seramado Publish time 19-1-2016 11:33 AM

Khadijah's Kitchen 'terbang' ke Los Angeles

KHADIJAH'S Kitchen Sdn Bhd, syarikat milik penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim, akan melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang makanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, dalam masa terdekat ini.Khadijah's yang juga pengarah urusan syarikat berkata, mereka masih dalam perbincangan dengan pihak di sana serta sedang meninjau lokasi bersesuaian bagi membuka restoran yang menyajikan makanan autentik Malaysia.   

"Kami ditawarkan untuk membuka Khadijah's Kitchen di Los Angeles dan ini adalah satu peluang terbaik bagi mengembangkan sayap perniagaan makanan di luar negara.    "Peluang ini secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan makanan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa selain memperkenalkan negara kepada pelancong asing," katanya kepada pemberita selepas perasmian pembukaan cawangan ketiga Khadijah's Kitchen di Banda Hilir, Melaka. ‎   

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya juga diminta untuk mengeluarkan pes masakan autentik Malaysia termasuk sup dalam usaha menembusi pasaran halal di negara tersebut.      

Menurutnya, usaha berkenaan akan diakukan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).   

"Kita kini telah mengeluarkan 14 pes masakan Melayu antaranya asam pedas, kuah sate, rendang tok, pajeri nanas dan kari kepala ikan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya.   



http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.474029.1453101019!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

Sementara itu, Khadijah yang pernah mengusahakan sebuah restoran di New Zealand berkata, syarikatnya akan membuka 13 francais restoran di seluruh negara melalui pemberian lesen kepada individu yang berminat.   

Antara syarat yang dikenakan kepada pemegang francais ialah mereka perlu mempunyai latar belakang dunia masakan atau pernah berkecimpung dalam bidang makanan bagi menjaga kualiti dan jenama Khadijah's Kitchen.   

Khadijah's Kitchen dijangka membuka cawangan keempatnya di Port Dickson pada pertengahan Februari ini selepas pembukaan restoran di Petaling Jaya, Shah Alam dan Melaka. - Bernama

bulalof Publish time 19-1-2016 11:41 AM

Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...

alesandra Publish time 19-1-2016 11:43 AM

pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli;P

cm_matjawasp Publish time 19-1-2016 11:46 AM

alesandra replied at 19-1-2016 11:43 AM
pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli

Tak la sedap sangat .sedap lagi suara dia

ra5101 Publish time 19-1-2016 11:47 AM

Nak tengok berapa lama boleh bertahan. Kat setapak pun dah tutup.

hacks_oren Publish time 19-1-2016 11:57 AM

kalau pengunjung komen tak sedap harap tak sentap tetapi memperbaiki lagi masakan... selamat maju jaya...{:1_152:}

caramel_cloud9 Publish time 19-1-2016 11:59 AM

bulalof replied at 19-1-2016 11:41 AM
Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...

Iye ke? Baru igt nak p try.
Agak2 pricey tak food dia. Sedap ke food dia

Changa Publish time 19-1-2016 12:04 PM

packaging pes sheols cantek..ikut design semasa

Changa Publish time 19-1-2016 12:06 PM

alesandra replied at 19-1-2016 11:43 AM
pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli

akak pernah beli pes sambal prawn sebegitu lah..
macam haus jah...
pedas tapi rasa macam cili boh gitu jah :lol:

yang lain2 akak tak pernah beli lagi

chinta89 Publish time 19-1-2016 12:08 PM

kalau rase hauk, baiki lagi ye.. jgn sentap.

masmelon Publish time 19-1-2016 12:10 PM

usaha tangga kejayaan tok kat .. gud luck :loveliness:

pearlspth Publish time 19-1-2016 12:25 PM

sedap ke makanan kt restoran dia? sape pernah try ?

lotionmilo Publish time 19-1-2016 12:41 PM

i pernah makan kat restoren dia kat nz
sedappp
tp tu tahun 1994 lah

lazim Publish time 19-1-2016 12:52 PM

artis ni kalau bab kedai makan impian dan konfiden dan galmerje yg tnggi melangit, tapi bab keenakkan sah2 makcik warung tenggek lagi sedap:lol:

asamfish Publish time 19-1-2016 01:06 PM

kelemahan restoren MELAYU
bila dah laku sikit, mula tak maintain quality
buat caca merba
especially yang pakai dana gomen!
aku minat kathy
die hard fan gittewww
tp dari pengalaman yang lepas2 ni
sila la cik kathy maintain quality ye
baru bule bertahan lama
tidak la kejap bukan sini tutup sana
bukak sinun tutup situ

dejure Publish time 19-1-2016 01:09 PM

asamfish replied at 19-1-2016 01:06 PM
kelemahan restoren MELAYU
bila dah laku sikit, mula tak maintain quality
buat caca merba


True.. terigt restoran LO MMCRmsa awal2 dulu sedapp sgtt nasi ayam dia..dh ade nama ckit kualiti dah hauk..skg xtaulah camne

dejure Publish time 19-1-2016 01:12 PM

pearlspth replied at 19-1-2016 12:25 PM
sedap ke makanan kt restoran dia? sape pernah try ?

klau yg kat pj tu ok lah not bad..laksa johor dia bestt.harga agk mahal tp berbaloi .

de_ikea Publish time 19-1-2016 01:18 PM

Iols pernah mkn few times dulu dkat pv setapak. Taste wise ok jugak. Iols amik package lunch on weekdays. Nasi, 1 lauk (ada few options), telur dadar, sayur seciput, sambal belacan dan air sirap. Reasonable dgn enviroment kedai sheols. Tp skrg tak tau ada lg ke tidak kt pv tu. Byk yg dah mati kedai kt situ.

manjalara_01 Publish time 19-1-2016 01:42 PM

bulalof: Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...

lauk biase2 je...

mizkajura Publish time 19-1-2016 02:14 PM

tahniah. aku no komen. tak pernah pegi makan lagi kat kedai dia...
Pages: [1] 2 3
View full version: Khadijah's Kitchen 'terbang' ke Los Angeles


ADVERTISEMENT