ajami Publish time 12-3-2016 11:53 PM

NOVEL: Ten-shi Ceritera Satu (18)

Edited by ajami at 12-3-2016 11:56 PM

"Sekurang-kurangnya..setidak-tidaknya..aku tidak menzalimi hati dan perasaan orang lain!" sejurus itu juga Surani terjun dari tingkap kondominium yang mengadap jalanraya. Banggg! Beeppp! Bunyi alarm kereta yang dihempap tubuh Surani kuat kedengaran diikuti oleh jeritan orang ramai yang berhampiran.

Ten-shi yang melihat segalanya dari bumbung kondominium itu mengembangkan kepaknya lantas terbang ke arah pusat bandar. Dia kecewa. Sumpahan itu sudah bermula! Setiap gadis yang jatuh cinta kepadanya akan mencabut nyawa mereka sendiri. Seperti juga sumpahan Medusa yakni sesiapa sahaja yang menatap matanya akan menjadi batu!               

Persoalannya adakah sesiapa di bumi ini yang akan menyayanginya tanpa jatuh cinta kepadanya? Kerupawanan semulajadi milik Ten-shi itu adalah anugerah yang kini menjadi ancaman kepada hayatnya sendiri. Setiap nyawa gadis yang jatuh cinta kemudian mati akan mengikis juga setahun usianya dari masa hadapan. Dia mesti segera mencari gadis yang keramat itu. Tapi di mana dan siapa?               

Tepat pukul 6 pagi. Ten-shi bertelanjang dalam posisi melutut, di dalam bilik mandi menunggu saat dia kembali seperti manusia biasa. Prakkk! Sepasang kepak sebesar pintu bilik yang tumbuh di bahagian belakang bahunya mula menguncup lalu menusuk ke dalam tubuhnya. Ahhh! Kesakitannya terasa seperti ditikam berpuluh anak panah! Ten-shi menggelupur seketika di atas lantai marmar. Kemudian dia merangkak ke dalam bathtub, memusing paip. Ten-shi berendam dalam air panas sambil cuba mengenang semula apa yang telah berlaku selama sebulan yang lalu, tentang Surani.               

“Selamat ulang tahun ke-20” bisik satu suara ke telinga Ten-shi. Dia lekas buka mata terkejut dengan kehadiran seorang lelaki, duduk di tepi bathtub serta berjubah yang menutup sebahagian mukanya. “Gampang!” jerit Ten-shi sambil bangun menerpa ke arahnya. Lelaki itu lekas mengesot punggung sedikit di lantai menjauhi Ten-shi lalu memetik jarinya. Lantas wujud dinding kenyal lembut nipis lutsinar terbentuk di antara mereka.               

Setiap tumbukan dan terajang bertubi-tubi oleh Ten-shi hanya terpantul oleh dinding itu. “Siapa kau?’ Ten-shi akhirnya mengalah, melutut dan menyusun semula nafas kepenatan. “Kau dah lupa siapa aku?” katanya ketawa sambil membuka hood. Sangat aneh! Wajah lelaki itu seiras dengan Ten-shi cuma dia lebih putih melepak!               

"Kau puaka apa?" tanya Ten-shi sambil mengumpul semua kudratnya. Lelaki berhood campak tuala yang tersangkut di pintu bilik mandi kepada Ten-shi. "Tutup aurat dulu, lepas tu aku cerita" jawabnya bergurau. Ten-shi bertuala, duduk di bucu bathtub sedia mendengar penjelasan. "Aku ialah imaginary friend kau dahulu" jelasnya. Ten-shi terkejut, "Amat???". Tak mungkin! Amat sudah dibuang dari 'permainan'nya sejak tragedi ibunya, Hana Amira dibunuh dengan kejam di depan matanya sendiri 10 tahun yang lalu! Benar! Amat ialah imaginary friend-nya sejak usia 5 tahun. Kenapa dia datang kembali hari ini?

Sementara itu, di internet berita kematian Surani sudah mula gempar! Ia sudah tersebar luas trending di serata media sosial. Beberapa rakaman video amatur tentang tragedi itu juga dimuat-naik ke facebook oleh saksi-saksi di tempat kejadian. Kemudian di-share berkali-kali pula lantas merebak ke twitter dan instagram. Ia juga jadi tajuk utama semua portal berita kerana Surani ialah anak tunggal jutawan Datuk Zahlan. Maklumlah dia ialah pemilik syarikat media terbesar dan amat berpengaruh di ibukota Manika City iaitu Zahlan Media Sdn Bhd (ZMSB). Gosip pula mula merebak di twitter dan facebook mengaitkan kematian Surani dengan gaya hidup hedonisme. Semasa hayatnya, Surani memang seorang gadis anak orang kaya yang hanya suka bersosial di kelab-kelab hiburan ternama di seluruh dunia.               

Di sebuah banglo Bukit Chikuz, Datuk Zahlan sedang mengamuk di ruang tamu. Dia sedang pecahkan tembikar-tembikar antik dan jahanamkan koleksi lukisan yang berharga berjuta-juta ringgit. "Aku mahu darah dibayar darah! Cari lahanat yang bunuh Surani!" arahnya kepada penasihat peribadi juga merangkap bodyguard utamanya, Zet Zara. "Datuk, pengkebumian Surani pukul 2 petang, Datuk perlu kawal diri dan senyum" seperti biasa, Zet Zara akan menutralkan Datuk Zahlan setiap kali dia berang. "Ramai wartawan Manika City sedang tunggu di luar" Zet Zara mengingatkan Datuk Zahlan.               

Jauh di luar kota Manika City, sebuah helikopter warna biru mendarat di tengah-tengah sebuah stadium lama yang sudah tidak digunakan. Seorang gadis remaja berbaju kurung, Sofia Vida menunggu penumpangnya turun. Seorang lelaki sasa, Amir Fixa keluar dari helikopter diikuti oleh 3 orang lagi lelaki juga bertubuh sasa, Vovan, Nazam dan Akata. "Dia sudah sempurna dan sedia untuk dikorbankan" kata Sofia Vida sambil berpelukan dengan Amir Fixa. "Ya! Akhirnya 13 orang keturunannya sudah lengkap" sambut Amir Fixa. Ten-shi ialah buruan terakhir mereka!

BERSAMBUNG..kikiki!

Ipo Publish time 13-3-2016 12:09 AM

Wah! Sangat menarik!!

lorelai Publish time 13-3-2016 01:53 AM

Ada bakatt.. sila sambung

yamapi85 Publish time 13-3-2016 06:57 PM

memang best {:thumbo
penuh imaginasi..

ladyFinger12 Publish time 15-3-2016 10:54 AM

Best tapi malas nak menaruh harapan sebenarnya... sebab novel2 yg iols excited nak baca selalu tergantung begitu saja...

Esmiria Publish time 15-3-2016 04:06 PM

ladyFinger12 replied at 15-3-2016 10:54 AM
Best tapi malas nak menaruh harapan sebenarnya... sebab novel2 yg iols excited nak baca selalu terga ...

ni bibit rajuk ni.adalah iolls sy slh satu drinyee

ajami Publish time 15-3-2016 08:56 PM

TQ Ipo, lorelai, yamai85, Esmiria cz sudi baca novel pacik yg tak sebrapa itu :loveliness: In Sya Allah pacik coba hapdet setiap sabtu/ahad yek! xoxo

ajami Publish time 19-3-2016 09:08 PM

Edited by ajami at 19-3-2016 09:27 PM

“Sebenarnya sudah berkali-kali aku muncul semula di depan kau. Tetapi setiap kali aku kembali, kau hanya akan mengingati saat terakhir yang sama, waktu kematian Hana Amira, ibu kau. Itulah kononnya detik kau buang aku selama-lamanya. Ten-shi, aku tak pernah kau lupakan. Setiap tahun padatarikh hari jadi kau atau di saat-saat kau kebuntuan fikiran, aku akan datang. Dulu setiap kali aku muncul, aku terpaksa ulang benda yang sama pada kau. Kemudian pada tahun 2005, bila Youtube direka oleh Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim, aku rakam penerangan ini supaya senang dan aku tak penat hehe..Tapi tulah, kau akan lupakan aku selepas kau bangun dari tidur di hari berikutnya. Kenapa dan mengapa? Aku sendiri tak tahu. Bagaimana pun, aku sentiasa ada di sisi kau selama ini, cuma kau sahaja yang tak nampak.” Penerangan panjang lebar oleh Amat melalui rakaman di Youtube begitu mengejutkan Ten-shi.

“Jadi hari ini akuboleh nampak kau sebab hari jadi aku?” Ten-shi mengerutkan dahinya cuba untuk menghadam informasi itu. “Ya! Kerana kau lahir tepat jam 6 pagi, hari ini ulang tahun kau.” Amat menjawab. “Dan, aku akan nampak kau sepanjang hari sehingga aku tertidur malam nanti?” Ten-shi menambah. “Yezzaaa!” jawab Amat ringkas.

Ten-shi menghampiri Amat lalu menghalakan tangannya ke arah Amat, mahu memegang dan memastikan bahawa dia tidak berkhayal. Anehnya, bila tangan Ten-shi seolah-olah tembus ke jasad Amat yang seakan hologram. “Aku wujudlah bro! Tapi hanya dari pandangan mata kasar kau sahaja. Tetapi aku memang macam ni, tak berbentuk fizikal hehe..” Amat ketawa.

“Habis, macam mana kau boleh rakam penerangan tadi di Youtube?” Ten-shi cuba menduga. “Wow! Kali ni soalan kau makin matang. Aku akan rakam jawapan ke Youtube lepas ni hehe.. Ok, macam ni. Apa sahaja rakaman digital boleh merakam kewujudan aku. Ntahlah, mungkin aku ni macam hantu juga. Hahaha! Tahun 2005 dulu pun tak sengaja bila aku tertekan butang kamera video kau. Oh! Ya! Lagi satu, FYI aku boleh menyerap masuk ke dalam dunia internet ok!” Amat mendabik dada. “Macam Johnny Depp, watak Dr. Will Caster dalam filem Transcendence 2014?” Ten-shi yang sememangnya peminat filem cuba mengaitkan fakta ‘kuasa’ Amat. “Haaa! Kau memang pandai!” Amat mengiyakan.

“Jadi kau ni macam saka akulah kiranya?” soalan Ten-shi mengejutkan Amat lalu dia segera berbisik ke telinga Ten-shi. “Syyy! Jangan sebut perkataan ‘s’ tu!!!” Amat memandang ke arah pintu bilik dan tingkap, seolah berjaga-jaga. “Aku kena rakam juga do’s and don’ts untuk peringatan kau ni pasal aku.” bisik Amat lagi.

Ten-shi membuka Notepad di laptop lalu menaip sesuatu, Kenapa aku tak boleh sebut ‘saka’?

Amat pula mengedip-ngedipkan matanya, serentak timbul ayat jawapan darinya di bawah soalan Ten-shi, Kerana ‘saka’ ialah musuh kita! Mereka ada di mana-mana cuma kau tak nampak atau dengar!

Ten-shi sambung menaip, Habis tu, ni aku menaip dengan kau ni mereka tak tau kaaa???

Amat, kedip-kedip mata lagi, Mereka buta huruf rumi, kalau jawi maybe kot! Kikiki!..

Tiba-tiba entah dari mana, angin bertiup perlahan dari luar tingkap mengibar-ngibarkan langsir. Waktu yang sama kepak di belakang bahu Ten-shi tumbuh semula petanda bahawa sesuatu bencana akan berlaku. Ten-shi memasang kuda-kuda, bersedia. Paparan di laptop berkelip-kelip seolah ada gangguan kuasa elektrik, lantas papan kekunci laptop seakan-akan ditekan oleh ‘sesuatu’ lalu memaparkan ayat yang ditaip,

Kami tahu!!!


BERSAMBUNG lalala..:P:P:P

cmf_conan Publish time 21-3-2016 02:53 PM

ni novel genre misteri seram kah? :o

sarizu Publish time 27-3-2016 10:40 AM

Best jgk...layannn

kambeng_masam Publish time 29-3-2016 09:32 PM

wah best gak citer nih. Sila update selalu selalu yea. Jangan separuh jalan bak kata @ladyFinger12:lol: nanti dia merajuk lagi.

ladyFinger12 Publish time 30-3-2016 10:09 AM

:lol::lol:

hang tau dak beng? Awai awai lagi cheq dah intai tred2 yg pacit ajami bukak. Hampeh! Semua sekerat jalan! :curse:

So, macit tak menaruh harapan utk cerita ini. Macit tak mahu dikecewakan lagi!

;P

kambeng_masam Publish time 1-4-2016 09:29 PM

ladyFinger12 replied at 30-3-2016 05:09 AM
hang tau dak beng? Awai awai lagi cheq dah intai tred2 yg pacit ajami bukak. Hampeh! S ...

Ini eloknya kalau citer2 yang tak tersambung ni si tukang 'hijack' citer orang tu patut take over...;P sapa nama porumner penulis tu?

ajami Publish time 4-4-2016 12:01 AM

Edited by ajami at 4-4-2016 12:12 AM

“Saya, pemilik Zahlan Media Sdn Bhd (ZMSB) menawarkan hadiah lumayan iaitu sebuah mesin penghawa dingin bersaiz mega 10hp dan tajaan bil elektrik untuk kegunaan penghawa dingin itu untuk selama 10 tahun!” ujar Datuk Zahlan. “Tawaran ini khusus dan istimewa dari saya kepada sesiapa yang berjaya membawa kepala si pembunuh yang mengakibatkan kematian anak saya, Surani. Sekian terima kasih!” katanya tegas mengakhiri sidang media tergempar itu.

Semua wartawan dari Manika City sepantas kilat melaporkan tawaran hebat oleh Datuk Zahlan itu ke laman portal berita masing-masing. Semua saluran tv satelit ‘ZTv’ yang berjumlah lebih 5000 saluran milik Zahlan Media Sdn Bhd (ZMSB) menayangkan rakaman sidang akhbar tadi untuk diulang berkali-kali selama 24 jam yang akan datang. Rakyat di seluruh Manika City perlu tahu mengenai kesedihan Datuk Zahlan secara besar-besaran. Dalam beberapa minit sahaja, rakaman video itu sudah berjaya trending di semua laman media sosial.

Tawaran itu sangat-sangat mahal berharga bilion ringgit kerana hanya orang-orang kaya sahaja yang mampu memiliki penghawa dingin dan mampu membayar bil elektrik yang begitu mahal harganya semenjak seluruh dunia menjadi terlampau panas bermula di tahun 2016 dahulu. Kini di tahun 2060 iaitu lebih dari 5 dekad peristiwa tragedi pemanasan global, penghawa dingin merupakan barangan elektrik yang paling berharga berbanding makanan, rumah atau kereta mewah. Rakyat yang tidak mampu terpaksa menggunakan kipas angin atau kipas manual dari apa sahaja bahan keras untuk menyejukkan badan di waktu siang dan malam. Orang-orang miskin semakin hari semakin berkurangan kerana mati kepanasan!

Datuk Zahlan duduk berduka di atas katil di dalam bilik tidurnya. Zet Zara masuk ke bilik membawa sebotol air kosong yang dibeli dan diimport khas dari Gunung Everest. Air kosong yang dicairkan dari salji di sana juga sangat mahal kerana ia merupakan air yang benar-benar bersih tanpa pencemaran toksik. Zet Zara tahu, di saat-saat genting sebegini Datuk Zahlan perlu ditenangkan dengan meneguk air yang bersih.

“Datuk, saya sudah arahkan kawasan tanah kubur khas untuk Surani dikorek bersebelahan kubur isteri Datuk di Bukit Tukang Sidin. Imam Besar dari Masjid Ibu Kota pun dalam perjalanan menaiki jet khas yang kita sediakan untuk membacakan talkin nanti. Semuanya berjalan lancar. Datuk berehatlah sehingga pukul 1:30 petang, kemudian kita akan ke sana.” penerangan oleh Zet Zara menenangkan Datuk Zahlan, lantas meninggalkanya. Pintu ditutup rapat dari luar.
Datuk Zahlan berbaring menelentang di atas katil merenung syiling yang dipenuhi lukisan kisah purba ‘manusia dan iblis’. Datuk Zahlan memejamkan matanya. Dia mengenang kembali pesanan ayahnya dahulu sebelum menghembuskan nafas berpuluh tahun yang lalu.

Flashback.

“Anakku, keturunan kita ialah ‘pemegang kunci’ yang mampu membuka dan menutup pintu-pintu itu. Nenek-moyang kita sudah berkorban nyawa untuk memiliki dan menakluki ‘mereka’. Kau jangan sekali-kali lupa bahawa ‘mereka’ itu khadam dan hamba abdi kita selagi kunci itu dalam genggaman kita. Namun, seandainya ‘mereka’ mampu membunuh kesemua 13 keturunan ‘istimewa’ kacukan kita dan ‘mereka’..pintu-pintu itu akan terbuka selama-lamanya dan ‘mereka’ pula akan pasti suatu hari nanti menakluki dunia ini sehingga ke akhir zaman! Kau mesti memastikan ‘dia’ yang lahir sebagai keturunan ke-13 tidak mati dibunuh oleh ‘mereka’ dan dia mesti hidup sehingga melepasi 120 tahun sejak Pintu Pertama dibuka!”

Datuk Zahlan bingkas bangun lalu membuka peti besi berkomputer rahsia yang tersorok di belakang almari pakaian. Dia keluarkan sebuah buku tebal usang yang bertulisan Jawi. Datuk Zahlan membuka satu mukasurat yang memaparkan seolah-olah kalendar tahunan . Dia membaca dan mencongak dengan teliti. “2060, tahun ini ialah tahun ke-119 sejak Pintu Pertama dibuka pada tanggal 7 Disember 1941! Aku ada setahun lagi untuk mencari ‘dia’ yang ke-13 itu! Ahhh! Di mana? Di mana???”      

Beeppp! Telefon bimbit Datuk Zahlan berbunyi petanda ada mesej WhatsApp yang masuk. Dia membuka fail video yang disertakan dalam mesej itu. Ia memaparkan video rakaman amatur yang menunjukkan ‘makhluk’ seperti manusia yang bersayap terbang dari bumbung kondominium Surani pagi tadi.

Beppp! Masuk lagi mesej seterusnya “Mungkin itu pembunuh anak Datuk? Dan mungkin juga dia keturunan ke-13 yang Datuk cari selama ini?”

Datuk Zahlan, menekan ikon ‘pause’ lalu menekan pula ikon ‘screenshot’ lalu membesarkan zoom-in wajah makhluk itu. Datuk Zahlan membeliakkan matanya. Dia pasti itulah orangnya. Namun dia tidak tahu bahawa makhluk itu ialah…

…Ten-Shi!

BERSAMBUNG LAGI LALALA... ;P;P;P

ladyFinger12 Publish time 4-4-2016 11:06 AM

cam ni gayanya.... 5 tahun tak habihh...

mcm citer@dauswqupdet selepas 5 thn :$

beng... hat tu pun dah MIA :D

sarizu Publish time 5-4-2016 12:37 PM

Hebat sunguh imagination {:1_509:}

kambeng_masam Publish time 12-4-2016 07:33 AM

ladyFinger12 replied at 4-4-2016 06:06 AM
cam ni gayanya.... 5 tahun tak habihh...

mcm citer@dauswqupdet selepas 5 thn


Beng punya citer belum boleh update lagi. Belum cukup 5 tahun lagih. Tak cukup perkasamnya. :laugh3:

ladyFinger12 Publish time 12-4-2016 10:00 AM

kambeng_masam replied at 12-4-2016 07:33 AM
Beng punya citer belum boleh update lagi. Belum cukup 5 tahun lagih. Tak cukup perkasamnya. :laugh ...

pembetulan... pekasam. No r! :P



nak bg sajeyen kat momod2 @cmf_conan and @NaylaArisha...

patutnya buka tred bg kredit sikit je.... Bila citer bersambung br tambah lagi... sikit-sikit tambah. Citer habis, kena longgok selepuk bonus gitu haaa :lol:

ini macam kalu, gua pun nak bukak tred banyak2 pas tu belah lepas dpt kredit selonggok. Macam @aylanins :curse:

:lol:

secara x langsung, demotivate pd penulis2 yg rajin macam ladyFinger12 tu, uols ni.... Oh yes, kredit bukan boleh mende pun tp satisfaction. Rasa dihargai gitu!:$

kambeng_masam Publish time 12-4-2016 10:12 AM

ladyFinger12 replied at 12-4-2016 05:00 AM
pembetulan... pekasam. No r!




ayarkk! posting words pun kena proof read! {:biteo



baidewei...adapun di dalam kamus dewi bahasa dan jenaka; perkasam adalah bermaksud seseorang yang perkasa tetapi masam. Tidak perkasa...namun juga tidaklah pekasam layaknya. {:speco

cmf_conan Publish time 12-4-2016 11:39 AM

ladyFinger12 replied at 12-4-2016 10:00 AM
pembetulan... pekasam. No r!




kalo gini.. abis cerita aje la baru dapat tacang :lol:
{:thiefo{:thiefo{:thiefo

@NaylaArisha kene buat mesorat tingkap neh..:sweat3:
Pages: [1] 2
View full version: NOVEL: Ten-shi Ceritera Satu (18)


ADVERTISEMENT