robotech Publish time 12-1-2016 04:30 PM

INSIDEN MALDANAS 1985

Edited by robotech at 12-1-2016 04:32 PM

INSIDEN MALDANAS



Tahukah anda, pada akhir September 1985, penceroboh dari Selatan Filipina telah menceroboh Lahad Datu mengorbankan 10 nyawa anggota PDRM serta orang awam dan merompak bank di Sandakan lalu dilarikan wang sebanyak RM150,000.00 ke wilayah Selatan Filipina. Selang tiga hari kemudian 5 kapal tempur milik TLDM berserta pasukan khusus PDRM dan helikopter bersenjata milik TUDM menceroboh wilayah Selatan Filipina iaitu Pulau Taganak dan Pulau Maldanas memburu penceroboh. Akibat amukan balas tersebut, 53 nyawa warga Filipina terbunuh termasuk penceroboh.

Polis dan tentera Filipina pula tidak mampu berbuat apa2 kerana diberitahu pihak atasan mereka jangan mencampuri urusan balas dendam Malaysia itu. Hanya satu akhbar Filipina sahaja yang melaporkan kejadian berkenaan tetapi setelah itu berita berkenaan telah ditarik balik. Media Malaysia pada ketika itu juga tidak melaporkan insiden ini.

Menarik bukan? Cukup berbeza dengan tindakan PDRM dan ATM sekarang apabila berlaku kes penculikan oleh Abu Sayyaf perlu diselesai secara berunding dengan penculik dan membayar wang tebusan, malah bila anggota PDRM mati disembelih di Lahad Datu dan Semporna oleh pasukan bersenjata Sultan Sulu barulah PDRM dan ATM diarahkan memusnahkan penceroboh.

Kredit foto: Hangpcdua Malaya
Sumber: http://www.ellentordesillas.com/2008/09/13/the-maldanas-incident/

CiliPadiSedap Publish time 12-1-2016 06:40 PM

malaysia dulu sekarang berbeza

LavaUollss Publish time 12-1-2016 08:11 PM

tengok la sape perdana menterinya.
Mat kepit kan :lol:

Minami2013 Publish time 13-1-2016 11:26 AM

Kata nya Malaysia negara diplomatik... semua benda nak bincang... kot2 ade yg nk hulur mase bincang ke...

lkick2113 Publish time 13-1-2016 02:52 PM

bayangkan kalau kes penculikan dekat sempadan sabah/filipina tu ATM guna cara yg sama, mau perang....tapi dengarnya masa kes culik polis ke apa tak tau la yg mana satu komando kita turun bebaskan kan???? ada tau info ni???

LingTong1999 Publish time 19-2-2016 08:48 AM

Insiden apa ni?

tempur Publish time 7-5-2016 02:23 PM

keganasan penculik memang dihukum dgn cara yang betul oleh atm... tindakan membayar wang tebusan tidak menjamin negara akan selamat.... belajar la apa yang russia buat terhadap pejuang pejuang plo yang menculik dan membunuh rakyat russia satu ketika dulu...nkgb tangkap ahli keluarga pejuang pejuang ni dah membunuh mereka... sampai skrg pejuang 2 ninx berani nak culik warga russia.

tempur Publish time 7-5-2016 02:23 PM

keganasan penculik memang dihukum dgn cara yang betul oleh atm... tindakan membayar wang tebusan tidak menjamin negara akan selamat.... belajar la apa yang russia buat terhadap pejuang pejuang plo yang menculik dan membunuh rakyat russia satu ketika dulu...nkgb tangkap ahli keluarga pejuang pejuang ni dah membunuh mereka... sampai skrg pejuang 2 ninx berani nak culik warga russia.
Pages: [1]
View full version: INSIDEN MALDANAS 1985


ADVERTISEMENT