CARI-IIN Publish time 29-1-2016 02:38 PM

Bro, Siapa Cakap Lelaki Tak 'Period'? Ha, Tak Tahu Kan?

Oleh Izzah Abbasy

Bunyinya seakan pelik. Takkanlah lelaki juga boleh 'period'. Boleh keluar darah seperti wanita.

Lelaki datang bulan? Ya, lelaki juga datang bulan tau.

Kajian terbaru menyatakan lelaki juga boleh mengalami sindrom yang sama dan ia dipanggil Irritable Male Syndrome (IMS).

Istilah Irritable Male Syndrome ini mula-mula diperkenalkan oleh Dr. Gerald Lincoln di Scotland apabila beliau membuat kajian terhadap biri-biri. Beliau mendapati penurunan tahap hormon tertosteron dalam biri-biri jantan selepas musim mengawan. Biri-biri tersebut menjadi cepat marah, dan mudah terganggu. Ia kadang-kadang menyebabkan pergaduhan dalam kalangan mereka. Setelah itu, Dr. Gerald Lincoln membuat ujian yang sama pada rusa dan gajah jantan, dan mendapat hasil yang sama.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/29/143711iwzfco27ff6nmfn8.gif

Penurunan tahap testosteron pada lelaki juga boleh menjadikan lelaki itu mudah marah. Dan apabila ditambah dengan stress, ia boleh menyebabkan seseorang itu kurang bersosial, hilang keinginan seksual dan perubahan emosi.

Testosteron adalah hormon yang penting bagi lelaki. Ia dihasilkan di testis dan merangsang pertumbuhan tulang dan otot, serta perkembangan seksual.

Oleh kerana penurunan tahap testosteron berkadar dengan peningkatan usia, IMS biasanya berlaku pada lelaki yang berumur. Ia juga dikatakan antara penyebab kepada krisis pertengahan umur (mid-life crisis).

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/29/143710s0fglapf8llh86zp.jpg

Walau bagaimanapun, IMS juga boleh berlaku pada usia muda. Penurunan tahap testosteron juga disebabkan oleh:

1) Diet yang tidak sihat
2) Minum banyak alkohol
3) Sakit
4) Kurang tidur
5) Kurang seks
6) Stress


Oleh itu, jika suami, ayah, teman lelaki, abang, adik lelaki dan kawan-kawan lelaki anda tiba-tiba bertukar 'moody', cepat-cepatlah anda angkat kaki dan jauhkan diri. Biarkan mereka bertenang dan berilah masa untuk mereka kembali normal.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/29/144113jwbl3o8uv4bpwj5i.gif

*Barulah si lelaki tahu bagaimana perasaan wanita jika datang bulan kan? - CARI Infonet

mbhcsf Publish time 29-1-2016 09:35 PM

HA - HA - HA...well ... over hype sangat lah , well...

ice_sky92 Publish time 30-1-2016 12:07 AM

mbhcsf replied at 29-1-2016 09:35 PM
HA - HA - HA...well ... over hype sangat lah , well...

Ustazah kan perempuan...mana tahu pasal lelaki :curse:

sigur/ros Publish time 30-1-2016 01:19 PM

bila suami iols moody, iols bo layan ... hihi

misscendol Publish time 30-1-2016 02:21 PM

boleh iols ckp boyfriend iols irritable male syndrome kalau depa marah xtentu pasal

Innrukia Publish time 31-1-2016 11:08 AM

Lelaki period mmg teruk;P

purplepinkish Publish time 31-1-2016 12:18 PM

Irritable bowel syndrome i tau, irritable male syndrome baru blajo kat sini;P;P

epis Publish time 1-2-2016 10:40 AM

jangan cari pasal dengan saya kalau saya tgh period...

qronaldo7 Publish time 10-2-2016 11:09 AM

main game smpy pagi :P
Pages: [1]
View full version: Bro, Siapa Cakap Lelaki Tak 'Period'? Ha, Tak Tahu Kan?


ADVERTISEMENT