd manusia SEGAK LAGI KACAK mcm DATUK PADUKA Abdul Rani kulup nie, sentiasa dicemburui ramai... :lol:

nurul_akmar Publish time 17-3-2016 01:26 PM

Tajuk filem mcm drama2 kat tv

adm7 Publish time 19-3-2016 04:38 PM

Hape kebenda la....:mad:

Ferr_Remy Publish time 20-3-2016 12:01 AM

Mmg produser Malaysia ni bodoh2. Masa bile lak die ni jadi pelaris filem? Org menyampah ade la
Pages: [1]
View full version: Rani Kulup Akan Terus Buat 'Laporan Polis' Sambil Berlakon!


ADVERTISEMENT