CARI-MAMS Publish time 8-3-2016 03:46 PM

Bro Ketiak Banyak Peluh, Atasi Dengan Ini

oleh Adib Za

Meskipun berpeluh itu satu situasi yang normal buat lelaki atau perempuan, namun bila ia berlebihan boleh menjadi satu masalah.


Sudah pasti ia menyebabkan rasa tak selesa, meninggalkan kesan pada baju dan menyebabkan bau badan yang tak sedap.


Ia dipanggil hiperhidrosis dan anda berpeluh bukan disebabkan olehraga, suhu tinggi atau kecemasan.


Berikut merupakan alternatif yang boleh digunakan jika anda mengalami peluh berlebihan pada ketiak.



1. Gunakan antiperspirant


Antiperspirant yang kuat mengandungi 10 peratus aluminium chloride hexahydrate.


Baham ini membendung saluran peluh dan mencegah penghasilan peluh bila digunakan pada ketiak.




2. Ambil ubat


Ubat antikolinergik dapat membantu mencegah stimulasi pada kelenjar peluh.


Namun, ia memberi kesan sampingan seperti mulut kering, kepala pening dan sebagainya.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/08/154622mjzbnrx1xbg1fx8n.jpg





3. Prosedur


Berbincang dahulu dengan doktor anda. Prosedur yang dipanggil lontophoresis akan menghentikan fungsi kelenjar peluh untuk sementara waktu.




4. Suntik botoks


Lakukan dengan konsultasi doktor anda. Botoks sangat efektif untuk mengatasi peluh berlebihan pada ketiak. - CARI Infonet
Pages: [1]
View full version: Bro Ketiak Banyak Peluh, Atasi Dengan Ini


ADVERTISEMENT