cef_gango Publish time 17-2-2016 04:48 PM

Polis antikeganasan berkas 33 individu

JAKARTA - INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia menahan 33 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan militan IS dan merancang untuk melancarkan serangan ganas di negara itu.Kelmarin, Ketua Polis, Jeneral Badrodin Haiti memaklumkan kesemua mereka diberkas unit antikeganasan selepas pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan berdarah di Jakarta yang turut meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, bulan lalu.“Hasil siasatan awal mendapati mereka merancang untuk melancarkan seranganmenyasarkan lapangan terbang dan beberapa sasaran lain pada masa akan datang,” katanya.Menurutnya, seramai 17 individu disyaki ada kaitan dengan serangan di ibu negara manakala 16 yang lain adalah anggota kepada tiga kumpulan militan.“Salah satu kumpulan militan tersebut dipimpin oleh Hendro Fernando yang didakwa menerima 1.3 bilion rupiah (RM402,550) daripada beberapa negara di Timur Tengah termasuk Jordan dan Turki untuk melancarkan serangan ke atas lapangan terbang utama serta ibu pejabat polis di ibu negara.“Dua kumpulan lagi dipercayai merancang pengeboman kereta di kompleks polis Jakarta dan menyerang polis trafik,” katanya.Badrodin turut mendedahkan ancaman terbesar datang dari warga Indonesia di Syria yang menggalakkan kumpulan militan tempatan untuk melancarkan kempen serangan ganas di negara itu.   Difahamkan, sekurang-kurangnya 400 warga negara itu dilaporkan telah menyertai perjuangan kumpulan militan IS di Iraq dan Syria, lapor Press TV.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.486102.1455672425!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

LingTong1999 Publish time 19-2-2016 08:36 AM

Keganasan nak marak di indon ni
Pages: [1]
View full version: Polis antikeganasan berkas 33 individu


ADVERTISEMENT