uniq61 Publish time 18-2-2016 06:07 PM

Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat

Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat
Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat. Masalah sinki tersumbat pasti akan menyukarkan kerja-kerja membasuh. Air kotor tidak akan dapat mengalir keluar dan anda terpaksa pam berkali-kali ataupun mengeluarkan air dengan cara yang lain.

Ada satu petua yang boleh anda cuba jika sinki anda tersumbat. Anda hanya memerlukan tiga jenis bahan yang mudah didapati di rumah anda.

Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat


Mula-mula sekali anda perlu pastikan semua air yang tidak mengalir keluar, telah di keluarkan menggunakan bekas lain.

Bila dah tiada air bertakung dalam sinki, anda perlu tuang satu cawan serbuk penaik ke dalam lubang sinki.
Selepas itu tuang pula secawan garam.

Kemudian tuang secawan cuka tiruan dan biarkan seketika.

Akhir sekali, anda tuang dengan air panas yang mendidih dan pam beberapa kali.

Cara ini akan menanggalkan semua kekotoran yang tersumbat dalam lubang sinki dan air akan dapat mengalir semula seperti biasa.

Mudah-mudahan Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Selamat Mencuba.

CrowneGlory Publish time 18-2-2016 06:16 PM

The great baking soda...mcm2 kegunaan

firelight Publish time 20-2-2016 09:19 PM

Aku pernah cuba cara ni, tapi takdo tambah garam tu, cuma guna baking soda ngan cuka, dah cukup.

Tapi cara ni hanya boleh guna kalo tak sumbat teruk, sebab power dia tak kuat sangat. Kalo dah serius, baik beli ubat anti sumbat kat supermarket. Yg tu memang efektif.

genchi Publish time 9-3-2016 12:48 PM

waa.. nk try sink umah sewa slalu sumbat.. air turun slow...

Elle_mujigae Publish time 11-3-2016 03:46 PM

Based on what I learned during kelas Kemahiran Hidup masa kat sekolah dulu, kalau aliran air sinki jadi slow je, better bersihkan terus bahagian bawah sinki yg ada bekas..jap nak google nama benda tu..;P

ohh perangkap botol namanya..

http://4.bp.blogspot.com/-s2hGJ1dZa7w/T5TfNVlASjI/AAAAAAAAAuA/xT3v_eCYuNw/s1600/perangkap&enapan.png

benda ni boleh buka...letak baldi bawah perangkap ni dulu baru buka....lepas buka cuci la kat area junction tu... smelly tau.. so better pakai mask siap2..pakai glove...sediakan berus,dawai dan pencuci sental bahagian dalam paip tu...air slow sebab mendapan sisa2 makanan bila basuh pinggan periuk tu dah terenap...
yang perangkap P dan S tu tak pernah jumpa lagi...

tapi cara bersihkannya macam ni..

http://3.bp.blogspot.com/-hkVikPvKs90/T5jUaMdc82I/AAAAAAAAAv4/V3RKVhYrFqA/s1600/dawai.png


Elle_mujigae Publish time 11-3-2016 03:49 PM

lepas dah cuci mendapan, untuk maintenance baru buat mcm cara tt sarankan....

2 bulan sekali, letak bicarbonate pastu tuang cuka tiruan kat dalam sinki... nanti dia berbuih pastu tuang air panas...

itu cara kita la...:loveliness:

bicarbonate tu beli kat Daiso, Rm5.30 dapat dalam kuantiti yg banyak... satu paket 350g...

mokcikKSKB Publish time 8-4-2016 10:23 AM

Kalau sumbat tu beyond perangkap botol mmg payah nak rectify. Laki aku selalu beli botol acid ape tah kat kedai hardware...mula2 ok tp lama2 x ok sbb mendak banyak sgt kat keliling paip drainage tu.last2 bukak safety tank kat blakang rumah jolok2 dgn hose;P baru ok.

chenyan Publish time 16-7-2016 09:05 AM

bictoria Publish time 19-7-2016 02:40 AM

Elle_mujigae replied at 11-3-2016 03:46 PM
Based on what I learned during kelas Kemahiran Hidup masa kat sekolah dulu, kalau aliran air sinki j ...

Thank u for sharing!

shafyq Publish time 11-8-2016 08:47 AM

penah try gak..terbaik dari ladang

uniq61 Publish time 11-8-2016 04:53 PM

TAPI KADANG KADANG TU....BILA TERSUMBAT BENDA TU SODA TAKDA...{:mlbbq:}

shafyq Publish time 12-8-2016 08:15 AM

kalu akak2 ni mesti ada..selalu buat kuih mesti ada soda.:C

FARRAZOOL Publish time 1-9-2016 11:59 AM

Stress klu sinki sumbat:mad:
Pages: [1]
View full version: Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat


ADVERTISEMENT