CARI-MAMS Publish time 18-1-2016 06:05 PM

Jom Cuti-Cuti Ke Bukit Tinggi, Sumatera

Oleh Adib ZA

Ingin melancong ke Sumatera, Indonesia? Salah satu lokasi wajib dikunjungi pastinya ialah Bukit Tinggi!


Jika anda pernah berkunjung ke Negeri Sembilan, pasti tidak berasa kekok melihat senibina di sini yang amat mirip. Iya, keduanya berasal dari budaya yang sama iaitu Minangkabau.


Bukit Tinggi memiliki cuaca yang agak sejuk dan menyegarkan sekali. Ini kerana ia dikelilingi dua gunung iaitu Gunung Marapi dan Gunung Singgalang. Antara lain, keunikan Bukit Tinggi adalah seperti berikut:




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/18/180424n7n7grjr9emyde7r.jpg





1. Ngarai Sianok


Ngarai Sianok mendapat jolokan nama Great Wall of Koto Gadang. Ngarai dalam bahasa Minang bermaksud tebing atau jurang. Dan jurang itu membentuk dinding yang sangat tinggi sehingga 100 meter dan membentang sehingga 15 km!


Di bawah ngarai ini, pengunjung boleh bermain kayak dan menyusuri sungai Batang Sianok.


http://statik.tempo.co/?id=165490&width=620




2. Gua Jepang (Jepun)


Ia merupakan sebuah lubang yang menyerupai gua, dan merupakan hasil peninggalan zaman Jepun. Ia berada tidak jauh dari Ngarai Sianok.


Dahulu Jepun menjadikan gua ini sebagai markas tentera ketika menjajah Bukit Tinggi.


http://assets.kompas.com/data/photo/2014/12/02/2214298lubang-jepang780x390.jpg






3. Lembah Anai


Lembah ini terkenal sebagai kawasan pelancongan air terjunnya. Kawasan ini termasuk dalam zon yang dilindungi negara Indonesia.


Ia berada di tengah-tengah Bukit Tinggi dan juga Padang. - CARI Infonet





http://mforum.cari.com.my/https://hendrypb.files.wordpress.com/2009/11/ka-wisata.jpg
(Sumber foto Carian google)

seramado Publish time 19-1-2016 03:42 PM

bekas suami kat sini hiks

ainunaina Publish time 8-5-2017 03:39 PM

Sapa2 yang nak guna transport@driver di Padang/Bukit Tinggi boleh contact
0172262458...harga sangat berpatutan.

tq

JeepersCreepers Publish time 8-5-2017 10:56 PM

Menarik ni :)
Pages: [1]
View full version: Jom Cuti-Cuti Ke Bukit Tinggi, Sumatera


ADVERTISEMENT