easicircle Publish time 24-2-2016 11:18 AM

5 Cara Elak Rasa Kecewa

Edited by easicircle at 28-12-2018 04:14 PM

Kecewa kerana cinta? Kecewa kerana kesilapan lalu? Kecewa kerana gagal dalam pelajaran atau kerjaya? Perasaan kecewa umpama sebuah kesedihan yang sukar untuk diungkap oleh kata-kata. Cuma hati yang bisa merasai. Setiap orang pernah rasa dikecewa atau mungkin mengecewakan orang lain. Bukan mudah untuk seseorang individu itu bangkit dari kesedihan akibat kekecewaan. Berikut lima cara mengatasi dan bangkit daripada kekecewaan.
Jangan Terlalu Mengharap
Jalan terbaik untuk mengelak daripada rasa kecewa adalah dengan tidak meletak harapan yang tinggi terhadap seseorang. Jadi yang terbaik dan berusaha melakukan kebaikan. Jika anda meletakkan harapan, bermaksud segala usaha yang telah anda lakukan perlu dibalas. Namun akhirnya anda akan kecewa jika apa yang anda harapkan tidak menjadi kenyataan.
Elak Berfikir Negatif
Fikiran yang tenang datangnya dari fikiran yang positif. Jika anda selalu berada dalam lingkungan rakan-rakan yang mempunyai sikap dan fikiran negatif. Secara tidak langsung anda akan turut terikut-ikut dengan aura negatif yang di bawa oleh mereka. Jadi hindari persekitaran negatif untuk membentuk minda dan sikap yang lebih positif.
Melupakan dan Memaafkan
Buang rasa kecewa dan sedih yang sering menghantui diri dengan memaafkan dan melupakan. Belajar memaafkan dan melupakan anggap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran yang bisa anda perolehi. Tenangkan hati dan jiwa dengan memaafkan diri mereka yang pernah mengecewakan anda. Lalui hidup dengan hati yang tenang tanpa rasa dendam.
Belajar Melepaskan
Ya, bukan mudah untuk melepaskan seseorang yang disayangi atau sesuatu yang kita sayangi. Begitu juga memori masa lalu yang sering bermain difikiran. Ternyata ianya sukar untuk dihapuskan. Namun suka ataupun tidak kamu harus meneruskan kehidupan. Percaya pada takdir bahawasesuatu yang indah bakal menggantikan kesedihan yang dialami.
Muhasabah Diri
Renung kembali kesilapan diri. Pasti apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Jangan terlalu mengikut hati dan perasaan. Belajar untuk kuat dan sabar menempuhi setiap ujian yang diberikan. Menerima ketentuan takdir dengan redha.

blackwidowbae Publish time 24-2-2016 11:46 AM

Makcik berzikir
Memang mujarab

easicircle Publish time 24-2-2016 01:55 PM

blackwidowbae replied at 24-2-2016 11:46 AM
Makcik berzikir
Memang mujarab

Bagus makcik keep it up!

blackwidowbae Publish time 24-2-2016 04:15 PM

easicircle replied at 24-2-2016 01:55 PM
Bagus makcik keep it up!

Iya nakkk

InsyaALLAH sama samalah kita berzikir selalu kumpul point pahala buat bekalan akhirat

fire_place Publish time 29-2-2016 09:34 PM

Paling asas tiap apa kita buat letak 100% usaha,
Berdoa,TP jangan terlalu mengharap.
Sbb walaupun ada harapan sikit dlm pekerjaan,bisnes,percintaan
Bila kecundang mmg sakit.

Missfadh Publish time 7-3-2016 08:37 PM

Aku pun mcm ni juga dulu. Lama2 belajar setiap yg berlaku ada hikmahnya.

easicircle Publish time 11-4-2016 04:36 PM

fire_place replied at 29-2-2016 09:34 PM
Paling asas tiap apa kita buat letak 100% usaha,
Berdoa,TP jangan terlalu mengharap.
Sbb walaupun...

Betul tu. Jangan terlalu mengharap tapi yang penting usaha sehabis baik.

easicircle Publish time 11-4-2016 04:37 PM

Missfadh replied at 7-3-2016 08:37 PM
Aku pun mcm ni juga dulu. Lama2 belajar setiap yg berlaku ada hikmahnya.

Setuju sangat. Everything happen for reasons.

easicircle Publish time 11-4-2016 04:37 PM

Missfadh replied at 7-3-2016 08:37 PM
Aku pun mcm ni juga dulu. Lama2 belajar setiap yg berlaku ada hikmahnya.

Setuju sangat. Everything happen for reasons.
Pages: [1]
View full version: 5 Cara Elak Rasa Kecewa


ADVERTISEMENT