cef_gango Publish time 17-2-2016 04:44 PM

IS guna gas mustard

IS guna gas mustard

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.486107.1455672814!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan militan IS didakwa menggunakan gas mustard ketika bertempur dengan pejuang Kurdish di Iraq.Sumber di Pertubuhan Larangan bagi Senjata Kimia (OPCW) mengesahkan hasil ujian makmal ke atas sampel menunjukkan ia positif sulfur mustard selepas kira-kira 35 pejuang Kurdish dilaporkan jatuh sakit di medan perang di barat Erbil, Ogos lalu.Oktober lalu, OPCW membuat kesimpulan bahawa gas mustard telah digunakan di Syria dan pakar percaya senjata tersebut mungkin diperoleh daripada stok yang tidak diisytiharkan rejim Presiden Bashar al-Assad atau dihasilkan sendiri oleh IS.   Difahamkan, sebahagian besar senjata kimia Iraq telah dimusnahkan ketika era bekas Presiden Saddam Hussein walaupun tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah menemui bekalan tersebut ketika pencerobohan pada 2003-2011, lapor al-Arabiya.



LingTong1999 Publish time 19-2-2016 08:37 AM

Gas mustard tu nak dimakan ke?
Pages: [1]
View full version: IS guna gas mustard


ADVERTISEMENT