CARI-HBZ Publish time 13-1-2016 11:40 AM

Taman Tema Disneyland Shanghai Dibuka Jun Ini, Malaysia Bila Lagi?

Oleh : Dean BZ




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/13/113831zh7wm1bf03w0j6bf.jpg



Disneyland melebarkan lagi sayapnya ke Pudong, Shanghai, China. Menurut sumber, Taman tema hiburan Walt Disney di Shanghai bakal dibuka pada 16 Jun ini.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/13/114005it261121lb1zo2k1.jpg



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/13/113501r5ednfkrfb7se7bo.jpg



Taman dengan keluasan 390 hektar itu terletak di daerah Pudong dianggarkan bernilai 25 bilion yuan (RM14.3 bilion). Keluasan Shanghai Disneyland tiga kali ganda lebih besar daripada Hong Kong Disneyland.


Projek mega itu dibangunkan oleh sebuah firma milik pemerintah China, Shanghai Shendi Group dengan usahasama Walt Disney Parks and Resorts.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/13/113302u05jwy3z9j8w7g0w.jpg



Shanghai Disneyland bakal meliputi tiga taman berbeza dalam kawasan seluas 4 kilometer persegi iaitu Magic Kingdom, Epcot dan Animal Kingdom. Turut akan menampilkan karakter-karakter dari filem-filem Star Wars dan Marvel, seperti Iron Man, Spider-man dan Hulk.


Untuk pengetahuan, Disneyland pertama dibuka di Anaheim, California, AS pada 1955. Kemudian taman kedua dibuka di Florida, AS pada 1971. Pada tahun 1983, syarikat gergasi itu membuka satu lagi taman di Tokyo, Jepun, seterusnya Paris, Perancis (1992) dan Hong Kong pada 2005.


Bila nak buka dekat Malaysia pula? - CARI Infonet.

coklatbutter Publish time 13-1-2016 11:45 AM

seronoknya...dulu pergi yang kat paris tu macam dok kayangan. gila betul dorang buat

irwansuhadi Publish time 13-1-2016 11:49 AM

tak pernah masuk...lalu depan je...

chinta89 Publish time 13-1-2016 12:05 PM

bilalah dpt peluang ke disneyland!

Artemesiaa Publish time 13-1-2016 02:31 PM

Ramai le bertukar arah dari ke HK Disneyland ke Shanghai Disneyland pulak lepas2 ni.Ialah currency exchange utk Yuen di Shanghai lebih rendah berbanding guna HK$ di HK.Shanghai pun modern city berbanding Beijing banyak bangunan pencakar langit.

aduh2sayang Publish time 13-1-2016 07:10 PM

berapa harga tiket ni..cecah seribu tak?

Lagubestbest Publish time 13-1-2016 07:57 PM

Banyak sangat disneyland, dah tak rasa unik dah.

sherry70 Publish time 18-1-2016 10:42 AM

da umur2 pun tetap suka ke Disneyland, harga ticket d Anahiem danaik abt 100++ USD.. yg d Florida memangterbaik worthto spend xtra timed Floridaabt4 hari   d Theme Park ..Disney lain ok2 je ..

Lemon_juice Publish time 31-7-2016 08:38 PM

Salah satu lokasi percutian yg mesti ada dlm list ni.tp mengenangkan bajet xde simpan angan2 dulu la

puteri_lz Publish time 5-10-2016 11:50 AM

wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

puteri_lz Publish time 5-10-2016 11:50 AM

Thank you for the good info {:1_132:}

puteri_lz Publish time 6-3-2017 01:53 PM

Thank you for info {:1_132:}
Pages: [1]
View full version: Taman Tema Disneyland Shanghai Dibuka Jun Ini, Malaysia Bila Lagi?


ADVERTISEMENT