CARI-MAMS Publish time 4-2-2016 06:07 PM

Lelaki: Cukur Bulu Kaki Hilang Kejantanan Ke?

Oleh Adib ZA

Lelaki memang sinonim dengan penampilan berbulu termasuklah pada kaki. Namun, ada persoalan perlukah lelaki mencukur bulu kaki mereka? Adakah ia akan membuatkan mereka kurang maskulin?


Sebenarnya mencukur bulu kaki memang sudah banyak diamalkan oleh kaum lelaki pada masa ini. Ada yang mencukurnya sendiri atau melakukannya di salon.


Memetik laman Men's Health, konsultan imej lelaki, Aaron Marino berkata ramai lelaki tak rasa tertarik pun nak mencukur bulu kaki. Namun ada sesetengah mereka yang mendapat kondisi bulunya terlalu lebat, memaksa mereka mencukurnya.


http://api.ning.com/files/uXydXJHY2VVs1f1DBQIWBlLuV5lpTQSnmfXLnhw6CP5LoWliIUVzUzD51HXmF1iEaMAlMf*a1Ua3eMNHuiRCqhTfnPzqFUWh/shaving1.jpg




Marino juga berkata mencukur bulu kaki ada hubungan dengan estetika dan kebersihan pada penampilan kaki itu sendiri. Jadi, keputusan untuk mencukur bulu kaki adalah bergantung kepada keinginan seseorang lelaki kepada penampilan apakah yang diinginkannya.


1. Dalam sebuah survey yang dilakukan oleh Men's Health mendapati majoriti lelaki atau 51.6 peratus tidak pernah mencukur bulu kaki.

2. Manakala 33.1 peratus berkata mereka memotong bulu kaki agar tidak terlalu panjang.

3. Sebanyak 15.3 peratus pula mengatakan mereka mencukur habis bulu kaki.

http://static3.businessinsider.com/image/53b5de036bb3f7a727061221/newshaver.gif


(Sumber foto: Carian google)



Jadi bagi yang bertanya, adakah mencukur bulu kaki membuatkan anda kurang jantan atau maskulin?


Jawapannya: Ia berbeza dengan misai atau janggut kerana bulu kaki berada di zon yang tertutup dan tak selalu ditonjolkan. Oleh itu, tiada kaitan antara mencukur bulu kaki dengan kejantanan seseorang.


Jadi, semua berbalik kepada diri sendiri, nak berbulu kaki atau sebaliknya! - CARI Infonet

turboturtle Publish time 4-2-2016 06:14 PM

Muka berjambang, tangan mcm bulu gorilla, tapi kaki licin, macam mana tu:o...jalan plak kepit2

qronaldo7 Publish time 4-2-2016 06:23 PM

Cukur vulu kaki tp vulu pubis dibiarkan jd rumpai:funk:

zamzarai Publish time 4-2-2016 06:24 PM

Kalau cukur bulu kaki, hilang bulu jelah

kuku_pendek Publish time 4-2-2016 06:48 PM

tapi bg aku, bulu kaki kerinting tu yg menawan. yg bulu halus tu jambu sgt lah.. xjantan.

froggy_frog Publish time 4-2-2016 10:07 PM

qronaldo7 replied at 4-2-2016 06:23 PM
Cukur vulu kaki tp vulu pubis dibiarkan jd rumpai

wakakakaka . jdi semak samun . segala benda tersorok dkt situ . mau jumpa telur lipas

epis Publish time 4-2-2016 10:58 PM

kaki saya tak berbulu, sampai kawan perempuan pon cemburu, hahah....

RatuDunia94 Publish time 5-2-2016 12:14 AM

Bulu kaki tu aset lelaki.. Lelaki yg ada bulu kaki la sexy.. Tp bkn lebat mcm bangla..

mizkajura Publish time 5-2-2016 10:15 AM

ada je jantan yang berbulu kaki nipis....
klu bulu kaki LICIN.....sila pakai tudung yea :)

kumen2 Publish time 5-2-2016 11:18 AM

aq selalu tnya knp ko xda bulu kaki, dia jawab gen..

Esmiria Publish time 9-2-2016 10:02 AM

haaaaa gitu.aku.gli jantan adabulu kki

kluangman Publish time 10-2-2016 11:43 AM

Nak masuk competition body building habis segala bulu dicukur atau diwax untuk muscle nampak besar dan kemas

Emperor95 Publish time 11-2-2016 04:19 PM

tidak pernah cukur bulu kaki cuma terfikir sahaja memandangkan semakin panjang.

ice_sky92 Publish time 11-2-2016 10:36 PM

Barulah nampak hot & jantan sikit kalau ada bulu kaki. Kalau g cukur dah macam apa je...lain la kalau jenis tak tumbuh bulu kaki..tapi aku ada sorang roomate dulu yang ada bulu sampai peha...ada lelaki jugak yang tumbuh bulu kat area pusat n dada.......
Pages: [1]
View full version: Lelaki: Cukur Bulu Kaki Hilang Kejantanan Ke?


ADVERTISEMENT