CARI-HBZ Publish time 5-2-2016 05:07 PM

5 Perkara Yang Lelaki Akan Tarik Muka Bila Disoal

Oleh : Dean BZ

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/05/170723vc42c44neiz2ywet.gif



Lelaki kebanyakkannya tidak suka ditanya bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi hal peribadi. Tidak seperti kaum wanita yang lebih suka berborak dan terbuka dalam segenap hal.


Ini kerana lelaki cepat melupakan hal-hal remeh dan tidak suka memikirkan hal yang lepas. Sedangkan wanita pula, hal bertahun-tahun lamanya pun masih boleh diingati.


Elakkan bertanya 5 soalan ini jika anda baru mula mengenal hati budi seorang lelaki (future boyfriend) :




#1- Kisah Cinta Lalu
Tak semua lelaki suka "throwback" kisah percintaan mereka. Kebanyakkannya lelaki memang malas nak berceritakan kisah cinta tak menjadi. Jadi eloklah jangan tanya.





#2- Tentang Seks
Benar, lelaki sememangnya lebih terbuka bila bercerita soal seks tetapi hanya dengan rakan-rakan mereka sahaja. Jika anda adalah calon isteri atau calon kekasih hatinya, kaum lelaki tidak gemar terlalu terbuka soal seks kerana bagi mereka soal seks untuk isteri adalah apabila selesai turun dari pelamin dihari perkahwinan. Masa tu baru boleh "cerita sepuas-puasnya".





#3- Kewangan
Soal ini paling sensitif, jangan sesekali terlalu mengambil berat soal kewangannya selagi belum bergelar isteri. Lelaki paling tak suka bila teman wanita sudah mula menyibuk hal-hal perbelanjaan. Biarkan mereka bebas berbelanja, anda boleh menasihati teman lelaki anda tetapi jangan terlalu mengatur apa yang boleh dan tidak boleh dibelanjakan.




#4- Tidak Faham Kerjaya
Lelaki memang kuat bekerja dan kadang-kadang sampai lupa hendak balik rumah. Jadi, kalau orang tu tengah kerja jangan pula persoalkan kenapa asyik balik lambat dan menuduh mereka melepak dimana-mana. Ini akan buat lelaki rimas dan silap haribulan anda yang "dikerjakan".







#5- Siasat Setiap Aktiviti
Janganlah nak mengongkong sangat sampai semua benda yang dibuat hendak ditanyakan. Jadi berilah ruang dan jangan sesekali curiga kalau dia nak keluar minum teh bersama rakan. Pokok pangkalnya, beri kebebasan dan PERCAYA. - CARI Infonet.












mziskandar Publish time 6-2-2016 05:33 AM

soklan2 diatas mudah dibawak berbincang (terbuka) ngan member2 lelak sahajai. paling kuat pun kena gelak, kutuk(gurau senda), jadi bahan lawak ngan member reramai. majoriti lelaki tulen dilatih tidak mudah emo (trained since skool). kalau emo, lagi member suka nyakat.. disamping dpt menghappykan member yg bermasaalah tersebut.

tu passal lepak ngan member, serabut/stress bleh ilang + input penyelesaian/nasehat logical.

qronaldo7 Publish time 6-2-2016 06:58 AM

Spot on. Bole jd rujukan ni;P

-electrifying- Publish time 10-2-2016 12:17 PM

betul tu... rimas wey dok tnye2...

kumen2 Publish time 10-2-2016 12:39 PM

bila nak kawin... soalan cepu emas.... dh kawin bila nak da ank.... bila ada ank... bila nak da ank lg.... . ni la manusia.... nk jga tepi org ja....

biduando Publish time 10-2-2016 12:45 PM

yelah TT hui...kalau pompuan jek ikut apa yg TT tulis ni..tp laki xde plak nk ikot rentak pmpuan...acener tu?

cik_tonggek Publish time 10-2-2016 12:50 PM

hat number dua tuh muhong sangat
bukan laki ker yg bersinar bijik mata sambil2 ajak bincang:curse:
melainkan kalo pempuan tanya ala2 mempertikaikan tahap kemampuan seksualnye :lol:
Pages: [1]
View full version: 5 Perkara Yang Lelaki Akan Tarik Muka Bila Disoal


ADVERTISEMENT