CARI-LTS Publish time 16-2-2016 07:13 PM

Buah Pala- Buah Tempatan Yang Berkhasiat Tinggi





http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/16/190136dqz065u85qn065nq.jpg
sumber foto : google image



Buah pala merupakan satu buah yang agak asing jika kita tak ketahui ada dia punya kebaikannya dalam kesihatan seharian. Selain boleh dibuat jeruk dan sebagai pemanis mulut, ia juga merupakan buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/16/190232hiwp2rrz2ilkgy3x.jpg
sumber foto : google image



Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebutubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.


Caranya ialah dengan mengambil daunnya atau buah pala yang telah ditumbuk halus kemudian direbusseparuh setengah cawan, kemudian airnya diminum.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/16/190346z1zwrz1yrvh69vt9.jpg
sumber foto : google image



Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/16/190440l7pprrrqsryiza7r.jpg
sumber foto : google image



Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.






http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/16/190931w2sm32kzlmcb3xx2.jpg

Kebaikan yang lain-lain.


1) Kandungan zat buah pala adalah zat kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat.


2) Baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.


3) Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm. Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.


4) Air rebusan yang sama boleh digunakan sebagai julap untuk mencuci perut. Selain daun dan buahnya, air rebusan biji buah pala yang telah ditumbuk halus juga boleh diminum untuk mengubati penyakit tersebut.


5) Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur.


6) Sabun pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau seriawan mulut.




Tetapi ingat, buah pala ini dimakan jangan terlalu banyak kerana mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut.







sumber info: http://zikrihusaini.com/
Pages: [1]
View full version: Buah Pala- Buah Tempatan Yang Berkhasiat Tinggi


ADVERTISEMENT