Ipo Publish time 9-2-2016 10:53 AM

Pokok Kemunting

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:33 PM

















Nama Tempatan:

Kemunting
Nama Saintifik:Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk.
Nama Lain:Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi(cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille,rose myrtle
Famili:Myrtacea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:
Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar.Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

kegunaan:
Di Malaysia, masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam.




Buah kemunting yang sudah masak dan sedia dimakan



Farini Publish time 9-2-2016 12:37 PM

cantik bunganya. macam susah nk jumpa pokok ni.

bianglala Publish time 9-2-2016 01:28 PM

Ipo pernah makan buahnya?

Ipo Publish time 9-2-2016 02:35 PM

Farini replied at 9-2-2016 11:37 AM
cantik bunganya. macam susah nk jumpa pokok ni.

pokok ni banyak kat tepi pantai..kawasan pantai
kat pantai cheratng dan sekitar pantai kemaman , banyak pokok ni

ni yg Ipo snap kat pantai cherating..kat Tanjung Inn chalet...
kalau datang sini memang akan cari buah yg masak dari pokok ni..:lol:


Ipo Publish time 9-2-2016 02:36 PM

bianglala replied at 9-2-2016 12:28 PM
Ipo pernah makan buahnya?

pernah lala...dari zaman kecik ipo suka makan buahni..
kalau pergi pantai cherating, menginap di Tanjung Inn, ada sebatang pokok kemunting ni dekat tasik..
gambar kat atas tu..

bianglala Publish time 10-2-2016 08:22 AM

Ipo replied at 9-2-2016 02:36 PM
pernah lala...dari zaman kecik ipo suka makan buahni..
kalau pergi pantai cherating, menginap d ...

boleh makan terus camtu atau kena kupas kulitnya? kulitnya macam buah ciku.

anniez08 Publish time 10-2-2016 10:03 AM

tak penah nampak pokok kemunting ni..

Ipo Publish time 11-2-2016 12:03 AM

bianglala replied at 10-2-2016 07:22 AM
boleh makan terus camtu atau kena kupas kulitnya? kulitnya macam buah ciku.

boleh makan macam tu je..ngap sebiji tu;P
rasanya manis suam-suam kuku...macam buah ara tu..

Ipo Publish time 11-2-2016 12:14 AM

anniez08 replied at 10-2-2016 09:03 AM
tak penah nampak pokok kemunting ni..

pokok ni dah semakin pupus anniez...
yg banyak pokok senduduk yang bersepah tumbuh meliar..
ada yang silap, ingat senduduk sama dengan kemunting ni..
buah pun seakan sama,
cuma daun pokok senduduk ni kasar dan kesat
daun pokok kemunting pulak licin dan berbulu sikit, macam ada lapisan lilin gituh

pokok senduduk merah

buah senduduk





yang ni senduduk putih...jarang ada...pokok ni dikatakan dijaga oleh orang bunian, menjadi tempat bunian (hanya senduduk putih liar)


anniez08 Publish time 11-2-2016 01:35 PM

Ipo replied at 11-2-2016 12:14 AM
pokok ni dah semakin pupus anniez...
yg banyak pokok senduduk yang bersepah tumbuh meliar..
ada...

pokok senduduk ni pernah nmpak masa kecil dulu..
kalo tak silap boleh mkn kan buah senduduk tu?..

pokok senduduk putih tak pernah nmpak lagi..
tp seram juga kalo pokok tu pokok org bunian suka..

Ipo Publish time 11-2-2016 04:59 PM

Edited by Ipo at 11-2-2016 04:14 PM

anniez08 replied at 11-2-2016 12:35 PM
pokok senduduk ni pernah nmpak masa kecil dulu..
kalo tak silap boleh mkn kan buah senduduk tu?.. ...
tak tahu la boleh makan ke tak buah senduduk tu..
sebb kulitnya agak kasar dan tajam sikit..
tapi dulu masa darjah satu, selalu ambik buah senduduk ni buat main masak2...dah tu ngap jugak tapi muntahkan balik:lol:

ingat2 balik...gila2 jugak childhood dulu2...
semua buah nak ngap...asal tak mabuk..:lol:
most yang @bianglala post kat sini pasal pokok, semuanya ipo dah makan..terutama kerian tu..


dan ni satu lagi..buah yg ipo suka makan, buah cenerai namanya. Buah ni dah masak (warna hitam kelabu) sedap jugak, yg muda hijau tu masam







buah ni sellau buat peluru utk tembak masa budak2 dulu..
senapang buluh dibuat daripada batang buluh muda
buah ni pulak buat peluru..mcm gambar kat bawah ni...pastu tembak budak lelaki, buruk tak perangai?:lol:



bianglala Publish time 14-2-2016 09:01 AM

Ipo replied at 11-2-2016 04:59 PM
tak tahu la boleh makan ke tak buah senduduk tu..
sebb kulitnya agak kasar dan tajam sikit..
tap ...

ingat2 balik...gila2 jugak childhood dulu2...
semua buah nak ngap...asal tak mabuk..
most yang @bianglala post kat sini pasal pokok, semuanya ipo dah makan..terutama kerian tu..tu la, tengok macam-macam buah Ipo dah rasa.

buah cenerai tu pun tak pernah jumpa.

FARRAZOOL Publish time 27-5-2016 08:21 PM

Lawanya...:)

meowlin Publish time 23-6-2016 09:42 AM

Buah kemunting ni ibarat buahberi msia la. Rasanya mmg sgt manis bila masak.. ada byk bijik2 dlm buah ni..   penah makan yg baru nk masak tapi agak kelat.

Kaler msa muda hijau dan keras
Kaler baru nak masak hijau hampir keunguan
Dah masak kaler dark purple.

Dedulu klu blk kampung mmg merayap dlm semak cari buah kemuntingtp skrg ni dah tak jumpa .         Rasanya masih ada saki baki berhampiran pantai kot

munchkin Publish time 13-7-2016 08:01 PM

like berries ya sedap ke?

Ipo Publish time 15-7-2016 08:57 AM

Sempat snap pokok kemunting kt rumah sedara...dia tanam rupanya...
Pyh dah nk jumpa pokok ni..

Farini Publish time 15-7-2016 11:23 AM

Ipo replied at 15-7-2016 08:57 AM
Sempat snap pokok kemunting kt rumah sedara...dia tanam rupanya...
Pyh dah nk jumpa pokok ni..

bukan waktu berbunga ye? 'gemuk' jgk pokoknya.

Ipo Publish time 20-7-2016 10:35 PM

Farini replied at 15-7-2016 10:23 AM
bukan waktu berbunga ye? 'gemuk' jgk pokoknya.

Ya agaknya..tengok pada pokok tu, mcm muda lagi tapi nampak ada satu bunga berkembang tu

Ipo Publish time 20-7-2016 10:36 PM

meowlin replied at 23-6-2016 08:42 AM
Buah kemunting ni ibarat buahberi msia la. Rasanya mmg sgt manis bila masak.. ada byk bijik2 dlm b ...

Betul...sedap jugak isinya yg byk biji tu

Ipo Publish time 20-7-2016 10:37 PM

munchkin replied at 13-7-2016 07:01 PM
like berries ya sedap ke?

Sedap... ;P
Pages: [1] 2
View full version: Pokok Kemunting


ADVERTISEMENT