CARI-MAMS Publish time 3-3-2016 05:45 PM

Trik Untuk Sorokkan Man Boobs

Oleh Adib ZA

Man boobs memang memalukan dan boleh membuatkan lelaki rasa rendah diri. Sebenarnya, ada beberapa trik dalam pemakaian yang anda boleh ikuti agar man boobs tak terlalu jelas kelihatan.


1. Corak kecil


Pilihan baju yang mempunyai corak kecil sangat membantu menutup rupa bentuk man boobs. Misalnya corak berkotak rona biru atau hitam.


Elakkan corak yang besar kerana ia membuatkan bentuk badan kelihatan lebih besar terutamanya ia boleh menonjolkan bentuk man boobs.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/03/174507ddvwwv1b8ccibmdr.jpg



2. Lebih tebal


Pilihlah fabrik yang terdiri daripada beberapa lapisan atau yang lebih tebal. Ia mampu menutup bentuk man boobs.


Fabrik nipis atau jenis berbulu akan menampakkan lagi bentuk man boobs kepada umum.




3. Pakaian longgar


Tak salah jika anda ingin memakai baju yang fit namun jangan memilih yang terlalu ketat.


Jika terlalu ketat, bahagian berlemak di dada atau perut akan lebih jelas kelihatan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/03/174508k4x8x8b7zj78zhxz.jpg
(Sumber foto: Cariann google)




4. Baju putih


Bila anda memakai baju yang berona putih, ia hanya menampakkan dada kelihatan lebih besar dan lebar. Ini seterusnya membuatkan man boobs jelas kelihatan.


Pilihan baju berona gelap dan warna neutral lebih disyorkan. - CARI Infonet

manjalara_01 Publish time 4-3-2016 01:49 PM

gambar model semua xde man boobs....
cer tgk yg ade man boobs...berkesan ke x...?...

ice_sky92 Publish time 4-3-2016 03:42 PM

Man boobs ni orang berisi je ada.

So kena exercise dulu bagi kurus la......
Pages: [1]
View full version: Trik Untuk Sorokkan Man Boobs


ADVERTISEMENT