CARI-LTS Publish time 29-2-2016 12:24 PM

Kurang Macho Ke Jadi 'Momma Boy' ?



Oleh : TS LOO




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/29/122231k79hjd0h4hrsazsr.jpg
sumber foto : google image



"Momma's Boy" bukanlah gelaran yang menarik untuk didengar buat lelaki dewasa.


Ini kerana kebanyakan gelaran ini merujuk kepada anak lelaki yang tidak pandai berdikari, mengada-ngada, terlebih manja dan ada juga yang mengatakan gelaran ini sesuai kepada anak lelaki yang kurang jantan. Betul ke?


Lelaki anak emak dikatakan lebih mementingkan pandangan emaknya berbanding pandangan orang lain baik teman baik, kekasih atau isteri sendiri.


Malah, golongan lelaki anak emak berkenaan juga sering dianggap anak lelaki yang sukar mencari jodoh kerana tidak percaya kepada sesiapa melainkan ibu sendiri.


Setiap apa yang dilakukan perlu dirujuk kepada emak baik dari segi pandangan memilih bakal isteri, memilih barang-barang, mencari destinasi percutian, memilih makanan sehinggalah bab meminta pandangan emak sama ada boleh mengikut rakan keluar menonton wayang, bersukan dan sebagainya.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/29/121703h02gy2lqmyy0eje8.jpg
sumber : http://baolanhmy.net/



Kesimpulannya, sama ada anda anak emak atau bukan, anda perlu mempunyai sikap-sikap bertanggungjawab terhadap orang-orang di sekeliling.


Sebagai lelaki anak emak, tidak semestinya anda tidak berhak, tidak bijak membuat keputusan dan hanya bergantung kepada emak.


Sebenarnya ada juga kelebihan buat seseorang itu menjadi anak emak iaitu individu tersebut lebih menghormati kaum wanita.


Jika anda pandai memujuk dan mengambil hati seorang emak, anda pasti hebat juga mengambil hati pasangan anda. Bukankah itu ciri-ciri lelaki macho?


Justeru anggapan anak emak kurang macho bukan pun seratus peratus benar, kan? - CARI Infonet
Pages: [1]
View full version: Kurang Macho Ke Jadi 'Momma Boy' ?


ADVERTISEMENT