enchante78 Publish time 14-4-2016 09:07 AM

ASSALAMUALAIKUM CINTA (SAHARUL RIDZWAN, AYDA JEBAT, KAMAL ADLI & EMMA)

Edited by enchante78 at 30-5-2016 09:28 AM

{:1_149:} ASSALAMUALAIKUMCINTA{:1_149:}
SAHARUL RIDZWANAYDA JEBATKAMAL ADLIEMMA MAEMBONG
Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi
pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau… Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini

“Aku pelik… Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan

“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf… Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.
Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

(source : internet)

(photos source : instagram)

delia_ni Publish time 14-4-2016 02:55 PM

woowww sangat laju bukak umah..

enchante78 Publish time 14-4-2016 04:28 PM

delia_ni replied at 14-4-2016 02:55 PM
woowww sangat laju bukak umah..

Hahahahaha.Semangat sambil menunggu Astro Ria bulan Ramadhan.

delia_ni Publish time 14-4-2016 04:37 PM

enchante78 replied at 14-4-2016 04:28 PM
Hahahahaha.Semangat sambil menunggu Astro Ria bulan Ramadhan.

mohon jgn smpai buru2 solat terawih ya.. hahahahah

c_apple Publish time 14-4-2016 07:49 PM

Cite ni dah shooting ke? Motip tak pasan kat mana2 ig retis2 kat atas
Mohon pencerahan :$

misspolarisz Publish time 15-4-2016 07:44 AM

semngat ni yg kita mahukan @enchante.

hehehe.

suffiya.aziera Publish time 15-4-2016 08:17 AM

c_apple replied at 14-4-2016 07:49 PM
Cite ni dah shooting ke? Motip tak pasan kat mana2 ig retis2 kat atas
Mohon pencerahan

dgr kat hot fm td awl bln 5 start shoot

enchante78 Publish time 15-4-2016 08:48 AM

misspolarisz replied at 15-4-2016 07:44 AM
semngat ni yg kita mahukan @enchante.

hehehe.

Bulan Ramadhan kita bertemu lagik :lol:

misspolarisz Publish time 15-4-2016 09:34 AM

enchante78 replied at 15-4-2016 08:48 AM
Bulan Ramadhan kita bertemu lagik

ai suka! so far 3x ramadhan ada aj. hihihi. nebes plak nak tau jln citer camner. adaptasi novel gak eh babe?

shudakuda Publish time 30-4-2016 10:36 AM

misspolarisz replied at 15-4-2016 09:34 AM
ai suka! so far 3x ramadhan ada aj. hihihi. nebes plak nak tau jln citer camner. adaptasi novel ga ...

http://www.mydarwisyashome.blogspot.my/?m=1

Novel dh keluar uols..aj pegang watak emma ke nia? Sape tau? Ke emma tu EM?

CikRoyanners Publish time 1-5-2016 09:56 PM

Haluuuu ,..Citer ni da start shooting da kan :loveliness:

sheashiloh Publish time 26-5-2016 12:00 AM

Yeayyyy..tazabbarrrrr

c_apple Publish time 26-5-2016 01:02 AM

Cite ni light2 je kan
Takde stress2
So tak sabo jugak nak tunggu tengok
Walaupun tengok scene2 dalam ig banyak suara macam petir
#memetir :P

enchante78 Publish time 26-5-2016 09:01 AM

c_apple replied at 26-5-2016 01:02 AM
Cite ni light2 je kan
Takde stress2
So tak sabo jugak nak tunggu tengok


Hahahahahahahahahaha
Suara petir tu memang dah leh agak sapa. ;P

c_apple Publish time 26-5-2016 09:08 AM

enchante78 replied at 26-5-2016 09:01 AM
Hahahahahahahahahaha
Suara petir tu memang dah leh agak sapa.

Rasanya mesti kelakar jugak kot
Dah katanya cite ni penuh dialog hashtag
Itu yang i hashtag sesiap #memetir
:lol:
balik terawih dok ngadap ini la nanti

enchante78 Publish time 26-5-2016 09:18 AM

c_apple replied at 26-5-2016 09:08 AM
Rasanya mesti kelakar jugak kot
Dah katanya cite ni penuh dialog hashtag
Itu yang i hashtag ses ...

Aah,I suka cita mcm gini, ketawa ketawa, less stress, happy je nengok.

c_apple Publish time 26-5-2016 09:26 AM

enchante78 replied at 26-5-2016 09:18 AM
Aah,I suka cita mcm gini, ketawa ketawa, less stress, happy je nengok.

Yup, ketawa dan ketawa
sesuai la tu bulan puasa
Kang stress2 dok maki kehulu hilir
Buat kurang pahala pulak:P

cikmuni Publish time 26-5-2016 04:38 PM

amboiiiii dah bukak rumah drama baru!! Laju betul...hihihi

enchante78 Publish time 26-5-2016 11:37 PM

Sampai episodes berapalah tudung ayda mcm tu. Buruk nah. Adoii... :L

enchante78 Publish time 26-5-2016 11:37 PM

Mana si 'ZUL Wardrobe' ni. Pi lah adjust bagik lawa sket tudung Ayda tu.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ASSALAMUALAIKUM CINTA (SAHARUL RIDZWAN, AYDA JEBAT, KAMAL ADLI & EMMA)


ADVERTISEMENT