ken2004 Publish time 29-1-2016 10:55 PM

THE REVENANT : LEFT FOR DEAD, BACK FOR VENGEANCE

Edited by eddlisa_uyuk at 18-2-2016 08:23 AM

The RevenantIt is 1823, and a legendary fur trapper and explorer named Hugh Glass is left for dead by the members of his own hunting team after being mauled by a bear. But Glass survives, and through the unforgiving winter wilderness he is looking for revenge on those who have betrayed him.

Language: English
Classification: 18
General Release Date: 04 Feb 2016
Genre: Action / Adventure
Running Time: 2 Hours 36 Minutes
Distributor: 20TH CENTURY FOX
Cast: Leonardo DiCaprio, Tom Hardy, Will Poulter, Domhnall Gleeson
Director: Alejandro Gonzalez Inarritu


Trailer: The Revenant Official Trailer

http://www.cinema.com.my/images/movies/2016/7revenantthe00_450.jpg

tagas Publish time 30-1-2016 12:56 PM

Not bad even storyline agak sleepy&bored

3/5 overall :C

ken2004 Publish time 30-1-2016 07:16 PM

It had been released in Malaysia? I thought next month.

Mary_jane Publish time 30-1-2016 10:53 PM

Bleh la hunting the revenant next week. Tengok picca leonardo kena baham beruang memang dasyat. :funk:

Mary_jane Publish time 31-1-2016 11:00 PM

Edited by Mary_jane at 31-1-2016 11:02 PM

LEONARDO DICAPRIO HABISKAN 5 JAM UNTUK SOLEKAN KESAN KHAS GIGITAN BERUANG DALAM THE REVENANThttp://www.wanista.com/wp-content/uploads/2016/01/leonardo-dicaprio-the-revenant-1-e1453264249513.jpgTeam The Revenant bertungkus lumus menyiapakn solekan kesan khas untuk Leonardo DiCaprio. Foto - www.boredpanda.com
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2016/01/2F8B6BF000000578-3406685-image-a-32_1453218928090.jpgHugo Glass, watak Leonardo DiCaprio ketika saat cemas dibaham beruang. Foto – www.dailymail.co.uk
Solekan diwujudkan bagi memberi kesempurnaan atau kecantikan kepada seseorang. Dengan solekan sahaja, ia mampu memberi karektor pada wajah. Solekan ini berlainan dengan solekan kesan khas.
Walaupun menggunakan peralatan dan bahan yang hampir sama tetapi solekan kesan khas berupaya mengubah wajah seseorang kepada sesuatu yang luar daripada normal (menjadikan muka cacat, mencipta luka).
Satu adegan dalam filem The Revenant yang menampilkan Leonardo DiCaprio menunjukkan watak utama rakus dibaham oleh beruang besar boleh dikatakan salah satu babak paling mengerikan mungkin pernah anda tonton.
Dan untuk membuat luka Leonardo DiCaprio supaya terlihat realistik, didedahkan bahawa pelakon itu terpaksa menghabiskan masa sehingga lima jam bersama Duncan James, jurumekap khas dari Watford, Hertfordshire.
Bayangkan hanya untuk solekan kesan khas gigitan beruang sahaja.
Untuk pengetahuan anda, Duncan sebelum ini telah bekerja untuk Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 2, The Grand Budapest Hotel dan The Last Samurai.
Untuk filem The Revenant, Duncan dan pasukannya membuat kajian yang teliti dan mendapatkan maklumat sejarah mengenai luka, supaya mereka boleh membuatnya kelihatan realistik yang mungkin.
Sinopsis
Seorang penjerat (Leonardo DiCaprio) yang diserang oleh beruang dan dirompak serta ditinggalkan untuk mati oleh rakan-rakannya kini terperangkap dan perlu hidup dalam persekitaran yang ekstrim, iaitu cuaca sejuk dan juga berperang dengan puak Orang Asli Amerika.
Dia juga ingin membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya.
-wanista


Rhyno Publish time 31-1-2016 11:17 PM

Lakonan paling mantap Leo. Semoga trofi Oscar menjadi miliknya! :loveliness:

wanitajelita Publish time 1-2-2016 02:03 PM

leonardo memang pandai berlakon.... memang menjadi dlm Blood Diamond dan The Departed

kakgek Publish time 1-2-2016 04:04 PM

ok i dh pegi tgok last week leonardo n jln ceritanye superb

aza Publish time 4-2-2016 01:10 PM

aku rasa leo memang layak trofi untuk filem ini. dan aku rasa takda pelakon lain yang boleh bawak watak ni..
aku suka cita dia.. aku bagi 4/5

ada laa bab yang lembab2 sikit.. tapi bagi aku ianya tak mencacatkan jalan cerita ni... aku tengok midnite dan aku tak tertido sikit pun untuk cita ni ( sebab kalau cita midnite selalu aku mesti tertido kalau cita tu tak best :lol:) huuhuhu

bluezink Publish time 5-2-2016 06:43 PM

boleh tak akuterus ending je ....sebab cerita muvee ni penuh ngilu ,pedih,brutal dan sadis
okay kita truih ke ending jer la..selepas..Fizgerald tahu je Glass hidup dia terus lari sebab nak avoid dari hukum gantung. Kumpulan Glass terus bawak Glass pergi balik untuk berubat tapi Glass kata kat captain dia, dia nak jejak Fizgerald nak balas dendam balik sebab dia bunuh satu2nya anaknya yang bernama Hawk. So depa pun pi la masuk hutan tapi captain tu mati kena tembak dengan Fizgerald.

Akhir sekali, cari punya cari dalam hutan tu dengan sejuknya cuaca, Glass dapat cari Fizgerald. Lawan punya lawan , tikam sana tikam sini kapak sana kapak sini, akhirnya Glass ada peluang nak tikam Fizgerald macam mana Fizgerald tikam anak dia haritu. Tapi masa nak tikam tu, dia teringat bini dia pesan “bukan kita yang menghukum”. Dan dan masa dia tak jadi tikam tu, puak Ree datang dengan konco2 dia naik kuda. Pawoqa dah bagitau semua benda kat bapak dia, yang sebenarnya bukan kumpulan Glass ni yang culik dia…walhal kumpulan Perancis tu yang culik dia. Last sekali puak Ree bunuh Fizgerald. Itu je. kalau nak tahu sapa itu Fizgerald..sapa tu Pawoqa dari puak Ree...haha kotrang kena pi tengoklaa

iloveyou Publish time 10-2-2016 12:42 PM

x sangka fitzgerald tu tom hardy .. huhu

yes .. mula2 cte lembab sikit, lps leo kene siat2 oleh bear, bru ok .. cinematography film ni mmg best .. patut lah menang .. dlm cte ni jugak mengajar kita utk survive dlm hutan sorg2, dlm 1 kumpulan msti ade sorg buat hal cm fitzgerald.
scene tikam2 glass & fitzgerald ni mmg best ..
bila tgk cte ni, terasa sgt feeling glass .. ecehh ;P. cm dpt rasa betrayed, revenge dia tu
leo dlm ni mmg best !

sarah_ary2 Publish time 10-2-2016 01:39 PM

Iols paling suke scene die tido dalam perut kuda huhuhuhu creative but quite gorylah huhuhu

mat_arof Publish time 11-2-2016 11:50 AM

dah tengok..

boleh lar...mendebarkan juga lah citer ni

tapi aku sukan The hateful eigh arahan Quantin Tarantino

bottombikini Publish time 11-2-2016 11:55 AM

aloooo....patut aritu gi tengok cite ni:'(

hari wilayah aritu rasa bosan so pi au2 tengok cite the boy...:L rasa rugi pulak

wanitajelita Publish time 16-2-2016 05:37 PM

Best ke citer ni? Mcm nk tengok je

bluezink Publish time 16-2-2016 06:21 PM

ADAKAH 'THE REVENANT' MAMPU BERI ANUGERAH OSCAR PERTAMA BUAT DICAPRIO?...Selalunya muveebegini ada cerita yang serius, deep dan ada makna tersendiri. Tak semualah, cuma pada aku, itulah feel-nya,Hmm.. macamana nak cakap ye..Ternyata crita ini bukan main-main sungguh. Padat dengan drama dan thriller. Aksi tu takdelah banyak sangat, tapi lebih kepada bagaimana watak utama tu berusaha untuk survive dalam kondisinya yang teruk. Tak segan langsung untuk ‘slash’ sana sini, tapi tahap gore tu realistik dan terkawal.Adalaaa Dua tiga kali menguap jugak:laugh3:adalah rasa macam terlalu lama untuk sampai pada checkpoint cerita seterusnya. mereka nak penonton rasa kesengsaraan yang dihadapi watak utama cerita ni kot yelaa..Selain tu, ada la orang dapat belanja beberapa teknik tertentu ...kot-kotlain kali korang terperangkap dalam salji dan nak larikan diri dari penjahat boleh hafal teknik2 tersebot dlm cerita ni.Untuk pengetahuan, muvee ini adalah adaptasi novel yang juga berdasarkan dari sebuah kisah benar....cuma dlm novel glass x ada anak ..cuma ia berkhawin dgn perempuan bangsa puak Ree
Pages: [1]
View full version: THE REVENANT : LEFT FOR DEAD, BACK FOR VENGEANCE


ADVERTISEMENT