CARI-MAMS Publish time 25-2-2016 04:57 PM

Simpan Stok Susu Ibu, Apa Yang Perlu Anda Tahu

Oleh Adib Za

Bagi anda yang baru sahaja melahirkan bayi, memberi susu badan bukan sahaja sangat digalakkan dan baik untuk perkembangan bayi, namun ilmu sedikit sebanyak haruslah ada.


Bagaimana untuk menyimpan susu dengan kuantiti yang tertentu, untuk jangka masa tertentu dan sebagainya.


Jom lihat tip untuk menyimpan susu badan dengan cara yang betul, agar ia tidak mudah basi dan tercemar, memetik laman mamaharwisya:




1. Catat tarikh susu perahan pada botol sebelum disimpan.

2. Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/25/165621lmk3yyn0wnkmmybu.jpg


3. Jangan simpan susu hingga penuh bekas. Tinggalkan sedikit ruang udara agar membolehkan pengembangan berlaku.


4. Simpan susu di bahagian sejuk dahulu, sebelum dipindahkan ke bahagian freezer.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/25/165622fvw8qwxvgzb7vlv4.jpg
(Sumber foto: Carian google)


5. Jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di situ kurang stabil.

6. Jika menggunakan cooler bag pastikan ice pack yang cukup. Ganti ice pack jika perlu dan elakkan membuka bag dengan kerap. - CARI Infonet




Sumber: mamaharwisya.net

cikcikebom Publish time 19-8-2016 04:13 PM

good info. noted.

haliamerah Publish time 22-8-2016 08:12 AM

BIASENYE susu ibu terhasil sejak kandungan brp bulan?8 bulan dh ade susu x?
Pages: [1]
View full version: Simpan Stok Susu Ibu, Apa Yang Perlu Anda Tahu


ADVERTISEMENT