CARI-IIN Publish time 12-1-2016 03:34 PM

'Stop' Ber'VAPE' Pada Cuaca Panas? Ha, Wajib Baca!

Oleh Izzah Abbasy
Cuaca panas yang sering melanda Malaysia pastinya kurang terkesan kepada kita disebabkan cuaca panas sudah sinonim dengan iklim di negara kita.

Namun, janganlah ambil mudah jika cuaca panas berlarutan kerana orang ramai mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya bersiap sedia dan menjaga semua aspek terutama kesihatan.

1) Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/12/153246iqbxhlshn5xhuzql.jpg

2) Hadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.

3) Pakai pakaian yang ringan dan elakkan pakaian tebal dan ketat.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/12/153246rpsxdq4lsr6f8jl6.jpg


4) Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.

5) Orang ramai disarankan agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes iaitu penyebab denggi seperti bekas plastik, tin kosong, tayar dan pasu bunga.

6) Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/12/153248owt76vosa7767g5a.jpg
7) Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape. - CARI Infonet

Foto : Google

khairulazuan Publish time 17-1-2016 10:31 AM

tq atas info

Pages: [1]
View full version: 'Stop' Ber'VAPE' Pada Cuaca Panas? Ha, Wajib Baca!


ADVERTISEMENT