matabelalang Publish time 25-1-2016 04:00 PM

BOBOIBOY THE MOVIE - 3 MAC 2016

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR4mflBBgEOSfmk9kRLFxGB6oK-ZG0wpLmgM0z4RLcZaoQexEI1

BoBoiBoy: The Movie merupakan filem animasi Malaysia yang dijangka akan keluar pada bulan 3 Mac 2016. Ia merupakan filem pertama Animonsta Studios dan BoBoiBoy.
BoBoiBoy menempuh satu pengembaraan teater dalam filem pertamanya, BoBoiBoy: The Movie. Filem ini membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya ke suatu pengembaraan ke pulau yang penuh misteri yang menempatkan Sfera Kuasa kuno yang lebih tua dari Ochobot dengan pelbagai kuasa. BoBoiBoy akan berjumpa musuh terkuat beliau, seorang alien pemburu harta yang cuba mengeksploitasi kuasa dari Sfera Kuasa ini untuk kemahuan beliau yang tamak. Sekarang, ia merupakan perlumbaan antara BoBoiBoy dan alien-alien tersebut untuk mencapai Sfera Kuasa tersebut dan membuka kuasa baru. Alami tempat baru yang eksotik, penjahat yang belum pernah dilihat dan kuasa baru dari BoBoiBoy.


Sekumpulan alien pemburu harta bernama Tengkotak telah sampai di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan beliau untuk mengesan Sfera Kuasa yang berkuasa dan purba yang bersembunyi di Bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya sekarang mesti mengejar masa untuk selamatkan Ochobot dan mencari rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka ke pengembaraan yang penuh dengan aksi, komedi dan tempat yang cantik.


Watak-Watak :

[*]BoBoiBoy (Nur Fathiah Diaz)
[*]Yaya (Nur Sarah Alisya)
[*]Ying (Yap Ee Jean)
[*]Gopal (Dzubir Mohamed Zakaria)
[*]Fang (Wong Wai Kay)
[*]Ochobot (Mohd Fathi Diaz)
[*]Klamkabot
[*]Bora Ra (Azman Zulkiply)
[*]Gaga Naz (Mohd Hafiz Ashraf)
[*]Yoyo Oo (Anas Abdul Aziz)
[*]Kiki Ta
[*]Cici Ko
[*]Pakcik Burger (Anas Abdul Aziz)
[*]Papa Zola (Nizam Razak)
[*]Tok Aba (Anas Abdul Aziz)
[*]Adu Du (Anas Abdul Aziz)
[*]Probe (Anas Abdul Aziz)
[*]3 Rob

merahrose Publish time 26-1-2016 09:57 AM

tamak ah anas abdul aziz..lbih dr 3 suara dia...
x sbar nk tgk..

AnBulisia Publish time 26-1-2016 12:15 PM

aku jangkakan filem ni boleh kutip juta juta juta lemon

lurve82 Publish time 26-1-2016 12:20 PM

mmg kompom la bawak anak2...

matabelalang Publish time 30-1-2016 01:09 AM

Lama dah promo filem ini, rasanya 3-4 tahun lepas...tahun ini baru keluar ... syabas ... filem animasi tempatan

MeetJoeFly Publish time 30-1-2016 06:09 PM

Aku dh lame request kakak aku nak bawak anak buah gi tgk wayang... Kali ni mesti aku bleh bawak...budak tu hantu boboboii:lol:

matabelalang Publish time 31-1-2016 12:26 PM

Kalau hantu boboiboy mesti tengok banyak kali ini ... siap lah duit

msafwan Publish time 3-2-2016 09:26 PM

huih jommmm tengokkkk!!! nerves!! tak sabo!!
https://youtu.be/4shpW9bq2sE

katibism Publish time 16-2-2016 06:10 PM

Edisi Box Office : Boboiboy the Movie RM 16 juta!

Edited by katibism at 12-4-2016 09:35 PM

Slps iols buka topik mengapa filem sukan sukar box office dan sudah pun terjawab dgn adanya OLA BOLA (12 juta/13 hari).. iols nak buat ramalan, adakah filem animasi ini akan pecah rekod Geng : Pengembaraan Bermula iaitu 6.2 juta

Animonsta secara rasminya mengumumkan filem pertama Boboiboy pada tahun 2013 lalu, yang akan membawakan tajuk “Sfera Kuasa”. Saksikan BoBoiBoy The Movie pada 3.3.2016 di Malaysia dan 13 April 2016 di Indonesia. Bersama Kita Berjuang. Sbb 2 kumpulan nyanyi OST iaitu Kotak & D'Masiv.

Filem pertama BoBoiBoy ini membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengembara di sebuah pulau misteri yang menempatkan sebuah Sfera Kuasa purba daripada Ochobot dengan kuasa yang tidak terperi.

BoBoiBoy akan menentang musuh yang paling sukar, seorang pemburu harta karun asing yang sedang mencari untuk memanfaatkan kuasa daripada Sfera Kuasa ini untuk keperluan sendiri. Perlumbaan antara BoBoiBoy dan makhluk asing untuk mencapai Sfera Kuasa dan membuka kunci kuasa baru. Alami tempat baru eksotik, yang tidak pernah dilihat, penjahat dan kuasa baru dari BoBoiBoy.

Sekumpulan pemburu harta asing bernama Tengkotak telah tiba di bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan ia untuk mencari "Sfera Kuasa" purba yang berkuasa bersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di belakang "Sfera Kuasa". Perjalanan mereka akan membawa mereka pada pengembaraan yang penuh dengan tindakan, komedi, dan kawasan yang indah. Nantikan watak watak baru Klamkabot, Bora Ra, Gaga naz, YoYo Oo, Kiki Ta dan Cici Ko.



https://www.youtube.com/watch?v=q74KwrEDS3Y

Boleh juga klik di pautan ini, https://www.youtube.com/watch?v=q74KwrEDS3Y

Saksikan di pawagam 3 Mac nanti :)

ahnafnia Publish time 16-2-2016 06:21 PM

   {:thumbotak sabar nak tengok dgn askar2 iols {:gambateho

ciskek.leleh Publish time 16-2-2016 06:23 PM

no komen..tp klu terdesak, xde citer lain, boleh je meolss layan, drpd movie meleis yg lain ;P
tgk ada gak mmbr yg berminat.. klu kutipan, meolss assume 2m-7m :lol:

ayu_midori Publish time 16-2-2016 06:27 PM

Meols pun xsbr nk bwk bujang tgk movie ni hehe

rayray28 Publish time 16-2-2016 06:34 PM

Mula mula igt afdlin shauki...rupenye kartun tu:$

pinkzara Publish time 16-2-2016 06:42 PM

Anak I drjh 2 dah booking date 3mac nk tgk wayang.
Ingatkan apaaalah..boboboy rupanya.

pichee Publish time 16-2-2016 06:44 PM

must watch ngn anak i!!

danieladam Publish time 16-2-2016 06:48 PM

Anak meols mmg menunggu nunggu citer ni...mmg la kena bwk pi tgk.:$

7slash26 Publish time 16-2-2016 08:37 PM

Edited by 7slash26 at 16-2-2016 08:38 PM

Anak gegurl i tak nak tengok boboiboy tapi kalau movie ultraman melompat agaknya nak tengok ;P ;P

mikimius Publish time 16-2-2016 08:40 PM

boboi boy x best.nk sebut berjela sgt..tgu upin ipin the movie bile eh

sepitsiput Publish time 16-2-2016 09:02 PM

Bunkface pun terlibat jugek khuenn dlm OST boboiboi ni... skali dgn dmasive & kotak

ladyxez Publish time 16-2-2016 09:12 PM

mggu lps pi panggung ank ajak nk tgk citer ni
i pun caye je tk chk    ikut je kata ank djh 1 i.....    rupanya blum lg :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: BOBOIBOY THE MOVIE - 3 MAC 2016


ADVERTISEMENT