ultramantujuh Publish time 15-2-2016 03:10 PM

'The Revenant' dinobat Filem Terbaik Anugerah Bafta Britain






Filem epik dongeng "The Revenant" menang Filem Terbaik Anugerah Bafta 2016 Britain, yang dilihat mampu membolot beberapa anugerah berprestij Oscars yang menyusul dua minggu lagi.

Filem itu turut memenangi beberapa kategori dengan Leonardo DiCaprio dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik manakala Alejandro Gonzalez Inarritu sebagai Pengarah Terbaik.

DiCaprio yang memegang watak sebagai Hugh Glass, seorang pemburu gunung telah diserang seekor beruang dan ditinggalkan rakannya dalam keadaan tidak lagi bernyawa ketika mereka menyertai satu ekspedisi pada 1820-an.

Bagaimanapun dengan kemahiran ikhtiar hidup, dia akhirnya terselamat dalam keadaan salji tebal dan bersedia untuk membalas dendam.

eddlisa_uyuk Publish time 18-2-2016 08:21 AM

CLOSE THREAD.....DAH ADA

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=951201&extra=
Pages: [1]
View full version: 'The Revenant' dinobat Filem Terbaik Anugerah Bafta Britain


ADVERTISEMENT