Pandulaju.com Publish time 9-3-2016 01:34 PM

Honda Malaysia Panggil Semula 93,929 Unit Kenderaan Bagi Penukaran Bateri 12V

HONDA Malaysia memanggil semula 93,929 unit kenderaannya bagi penukaran bateri 12V.
Sehubungan itu, Honda Malaysia akan menghubungi pemilik Honda City, Civic, Jazz, CR-V, CR-Z, Freed dan Insight yang terlibat bagi penukaran bateri. Penukaran itu perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pemilik kenderaan terlibat.
Berikut adalah model dan tahun kenderaan yang terlibat dengan penukaran bateri:Pemilik kenderaan terlibat turut boleh membuat temu janji di pusat servis Honda berdekatan untuk tujuan pemeriksaan. Sekiranya berlaku kerosakan, bateri akan ditukar dan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Walau bagaimana, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku di Malaysia berhubung permasalahan ini.
Maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau hubungi talian bebas Tol Percuma Honda 1-800-88-2020.
SUMBER: www.pandulaju.com.my

skyreds Publish time 10-3-2016 07:46 AM

nie semua yang local assembly kan? CKD?

CBU biasenye xde/kurang bermasaalah

Pandulaju.com Publish time 11-3-2016 04:04 PM

skyreds replied at 10-3-2016 07:46 AM
nie semua yang local assembly kan? CKD?

CBU biasenye xde/kurang bermasaalah

Terlibat juga bro

skyreds Publish time 12-3-2016 03:10 AM

Pandulaju.com replied at 11-3-2016 04:04 PM
Terlibat juga bro
xde panggilan plak .. tunggu je la :D

tapi kalau tgk list .. semua tu memang CKD unit

Ipo Publish time 14-3-2016 10:36 AM

Honda Accord tak terlibat la ya?..

Pandulaju.com Publish time 15-3-2016 10:50 AM

Ipo replied at 14-3-2016 10:36 AM
Honda Accord tak terlibat la ya?..

Tak ada bro. Ni ja model terlibat

Pandulaju.com Publish time 15-3-2016 10:50 AM

skyreds replied at 12-3-2016 03:10 AM
xde panggilan plak .. tunggu je la   

tapi kalau tgk list .. semua tu memang CKD unit

Apa kata bro call tanya. Kalau terlibat buat temu janji terus senang.
Pages: [1]
View full version: Honda Malaysia Panggil Semula 93,929 Unit Kenderaan Bagi Penukaran Bateri 12V


ADVERTISEMENT