CARI-MAMS Publish time 5-2-2016 06:02 PM

Sang Suami Asyik Murung Di Kamar? Tingkatkan Semula Libidonya!

Oleh Adib ZA

Kehidupan berumahtangga, antara yang sangat penting ialah hubungan intim, setuju?


Namun, kesibukan bekerja, stress dan macam-macam lagi hal boleh menyebabkan nafsu juga libido sang suami semakin merudum.


Untuk atasi perkara ini, ramai yang mengambil suplemen seperti kopi kuat, krim tahan lama dan sebagainya.

Namun, libido ini boleh dirawat dengan cara yang lebih sihat dan semula jadi. Seperti berikut:




1. Turunkan berat badan


Lemak berlebihan dikatakan menurunkan kadar testosteron lelaki. Kajian mendapati lelaki obesiti memiliki kadar hormon tersebut lebih rendah. Bila berat berkurang, badan semakin sihat dan sekaligus meningkatkan hormon kejantanan.




2. Tonton pasukan 'fav' anda!


Ada kajian yang dilakukan oleh University of Utah, mendapati menyaksikan kekalahan pasukan kegemaran anda, menyebabkan penurunan testosteron!


Namun, jika pasukan kegemaran anda menang, testosteron makin meningkat sebanyak 20 peratus!


http://cdn.metrotvnews.com/dynamic/content/2015/09/03/427491/WTnqapFoia.jpeg?w=668




3. Minum kafein


Minuman kafein bukan sahaja membuatkan anda rasa lega dan bertenaga, namun ia juga meningkatkan hormon kelelakian!


Ada kajian dari Harvard School of Public Health mendapati minum lima cawan kopi setiap hari dapat meningkatkan testosteron anda! Namun jangan lupa seimbangkan dengan sayuran dan buah-buahan.




4. Tidur lebih lama


Bagi suami yang berusia 64 hingga 74 tahun, mereka dapat meningkatkan kadar testosteron dengan cara tidur lebih lama. Semakin lama tidur, semakin tinggi hormon ini. Jika tidur semakin kurang, hormon tersebut berkurangan 10-15 peratus!




5. Kurangkan stress


Bila anda stress, libido pasti berkurangan. Ini kerana badan akan melepaskan sejumlah hormon kortisol yang menghambat penghasilan testosteron.


Jadi, kawallah stress bukan sahaja untuk kesihatan jantung dan badan, malah libido anda! - CARI Infonet



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/05/180152azaz6ece8egqaiaq.jpg
(Sumber foto: Carian google)

otai_g Publish time 5-2-2016 11:34 PM

6. makanlah nu-prep extrak tongkat ali physta.

pil mencekik darah manusia mahal nak mampus. selayaknya company ni bengkrap awal :lol:

qronaldo7 Publish time 10-2-2016 11:05 AM

okeh nk turunkan berat, tambahkan libido
Pages: [1]
View full version: Sang Suami Asyik Murung Di Kamar? Tingkatkan Semula Libidonya!


ADVERTISEMENT