bromatt Publish time 18-2-2016 03:28 PM

Beli motor RM5000 tapi cover insuran RM1500

Adakah patut beli motor mahal RM 5000 tetapi cover insuran RM 1500 sahaja. Celako betullah &*%$@ apek ni!!Aku dah servey beberapa kedai motor selepas TERBELI motor tu nilai insuran mengikut harga motor semasa.Terniayo betul aku dek mulut manis apek ni,pada mulanya berharga RM5200,bila dapat kurang RM200 dikurangnya pulak premium insuran yang sepatutnya bernilai RM4300.Harga motor yang dijual dikedai motor apek cilako lebih mahal dari kedai-kedai lain dalam lingkungan RM4800-RM4710, insuran first party mengikut harga semasa. Mohon pendapat forumer semua.

kentel Publish time 18-2-2016 04:32 PM

tukar la company insuran...

ryo_takahashi1 Publish time 18-2-2016 05:00 PM

cer citer.. motor apakah ini...?? berapa abang bayar utk insuran tu?

bromatt Publish time 19-2-2016 09:05 AM

ryo_takahashi1 replied at 18-2-2016 05:00 PM
cer citer.. motor apakah ini...?? berapa abang bayar utk insuran tu?

Saya membeli motorsikal SYM SPORT BONUS SR NEW,No pendaftaran....... secara tunai dari kedai Impian Ehsan motor pada 11.01.2016.

Apabila saya mengambil motor pada 12.01.2016 dan meneliti Sijil Insuran, saya dapati motor saya di insured sebanyak RM 1,500.00 (Premium caculation RM 195.65) sedangkan nilai sebenardalam RM 4,300.00.Cover Note tidak diberi kepada saya pada masa itu.

Saya sangat terkejut dengan nilai sum insured kerana terlalu rendah sekali sedangkan saya membayar sebanyak RM 250.00 berdasarkan Tax Invoice yang diberikan kepada saya.Sekiranya berdasarkan bayaran premium RM 250.00, motosikal saya dicover sebanyak RM 3,400.00.

Saya rasa TERTIPU dengan bayaran RM 250.00 tidak setimpal dengan sum insured.

Saya mohon pihak tuan dapat menyiasat dan memberi keadilan kepada saya agar sum insured dapat dipinda kepada RM 3,400.00 berdasarkan caj yang dikenakan kepada saya sebanyak RM 250.00.

Makluman balas dan kerjasama tuan sangatlah dihargai.


Operation Development / Complaint Department)
Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
Level 12 Wisma Bumi Raya, 10 Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur 50350 Malaysia
Phone +603 2698 5033
Fax +603 2693 6917


bromatt Publish time 19-2-2016 09:10 AM

kentel replied at 18-2-2016 04:32 PM
tukar la company insuran...

ya.. tunggu tahun depan renew dgn sykt lain pulak..insuran company tak dapek nolong doo mcm dh berpakat dengan pekedai dan ejen insuran

ryo_takahashi1 Publish time 19-2-2016 09:59 AM

bromatt replied at 19-2-2016 09:05 AM
Saya membeli motorsikal SYM SPORT BONUS SR NEW,No pendaftaran....... secara tunai dari kedai Impia ...

ok... ni boleh jadi kes... boleh mintak refund balik kalau nak.... bawak semua bukti yg ada pergi ke small claim tribunal kat kompleks shah alam... citer A-Z nanti depa akan tolong...

ryo_takahashi1 Publish time 19-2-2016 10:00 AM

bromatt replied at 19-2-2016 09:10 AM
ya.. tunggu tahun depan renew dgn sykt lain pulak..insuran company tak dapek nolong doo mcm dh ber ...

insuran kampeni mmg takleh nak buat apa2... sebab dia akan ikut sum insured dari kedai atau ejen....

kentel Publish time 19-2-2016 11:07 AM

bromatt replied at 19-2-2016 09:10 AM
ya.. tunggu tahun depan renew dgn sykt lain pulak..insuran company tak dapek nolong doo mcm dh ber ...

yup...buat mcm mod tu suggest...pegi bawak smua legal document pegi tribunal pengguna....buat aduan...

bromatt Publish time 4-3-2016 03:33 PM

kentel replied at 19-2-2016 11:07 AM
yup...buat mcm mod tu suggest...pegi bawak smua legal document pegi tribunal pengguna....buat adua ...

ok,terima kasih:)
Pages: [1]
View full version: Beli motor RM5000 tapi cover insuran RM1500


ADVERTISEMENT