CARI-HBZ Publish time 22-1-2016 11:41 AM

Harap Fasha Kuat Dan Tabah - Rita Rudaini

Oleh : Dean BZ

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/22/114054k2qq4yyv88mz388t.jpg


Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Januari 2016. Berita penceraian ini mengejutkan ramai peminatnya juga turut mendapat simpati dari rakan artis.


Memetik dari laporan hmetro, pelakon jelita, Rita Rudaini, 40, yang juga merupakan ibu tunggal anak dua turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Fasha Sandha kerana katanya dia juga mengalami nasib serupa.




"Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.


"Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat," katanya.


Menurut Rita, dia turut mengikuti perkembangan berkenaan gosip rumah tangga Fasha sejak tahun lalu.


"Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun.


"Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan,”€ katanya.


Sebagai rakan artis, Rita mahu Fasha tabah dan cekal meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.


"Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak," katanya.



Terdahulu, Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon jelita, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7. - CARI Infonet.




Sumber - hmetro

rokarina Publish time 22-1-2016 02:36 PM

bertabahlah..nak buat cane..sudah ketentuaan jodoh x panjang

Aimanis Publish time 22-1-2016 06:01 PM

Semoga kuat Fasha ! Rita juga

NAT_11 Publish time 23-1-2016 09:13 AM

Kes Rita & Fasha memang sama TAPI TAK SERUPA.................kihkihkih.
Rita molot longkang, Fasha tak...............;P
Rita tak kisah mak mentua TAK SAYANG, tapi Fasha kisah.
Patuh ikut cakap laki - Susah payah amik hati mak mentua,
tapi tetap tak disukai juga. Tetap gunakan ex-menantu miangmar
untuk sakitkan hati Fasha.
Kalau kena kat Rita, tentu terok keluarga prominent tu dihamput.
Fasha cuma b ack off jah.
Selamat tinggal kekasihkuuuu................:L

cadarblogsot Publish time 23-1-2016 09:26 AM

Sedih sangat tengok muka anak2 yg x mengerti

kakasotong Publish time 23-1-2016 05:34 PM

Nampak kat IG fasha kawan rita yg nama iedairis tu pn ada kasik kata2 semangat kat fasha. Sama mcm bekas kawan rita yg tagteam dgn zarema nama ejagilmore82 tu pn ada motivate fasha gak :lol:


Apa2 pn semoga fasha kuat. Meols pcaya n yakin 100% sheols mampu tangani semua ni sbb sheols ada kekuatan dr anak2 sheols rayfal n jemyma {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:}

sayalala Publish time 24-1-2016 08:31 AM

be strong fasha..fans akan sentiasan suppport u..

starcity Publish time 24-1-2016 05:33 PM

Tak boleh bayangkan rita punya komen kalau adik ipar bagi statement macam tu dalam IG. Mau dia bogelkan segala hal family jejai tu. Anyway tak boleh dinafikan la rita tu seorang ibu yg baik

erin86 Publish time 24-1-2016 08:27 PM

Mana pi thread yg buka kat bod gossip tu dah hilang ke?? Masuk bod sendu ni pun cari tak jumpa. Thread yg dibuka hari fasha cerai tu.

bungalisa Publish time 25-1-2016 08:37 PM

Sibukla Rita ni.... !! Simpanla sikit prangai busy body tu.. hang tu meniaga... kang ramai yg boikot minyak wangi hang tu kang!
Pages: [1]
View full version: Harap Fasha Kuat Dan Tabah - Rita Rudaini


ADVERTISEMENT