bianglala Publish time 13-1-2016 09:58 AM

Pokok Peluru Meriam

Pokok peluru meriam atau dalam bahasa Inggeris cannon ball tree atau namasaintifiknya Couroupita guianensis dari keluarga Lecythidaceae merupakan pokokyang dikatakan berasal dari rantau Amerika Selatan. Di Malaysia, tanaman ini hanya ditanam sebagai hobi botani dan menjadisalah satu tanaman kebanggaan Taman Botani Pulau Pinang.

Pokok Peluru Meriam digelar sedemikian kerana buah perangnya berbentukseperti peluru meriam berwarna coklat karat, berkulit keras dan berbentukbulat. Buahnya mengambil masa setahun untuk matang dan apabila masak ianyamengeluarkan bau yang agak kurang menyenangkan berbeza dari bau bunganya yangharum. Di dalam kulitnya yang keras terdapat diantara 200 – 300 biji benihkecil.

Bagi sesetengah penduduk asli kawasan Amazon, kulit buah peluru meriam yangkeras dan tebal ini dijadikan bekas untuk mengisi bahan makanan manakalabahagian pulpanya boleh dijadikan bahan makanan untuk haiwan ternakan.
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/v/t1.0-9/10896927_800691873322269_5051580052922609708_n.jpg?oh=a75cf2a3ecd087de8290125216a847c4&oe=56D4A713

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t1.0-9/10885476_800691569988966_6366509572626384189_n.jpg?oh=a00b9fac4fb1e3d9e5ccbe832bc2f9cb&oe=56EAF238&__gda__=1457527310_fc6f30d85630a7f1f42143e838498f08
Selain dari itu jus daripada perahan daunnya kerap digunakan untuk merawatpenyakit kulit manakala daun muda pernah digunakan untuk melegakan sakit gigiselain dari itu berdasarkan rekod pokok peluru meriam juga digunakan oleh orangasli di Amerika Selatan untuk merawat selsema dan sakit perut.

Buahnya boleh dimakan apabila matang tetapi bau bahagian dalamnya agakkurang menyenangkan. Pulpa buah peluru meriam dipercayai boleh menyejukkanbadan dan selalu dijadikan minuman oleh kaum orang asli di kawasan Amazon.

Di India, tanaman ini dipanggil nagalingam dan digunakan secara meluasdalam bidang perubatan tradisional Ayurveda iaitu untuk merawat selsema, sakitkepala, masalah hati dan reumatisme iaitu penyakit yang dicirikan oleh radangdan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot dan sendi. Pokokpeluru meriam ini juga dikaitkan dengan tempat terakhir saat-saat kematianGautama Buddha di India.
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/v/t1.0-9/1461361_800691566655633_6625422574022810547_n.jpg?oh=1861e0d294472045216ba9aaa36d31a2&oe=571E695A
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xta1/v/t1.0-9/10419439_800691573322299_7844451316171982806_n.jpg?oh=4345f31d727873479ec1fe6e61ef9f22&oe=57216DF9
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-frc3/v/t1.0-9/10882329_800691589988964_8937395629099022137_n.jpg?oh=d094eedfe7a540a7f966bbdaa0dc39fc&oe=56EDBE43

Banyak penyelidikan mengenai tumbuhan ini telah dijalankan dan diantaranyaterdapat laporan yang menyatakan bahawa ekstrak metanol daripada pokok ini telahmerencatkan pertumbuhan HIV (virus imunodefisiensi manusia) sebanyak 24peratus. Namun begitu, kajian ini masih berada ditahap permulaan dan belumdapat disahkan keputusannya. Walau bagaimana pun penemuan ini boleh memberikanharapan dalam usaha mencari ubat anti-HIV yang kurang mendatangkan kemudaratankepada manusia tetapi berkesan membunuh virus tersebut.

Dengan penemuan dan kajian saintifik terkini, mungkin di suatu harinanti tumbuhan yang unik dari segi sifat pokok, bunga dan buahnya ini bukansahaja menjadi tumbuhan hiasan taman, malah diharap dapat memberikan manfaatdalam bidang perubatan kepada manusia sejagat sepertimana ianya diperlakukanoleh kaum asli di tempat asalnya.
Kredit Artikel dan Gambar : Idris / JPN

anniez08 Publish time 13-1-2016 01:46 PM

lamanya buah dia masak.. ambil masa setahun..

Ipo Publish time 15-1-2016 02:34 PM

mak aih...lama benar nak ranum...
unik dan menarik cara buah ni melekat kat pokok

mogwaii Publish time 21-1-2016 08:34 AM

busuk agaknya bau buah ni.
Pages: [1]
View full version: Pokok Peluru Meriam


ADVERTISEMENT