CARI-IIN Publish time 18-2-2016 04:22 PM

Masih Boleh Dapat Anak Kembar Walau Tiada Genetik Dengan Cara Ini

Oleh Izzah Abbasy

Melihat bayi kembar yang comel pasti terdetik untuk memilikinya. Namun, tidak semua pasangan berupaya untuk mempunyai anak kembar jika tiada keturunan mempunyai kembar.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/18/161945lu9kuo9y9kk1r97i.jpg

Sebenarnya, ada tip dapat dilakukan bagi memperoleh anak kembar dua, tiga atau bahkan lebih selain melakukan IVF.

Jika anda mempunyai rancangan untuk memperoleh bayi kembar, teliti tip atau ciri-ciri berikut. Anda boleh amalkan dan jika rezeki berpihak kepada anda, si kembarlah nanti jua dinantikan.

1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur
Wanita yang berumur 35 hingga 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalianmendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

7. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi. - CARI Infonet

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/18/161946st4vtzgyy47zt2lk.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/18/161945b8hiie9e597869ih.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/18/161944n515qcgl59mj6zqk.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/18/161946ojv4zyyccbqq4rvq.jpg


ciskek.leleh Publish time 18-2-2016 04:46 PM

kot ada cara lain lg kn :L makan ubi & kentang tu mmg buat, susu meolss xleh hadam..

CARI-IIN Publish time 18-2-2016 05:02 PM

ciskek.leleh: kot ada cara lain lg kn :L makan ubi & kentang tu mmg buat, susu meolss xleh hadam..

susah jugak ni sis.. jumpa pakar lah senang kan

Elle_mujigae Publish time 18-2-2016 06:33 PM

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/18/161945lu9kuo9y9kk1r97i.jpg

so cute..nak pakai kasut Louboutin mak dia..tak muat la sayang..tunggu 17 tahun lagi baru muat..hehe..{:loveo


Elle_mujigae Publish time 18-2-2016 06:34 PM

iols takde genetic twin ni..sigh.......{:sigho

princessjay Publish time 18-2-2016 09:33 PM

Alolo..comeinye.. bile tgk budak2 yg cute mcm ni, rase nk kawen skang gak..hehe

BabyOnEarth Publish time 19-2-2016 04:24 PM

Tips no 3. Bilangan Anak..
Agak2 anak dah 10 pun xdapat kembar lg, patutlah mencuba lagi ;P

BabyOnEarth Publish time 22-2-2016 10:55 AM

Tips no 3. Bilangan Anak..
Agak2 anak dah 10 pun xdapat kembar lg, patutkah mencuba lagi

chimpera Publish time 23-2-2016 09:09 PM

best kalo dapat anak kembar ni

heywana Publish time 24-2-2016 04:12 PM

mcm best je dpt anak kembar. tp mcm penat jugak nak jaga nti. {:fainto

cikcikebom Publish time 19-8-2016 04:12 PM

good info. noted.
Pages: [1]
View full version: Masih Boleh Dapat Anak Kembar Walau Tiada Genetik Dengan Cara Ini


ADVERTISEMENT