GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 01:58 AM

Salahkah BUAT ADUAN ?

Aku hanya insan biasa.....tiada wang berjuta.

Bila berdepan dgn pegawai kerajaan mulut longkang atau cakap tak serupa bikin ,aku buat aduan kepada BIRO PENGADUAN AWAM,E-ADUAN DLL.

Antara Aduan aku :

Pengalaman pahit Universiti terkenal UTEM
5 Oktober 2015      
Assalamualaikum wbt
                            Surat ini ditaip menggunakan komputer diringi air mata…………………                                           Kali pertama ke Utem ialah mendengar syarahan bermakna dari YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di dewan Utem.Aku mencatat setiap patah kata negarawan terbilang tersebut.Terima kasih Utem.
          Pada tarikh yang telah aku lupa,aku hubungi perpustakaanUtem setelah melihat dalam laman webnya bahawa perpustakaan Utem boleh dikunjungiorang luar .Setelah berbual melalui telefon ,aku print borang yang diemelkan staff perpustakaan Utem beberapa minit kemudian setelah perbualan tamat.Bagus pustakawan Utem,amat peramah dancepat mengirimkan borang melalui emel.Terima kasih pustakawan Utem yang aku lupa namanya emelkan borang .Setelah memenuhkan borangdan kelapangan aku pergi ke perpustakaan Utem di Durian Tunggal dan menghantar borang serta membayar RM20.Walaupun Utem tidak mengeluarkan resit rasmi bayaran RM20 ,aku tawakkal sahaja.Aku pernah membayarlaporan polis dan resitkehabisan dan aku terima .Sehingga hari ini kad rasmi ahli luar perpustakaan Utem tidak pernah aku terima.Bersangka baik,mungkin tersalah alamat diposkan.Mungkin juga kad belum siap.      Aku juga menghantar surat rasmi kepadapegawai Utem bernamaPuan Hjh Faridah melalui emel :
5 April 2014                                                                                                                                 UTEM 0001   Pn. Hajah Faridah Binti Hj. Md. AminPERPUSTAKAAN UTEMUniversiti Teknikal Malaysia Melaka,Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.Phone: +606-555 2000
                        CADANGANDAN IDEAPENAMBAHBAIKANPERPUSTAKAAN .
Puan ,         Perpustakaan adalah GEDUNG ILMU.Sejak era Khalifah Muawiyah ,Islam telah memperkenalkan perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai gedung ILMU.Kemajuan dan kekayaan pemerintahan Islampada zaman tersebuttelah memodenkan perpustakaan.Islam adalah pencetus kepada pemodenan perpustakaan dan dicontohikerajaan lain .Pemodenan perpustakaan hari ini adalah mengikut asas yang dimulakan pemerintahan Islam.2.   Ketika pemerintahan Khalifah Ma’mun (813-833 Masehi ) ,beliau telah membuka BAITUL HIKMAH ,sebuah perpustakaan yang mengandungi 3 juta buku dalam pelbagai bidang termasuk agama,sains dan teknologi,ketenteraan,falsafah,undang-undang,ekonomi ,sastera dan sebagainya dan majoritibuku dan bahan bacaanditulis dalam bahasa arab.Perpustakaan tersebut dikunjungi intelektual dan pelajar dari seluruh dunia.Sayangnya perpustakaan tersebut musnah apabila tentera Monggol menyerang Baghdaddan memusnahkan jutaan buku tulisan ilmuwan Islam .3.   Ketika pemerintahan Khalifah Islam,bahasa arab adalah BAHASA DUNIA kerna Islam menguasai 1/3 dunia.Intelektual dan sarjana Eropah serta pelbagai lokasi dunia mempelajari bahasa arab untuk membaca dan menelaah pelbagai buku-buku .Buku IBNU SINA ,al-Qanun Fittib contohnya dijadikan rujukan sarjana perubatan selama lebih 500 tahun dan ia dalam bahasa arab.Maka sarjana dan intelektual asing memaksa diri belajar bahasa arab demi membaca al-Qanun Fittib.kemudian ia    diterjemahkan pelbagai bahasa dunia.Malah buku tersebut masih dijadikan rujukan sarjana perubatan masa kini dan buku tersebut berada di perpustakaan Universiti Utama seperti Harvard dan sebagainya.4.   UTEM merupakan sebuah Universiti baru dan terkemuka.Sebagai sebuah Universiti ,perlu berusaha menjadi contoh kepada Universiti lain .Bukan sahaja sebagai pusat melahirkan graduan cemerlang ,namun berjaya mendidik mentaliti manusia.Plato,seorang ahli falsafah terkenal pernah memekik terlolong di pasar “Di manakah manusia?”.Orang ramai menjawab “Kami ini bukan manusiakah ?”Plato menyambung “Manusia itu ada sifat keinsanan.Adakah kalian manusia ?Jika kalian manusia mengapa nasib orang miskin diabaikan?Mengapa pelacuran bertambah ?Pelacuran bertambah kerna tiada peluang pekerjaan.Mengapa golongancacat dan daif tidak mendapat pembelaan?Kalian bukan manusia!Kalian adalah orang!Orang itu tiada sifat keinsanan manakala manusia itu ada keinsanan.Jika kalian manusia,pasti pelbagai masalah tidak akan timbul”Kata hukama’ “Memberikan ilmu kepada manusia itu mudah,namun menanam mentaliti positif kepada manusia itu PAYAH “5.   Antara cadangan penambahbaikan adalah ;a) Perpustakaan perlu menjadi sebuah pusatkepelbagaian ILMU.Justeru pelbagai bahan bacaan dalam pelbagai bahasa seperti bahasaarab,Mandarin,Tamil,Perancis dan sebagainya .Kepelbagaian buku-buku dalam banyak bahasa akan menarik lebih banyak pengunjung pelbagai kaum.Melaka contohnya ada bangsa Portugis,maka sediakan buku-buku dalam bahasa tersebut.Penduduk Melakaterdiri daripelbagai kaum seperti Melayu,Cina,Serani,India,Jawadan sebagainya.b) Jumlah parkir yang terhad adalah masalah besar kepada pengunjung.Sebaiknya sediakan parkir di satu tempatkhas dan sediakan bas mini membawa pengunjung ke perpustakaan.Kali pertama ke perpustakaan Utem,saya sendiri terpaksa menunggu dalam kereta kerna ada sebuahkereta parkir menghalang laluan keluar kereta saya (mungkin pemilik kereta tersebut kurang vitamin C atau lesen P ) .c) Susunan buku mengikut bahasa .Jika perpustakaan menyediakan buku dalam10bahasa,kategorikan buku mengikut bahasa bagi memudahkan pengunjung.ContohnyaRAK - A : BUKU BAHASA ARAB ,RAK- B : BUKU BAHASA MANDARINRAK C : BUKU BAHASA PORTUGISRAK D : BUKU BAHASA KOREARAK E : BUKU BAHASA TAMILdan sebagainya.

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 01:59 AM

Kategorikan juga mengikut jenis bahan bacaan seperti tokoh,bisnes,encyclopedia,politik dan sebagainya.d) Bahasa perpustakaan .Perpustakaan sepatutnya menjadi sebuah kawasan SENYAP dan tiada BUNYI.Ini bagi menjamin keselesaan pengunjung dan pembaca.Pengunjung perlu diajar bahasa isyarat agar suasana perpustakaan sentiasa dalam mod senyap.Membaca perlukan ketenangan .e) Tahniah UTEM kerna menyediakan kawasankhas TIADA PENGHAWA DINGIN.Saya sendiri tidak gemar membaca dan menelaah buku dalam keadaan berhawa dingin kerna ia menyebabkan mengantuk dan lapar .Jika boleh ,luaskan kawasan tersebut .f) Fotokopi SELF-SERVICEmungkin mudah bagi sesetengah pengunjung ,namun tidak bagi saya.Saya mengalami penyakit gout dan tidak boleh berdiri lama.Alangkah baik jika disediakan seorang pustakawan untuk membantu fotokopi sesuatu bahan.Penghawa dingin yang amat sejuk juga menambah lagi kesulitan kepada saya.g)Yuran keahlian AHLI LUAR RM20 setahun dianggap rendah bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan tinggi,namun tidak bagi mereka berpendapatan rendah.Saya cadangkan UTEM memberi diskaun keahlian 10 tahun bayaran RM50 sahaja bagi menarik lebih banyak ahli luar.Yuran keahlian yang murah akan menarik lebih banyak keahlian.h) Sediakan kerusi malas ,buaian ,kerusi lipat,tempat berbaring dan pelbagai jenis fasiliti kerna bukan semua pengunjung suka membaca sambil duduk di atas kerusi.Kepelbagaian jenis fasiliti akan memudahkan pengunjung.Setiap penggemar buku ada cara pembacaan berbeza-beza.i) UTEM perlu menambah bangunan telus kaca sebagai perpustakaan tambahan.Apabila bangunan telus kaca dibina,pelajardan kaki tangan Universitiakan melihat begitu tekunnya dan ramai pembaca dalam perpustakaan.Ini akan menjadi motivasi kepada orang lain untuk rajin membaca.j) Pelbagai anugerah perlu diwujudkan,contohnya “ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK BULANAN KATEGORI PELAJAR”, “ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK KANAK-KANAK “ dan sebagainya.Anugerah akan memotivasikan pelajar,pensyarah,kaki tangan Universiti dan keahlian luar untuk rajin membaca.k) Pustakawan perlu sentiasa mesra pelanggan dan suka senyum.Pustakawan adalah anggota penting dalam perpustakaan.Apabila pustakawan tidak mesra pelanggan,muka garang seperti warden penjara dan sebagainya,ini akan memberi reputasi buruk kepada sesebuah perpustakaan.Pustakawan adalah ahli keluarga perpustakaan dan mereka mencerminkan sesebuah perpustakaan.l)Perpustakaan UTEM perlu mengadakan motivasi untuk pustakawan dan semua pegawai perpustakaan sekurang-kurangnya setahun tiga kali.Ini bagi menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang .Semua kaki tangan perpustakaan perlu mempunyai minat dan motivasi bekerja.m)PerpustakaanUTEM boleh mengadakan “KELAS BAHASA ASING” dengan mengenakan bayaran rendah setiap hujung minggu ,contohnya kelas bahasa Arab,Mandarindan Inggeris .Yuran RM15 ,4 kali sebulan akan menarik pelajar,kaki tangan Universiti dan orang awam .Pengenalan kelas bahasa asing akan menarik minat lebih banyak pengunjung menguasai banyak bahasa,seterusnya mampu membaca banyak buku dalam pelbagai bahasa.Penguasaan bahasa asing amat penting dalam kemajuan ilmu.n) UTEM boleh membina PERPUSTAKAAN DALAM TAMAN iaitu taman bunga yang mempunyai pelbagai jenis bunga dan disediakan buku-buku,majalah,akhbar dalam rak berkaca (Rak bertutup bagi mengelakkan basah ditimpa hujan ) .Pengunjung boleh mengambil bahan bacaan dan membaca dalam persekitaran yang indah dan cantik.Membaca sambil bersandar dan dikelilingi bunga adalah satu keadaan yang menyenangkan dan mendamaikan .Jika mempunyai bajet,boleh bina dalam tanah iaitu mempunyai atap berkaca.0) Sebuah bangunan khas perlu dibina untuk dijadikan PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK kerna mereka aktif dan sentiasa bising.Pengasingan perpustakaan kanak-kanakdan dewasa akan menjauhkan mereka dari mengganggu orang dewasa.Permainan sesuai dengan usia kanak-kanak wajar disediakan.p)Fasiliti seperti kerusi roda perlu disediakan .Ini bagi keselesaan wanita mengandung,orang cacat dan sebagainya.Mereka tidak perlu membawa kerusi roda ke perpustakaan.q) Bilik khas membaca INDIVIDU adalah penting kerna ada sesetengah pengunjung suka membaca berseorang tanpa gangguan atau melihat individu lain.r)Bahan bacaan untuk OKU seperti braile untuk mereka yang buta perlu diwujudkan.Begitu juga audio book .Golongan OKU juga perlu diberikan perhatian.s) Bayaran 10 sen fotokopi mungkin dianggap rendah,namun sediakan diskaun untuk mereka yang fotokopi lebih 100 muka surat.Saya sendiri kadangkala fotokopi 1000 muka surat pelbagai jenis buku dan majalah apabila berkunjung ke perpustakaan dalam dan luar negara.Berikan diskaun seperti 100 helai RM3 dan sebagainya.t)Pegawai perpustakaan dan pustakawan perlu dibawa melawat perpustakaan seluruh dunia untuk mendapatkan idea baru dan bernas .Saya sendiri sering berkunjung keperpustakaan Universiti ,perpustakaan luar negara untuk menambahkan pengetahuan dan membaca banyak buku.Saya pernah mengunjungi perpustakaan Universiti sebuah negara miskin di Asia dan ia merembeskan.Betapa keadaan di negara lain masih serba kekurangan berbanding negara kita tercinta.u) “BACALAH KAMU “ adalah ayat pertama diturunkan.Ia menunjukkan Islam amat mementingkan pembacaan.Pustakawan dan pegawai perpustakaan perlu menjadi ROLE-MODEL manusia yang rajin membaca buku.Apabila menunjukkan teladan baik,pengunjung dan orang ramai akan mencontohinya.v) Sediakankawasan khasmembaca sambil makan .Saya sendiri suka mengunyah makanan ringan sambil membaca!Ops,mungkin ia cadangan yang agak lucu.w)UTEM juga perlu mewujudkan perpustakaan dalam TANAH dan mempunyai bilik khas membaca individu.Ini bagi mereka yang suka membaca dengan kuat dan nyaring dan bilik khas individu tidak akan mengganggu orang lain .x) UTEM sewajarnya menjadi sebuah Universiti yang melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berbahasa.Apabila pelajar masuk ke Utem,mereka akan menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa asing .Apabila pelajar menguasai banyak bahasa utama dunia,mereka akan mampu membaca banyak buku dalam pelbagai bahasa dunia.Saya sendiri fasih enam bahasa penting dunia.y ) UTEM perlu berusaha menarik lebih banyak pembaca sama ada kaki tangan Universiti,pelajar dan orang luar .Apabila perpustakaan dipenuhi pembaca,ia akan menjadi contoh kepada Universiti lain.Usaha kreatif perlu dilakukan agar perpustakaan sentiasa penuh dengan pembaca sepanjang masa.Carilah idea bernas untuk menarik lebih ramai pengunjung.Pelajar contohnya perlurajin membaca sepanjang masa,bukan sekadar datang ke perpustakaan mencari bahan sahaja.z) PERPUSTAKAAN adalah pusat mencari ILMU.Sediakan t-shirt /kemeja/kotkhasbertulis “Saya sayang Perpustakaan UTEM”   mengandungi logo ,Like FB dankepelbagaiansaiz dewasa serta kanak-kanak.Ia dipakai kaki tangan perpustakaan dan pengunjung serta dijual dengan harga rendah mampu beli.Apabila dipakairibuan manusia,ia akan menarik lebih banyak pengunjung ke perpustakaan Utem.aa) Setiap perpustakaan ada keunikan.Ciptalah KEUNIKAN TERSENDIRI agar perpustakaan akan sentiasa diingati oleh pengunjung.bb ) Sediakan perpustakan khas 24 jam contohnya Sabtu dan Ahad sahaja.Ini akan menarik lebih banyak pengunjungluar ke Utem dan menggalakkan pembacaan sepanjang masa.cc) Perbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa arab sama ada buku,jurnal,manuskrip atau majalah.Buku bahasa arab walaupun berusia ratusan tahun,namun ia relevan sepanjang zaman,malah memberikan fakta berbanding buku sarjana Eropah dan Amerika.Lihat sahaja buku ilmuwan Barat dan Eropah yang mengatakanGraham Bell pencipta telefon ,sedangkan sebelumnya sudah ada saintis Islam yang mencipta teknologi telefon.Buku mereka mengagungkan The Wright brothers ,namun Ibnu Nafis adalah saintis Islam yang berjaya terbang dengan hasil ciptaannya.Apabilapelbagai buku sains dan teknologi dalam bahasa arab disediakan,pembaca mempunyai pilihan untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih.Memang diakui bahawa dunia sains dan teknologi dikuasai Barat dan Eropah,namun pembacaan buku-buku bahasa arab dari tokoh terdahulu dan terkemudian akan memperkenalkan lebih banyak maklumat tepat dan sahih,malah menepatiislamisasi ilmu.Pengunjung perlu mempunyai banyak pilihan bahan bacaan.Satu kisah menarik , Imam Ad-Dummairyatau nama penuhnya Muhammad bin Musa bin Isa, yang lebih dikenali dengan al-Kamal al-Damiriy al-Misriy (meninggal dunia : 808Hijrah ).Bukunya 'Hayatul Hayawan' adalah salah satu karya utama beliau yang dijadikan rujukan sarjana Barat ratusan tahun dan diterjemahkan puluhan bahasa dunia.Beliau rahimahullah ada bercerita kisah kucing :"Pada satu zaman kucing menjadi perawat sakit tulang di mana meow kucing mengeluarkan frekuensi yang boleh merawat sakit tulang.Doktor perubatan islam menggunakan meow kucing sebagairawatan penyakit tulang kerna meow kucing mengeluarkan gelombang setinggi 50 hertz.

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 01:59 AM

Rawatan tersebut berkesan.Apabila sarjana Barat mempelajari ilmu kedoktoran Islam,mereka mengikuti rawatan cara islam di mana sebelum ini mereka menggunakan sihir .Akibat rawatan tersebut ,maka terselamatlah kucing dan mereka menternak lebih banyak kucing di mana jutaan kucing dibunuh oleh orang Barat ketika itu sebelum ini"dd)Jadikan Perpustakaan UTEM pusat melahirkan penulis.Semua orang boleh menulis sama ada kaki tangan Universiti,pustakawan,pelajar,malah orang awam dan perpustakaan adalah sumber rujukan penulisan.Apabila Utem mengambil berat dunia penulisan buku ,maka akan lahir lebih banyak buku-buku berkualiti .Utem bukan sahaja boleh melahirkan penulis berkualiti,malah menjenamakan Utem sebagai pusat mengasah bakat lebih banyak penulis.Nama Utem akan terkenal sebagai pusat melahirkan graduan berkualiti dan penulis cemerlang.ee) Jadikan perpustakaan rakan masjid di mana perpustakaan bekerja sama dengan pihak pengurusan masjid.Masjidmempunyai buku-buku dan perpustakaan mini .Ketika era kegemilangan Islam,masjid adalah pusat menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.Jadikan masjid Utem pusat membaca dan kegemilangan ilmu.       Demikianlah beberapa cadangan dan idea penambahbaikan.            Saya mohon maaf jika ada kesilapan dan keterlanjuran dalam menaip surat ini. Sebagai insan yang cintakan ilmu,saya menulis surat ini .Saya mendoakan perpustakaan UTEM terus gemilang,cemerlang dan terbilang .Sekian,terima kasih.BUKU ITU KHAZANAH DUNIA….
……………………………………………………………………………………………………………
                -Surat ini tidak perlu tanda tangan kerna diutuskan melalui wahana emel-

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 01:59 AM

Beberapa hari emel diutuskan aku hubungi pejabat Puan Hajah Faridah dan PA beliau memberitahu Puan Hajjah Faridah mengucapkan terima kasih dan mengirim salam.Aku doakan beliau dirahmati Allah SWT kerana membaca surat aku .   Pada satu haridi bulan September2015 di mana aku kelapangan ,aku pergi ke Utemuntuk membaca dan menelaahkerana pustakawan Utem memberitahu walaupun kad belum siap,aku boleh membacadi perpustakaan Utemkerana aku telah membayar RM20 yuran keahlian luar danhairannya aku ,pengawal keselamatan memberitahu orang luar tidak boleh menggunakan perpustakaan Utem dan aku dengan hormatnya dihalau keluar dari Utem.Mata ini menitis meninggalkan pos kawalan Utem.Sudah bayar RM20 namun dihalau seperti anjing kurap.   Kisah kedua pula aku mengunjungisebuah pejabattingkat tigaUtemdan bertemu dua pegawai lelaki dan memberitahu mereka bahawa aku mahu memberi ceramah motivasi percuma kepada mahasiswa/siswi yatim/yatim piatu .Pegawai tersebut menyuruh aku tulis surat rasmi.Beberapa hari kemudian aku siapkan surat dan bahan berkaitan dan pergi ke pejabat tersebut .Apabila keluar,aku dimaki hamun polis bantuan di pos pengawal ketika mahu mengambil lesen memandu yang ditinggalkan.Dia bertanya seakan aku nigolongan pelampau IS atau Hantu Kak Limah .Aku bukan masuktanpa kebenaran, tinggalkan lesen memandu dan mengambil pas .Kali kedua air mata ini bergenang.Aku terus tinggalkan Utem dengan mata berlinang …       Demi Allah! Aku tak akan halalkan RM20 aku bayar kepada perpustakaan Utem dan aku takkan maafkan kesemua mereka .Aku berdoa kesemua mereka yang menghina,mengejek,mengaibkandan perbodohkanaku seperti anjing kurap dihadiahkan Neraka Jahannam di akhirat nanti.Ingatlah doa orang dizalimi itu maqbulsebagaimana sebuah hadis sahih “Doa orang dizalimi itu tiada hijab” .Ingatlah Allah SWT pernah menyebut “Celakalah Abu Lahab!” .Allah SWT sentiasa mencelakakan manusia jahat seperti Abu Lahab dan Firaun.      Aku tidak mampu membeli buku mahal kerana miskin wang ringgit dan sen,justeru perpustakaan adalah tempat aku menimba ilmu dan mendapatkan bahan penulisan.Membaca di internet amat memeningkan .Aku lebih suka membaca di perpustakaan .Sejak sekolahrendahhinggahari ini ,aku mendoakan kebaikan buatsemua pustakawan dan pegawai yang melayan aku dengan baik terutama sekali pustakawan Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Awam Melaka.Aku tidak pernah dambakan layanan VIP namun aku hanya mahu dilayan seperti manusia kerana kita semua dilahirkan telanjang dan akan masuk kubur walau apa pun jawatan dan kekayaan kita miliki.Aku tidak pernah melayan manusia lain seperti anjing kurap walaupun mereka penyapu sampah.Aku sayangkan penyapu sampah dan jika aku kaya raya dan dapat derma berbilion dari pak arab,akuakan tubuhkan syarikatClean & Craft SDN BHD dan berikan gaji RM3000 sebulan kepada semua penyapu sampah yang bekerja di syarikat aku.Kadangkala aku biasa memberi air mineral percuma dan RM1 kepada penyapu sampah di jalanan kerna aku pernah bekerja seperti mereka suatu waktu dahulu.Aku selalu mengunjungi Singapura untukmelancong,membaca di masjid dan perpustakaan ,berbual dengan penyapu sampah jalanan dan gaji mereka setaraf pemegang diploma di Malaysia!   Aku singgah pelbagai perpustakaan Universitipelusuk duniauntukmembaca dan berbual dengan pustakawan namun Utem adalah universiti pertama melayan aku seperti anjing kurap ,malah lebih hina dari anjing kurap walaupun aku ada lima pancaindera sihat walafiat.Aku juga pernah menghadiahkan bukutulisanaku kepada Uitm dan lain-lain Universiti dalam negara dan mereka menghantar surat terima kasih .   Aku sedih dilahirkan sebagai manusia biasa,bukan anak Bill Gates atau Sultan Brunei.Andainya aku anak mereka……..   Walaupun akaun bank Maybankada RM3.86 sen dan menggunakan telefon bimbit Nokia bernilai RM59.90,aku bersyukur mampu bersedekah setiap tahun kepada anak-anak yatim piatu dan miskin.Aku bersedekah setiap tahun sumbangkan pakaianbaru dan duit raya kerana aku pernah miskinketika sekolah rendah dan menengah.Aku memakaibaju sekolah bertampal dan diketawakan rakan-rakan.Bila dikenangkenangan kanak-kanak,mata ini bergenang ……..   Aku mampu membayar zakat perniagaan setiap tahun .Aku juga mampu pergi ke National Library ofSingapore untuk membaca.Arwah Ayah pernah berpesan “Hiduplah sebagai manusia biasa dan jangan sesekalimahu menjadi manusia terkenal kerana famous itu banyak ujiannya”.Aku berpegang dengan pesanan arwah datok yang aku panggil Ayah kerna memeliharaku sejak usia setahun dan memberikan pendidikan baik.Walaupun bekerja kampung,Ayah berjaya menunaikan fardhu haji pada tahun 1984 dan dia berdoa di Mekahagar aku ke sana dalam usia muda.Ketika usia21 tahun tahun 1995 ,aku menunaikan fardhu hajidan bersyukur kepada Allah SWTkerana memberi peluangmengerjakan hajiketika usia masih muda. Walaupun lulusan Universiti,akulebih gemar memakai jeans lusuh dan Tshirt Pagoda RM5 agar aku sentiasa tawadduk dantidak ego.Ketika dulu memandu Honda Accord berharga RM160K pada tahun 90an dan aku berasa riak,akhirnya akumemandu Proton Iswaranombor plet 5665 di mana nilainya hanya RM2000 danalhamdulillah aku tidak berasa riak .Aku berpegang dengan nasihat Saidina Abu Bakar as-Siddik r.a “Tinggalkan apa-apa sahaja jika ia boleh melahirkan sifat riak dan sombong”      Aku bersyukur menjadi manusia biasa dan boleh makan cendol bawah pokok tanpa gangguan wartawan dan paparazzi.Aku suka membaca di Tasik Titiwangsakernadapat melihat KLCC dengan terang jika tiada jerebu .Aku berdoa menjadi manusia biasa selamanya.Bergelar manusia biasa adalah nikmat bagi mereka yang tahu menghargainya….Lihatlah Puteri Diana yang mati dalam kemalangan kereta akibat dikejar Paparazzi yang gilakan berita.

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:00 AM

“Wahai Tuhan Maha Penyayang,jadikan aku miskin di mata manusia,namun kaya di pandangan-Mu”.Itulah doa selalu aku panjatkan ketika solattahajjud dan solat hajat.   Aku akan menunaikan solat hajat dan berdoa sebab aku amat sedih dan kecewasikap kaki tangan Utem termasuklah pengawal keselamatan .      Apabila aku dihina dan diaibkan oleh manusia , aku hanya mampu solat hajat dan berdoahingga menitiskan air mata .Aku tidak pernah menyaman mana-mana pegawai kerajaan /swasta   yang menghina dan mengaibkan akusetakat hari ini keranamencontohi mantan PM YABhg Tun Dr Mahathirbin Mohamadyang tidak pernah menyamanmereka yang mengaibkan dan memfitnah beliau.Pelbagai gelarandan fitnah dilemparkan seperti Mahazalim,Mahafiraun,Anti Islam ,tidak solat subuh dan pelbagai sumpah seranah dilemparkan,namun beliau tidak pernah menyaman mereka dan terus kuat bekerja memajukan negara hingga Malaysia terkenal pelusuk dunia lantaran usaha beliau .Itulah sikap terpuji mencontohi Nabi SAW sentiasa sabar dan berdoa.Nasihat beliau , akumestiterus menulis buku dan jangan berhenti menulis di Yayasan al-Bukhary aku pegang dan aku berusaha menulis 100 buku agar buku-buku menjadi khazanah ilmu hingga kiamat.Aku berdoadipanjangkan usia dan sihat walafiatagar terus boleh menulis.Ramai kawankubergelar Datok masuk keluar hospital dan aku doakan mereka .mahu menziarahi tiada masa,hanya doa dipanjangkan buat mereka.Namun jika akaun bank aku ada RM2.6 bilion , mungkin aku menyaman Presiden Indonesiadan menteri-menterinya di Mahkamah Keadilan Antarabangsakerana menyusahkan negara tercinta akibat JEREBU.Setiap tahun Malaysia berdepan masalah jerebu dan tiada kesudahan.Sejak jerebu,mata aku berpinar dan sukar membaca buku atau menulis di komputer atau laptop.Sejak Melaka mencatat IPU tertinggi ,aku jarang berada di Melaka.   Pengalaman sejam bersama Dr Mahathir berempat mata di pejabatnyadisaksikan Malaikat Raqib dan Atid amat bermakna.Banyak perkara dikongsi beliau dan aku sentiasa ingat setiap patah kata-kata beliau. Dr Mahathir memberitahu aku beliau biasa tidur jam 12 tengah malam dan bangun 6 pagi setiap hari sejak beliau muda hinggalah kini.Tuduhan politikus PASyang sudah masuk kubur bahawa Dr M tidak solat subuh hanyalah fitnah dan rekaan semata-mata.      Ingatlah doa anak yatim piatu sejak usia setahun ini amat mustajab.Dunia ini aku akan kalah selamanya dan aku berharap akhirat nanti aku akan menang kerana hakim di akhirat ialah ALLAH SWT ,Tuhan Maha Perkasa lagi Maha Adil.   Mohon maaf di atas kesilapan bahasa dan keterlanjuran kata-kata.Semoga Allah SWT merahmati kita dunia akhirat .Maju jaya buat Utem….

Yang Ikhlas,Aku miskin harta tapi bukan miskin jiwa ..

-          Tanda tangan tidak diperlukan kerana diutus melalui emel -

Aku hantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam Putra Jaya dan ini sahaja jawapannya.

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:00 AM

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xlf1/t31.0-8/s720x720/12183847_892297577532148_5801255234351399572_o.jpg

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:00 AM

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/t31.0-8/s720x720/12183006_892297637532142_8924095857881964462_o.jpg

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:01 AM

NI JWPN PN FARIDAH

https://drive.google.com/open?id=0B6kPX_ZP-UvpOGdVQm1uMnA3d0E

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:02 AM

Edited by GuaAnakMelaka at 11-1-2016 02:13 AM

AKU BUKAN HANYA TAHU TAHU BUAT ADUAN TAPI JUGA BERTERIMA KASIH

PLUS Malaysia Berhad (923639-A)                                          21 November 2015Menara Korporat,Persada PLUS,Persimpangan Bertingkat Subang,KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang,47301 Petaling Jaya, Selangor.crsd@plus.uemnet.com





                                           TERIMA KASIH
Tuan ,
               Surat ini diutuskan sebagai TANDA PENGHARGAAN kepada kaki tangan PLUS.

[*]Pada 16 November 2015 ,saya memandu dari Kota Tinggi dan memasuki lebuh raya PLUS .Apabila hampir sampai susur keluar Yong Peng ,wipercermin kereta rosak dan hujan turun semakin lebat dan saya memperlahankan kenderaan hingga selamat keluar susur TOL dan parkir di tempat letak kereta.Ketika itu tengah hari .


[*]Anak saya berusia 7 tahun NUR AS SYAHIRAH kelaparan ,namun saya tidak berani meneruskan perjalanan lantaran ia berbahaya kerana wiper cermin kereta rosak.Saya pergi ke pejabat PLUS dan meminta sedikit makanan.Kaki tangan wanita PLUS memberikan biskut dan air mineral dan saya hulurkan RM10 namun ditolak kaki tangan tersebut.Saya ucapkan terima kasih .



[*]Saya bawa anak ke surau dan menunaikan solat jamak dan anak saya makan di sebelahan saya.



[*]Apabila hujan berhenti ,saya meneruskan perjalanandan makan tengah harisertameneruskanperjalananhingga selamat sampai ke rumah.



[*]Sifat baik dan mesra kaki tangan PLUS saya tidak lupakan .



[*]Saya menghadiahkan Ebook bertajuk “PERIBADI DR M” “IMAN ADALAH ANUGERAH” kepada kaki tangan PLUS tersebut di mana saya telah lupa namanya.Pihak Tuan boleh memeriksa CCTV pejabat PLUS susur keluar Yong Peng /Segamat jika tidak silap saya.



[*]Saya memohon kaki tangan tersebut menghantar surat rasmi penerimaan Ebook kepada :

diemelkan kepada bukusaat@gmail.com


[*]Kedua-dua Ebook tersebut telah didaftarkan hakcipta.



[*]Saya mendoakan PLUS terus maju dan berjaya serta terus menerus menanam sikap mesra,amanah dan bertanggungjawab kepada semua kaki tangan PLUS.



[*]Buat pengetahuan Tuan,saya sering menggunakan lebuh raya PLUS dan sentiasa menghargai YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang menjadi pencetus pembinaan lebuh raya PLUS.Mana-mana individu yang membenci Dr Mahathir ,suka mengutuk dan menghinabeliau ,dinasihatkan JANGAN mengikut lebuh raya dan bina lebuh raya sendiri atau pun mengikut jalan raya biasa .


Antara penambahbaikanidea dan cadangan saya ialah :
a) Semua hentian disediakan premis bengkel untuk motorsikal dan kenderaan tayar empat .Ia memudahkan untuk menukar minyak hitam,membaiki rantai motorsikal dan sebagainya.Apabila premis tersebut wujud,ia memberi kemudahan kerana setiap hari jutaan kenderaan melalui lebuh raya PLUS.
b) Surau perlu dilengkapi CCTV bagi merakam kejadian kecurian atau kaki tangan yang curi tulang dengan tidur di surau.
c) WIFI percuma di setiap hentian rehat PLUS .
d) Plug untuk kemudahan pengguna lebuh raya di hentian PLUS sama ada untuk charge telefon,powerbank dan sebagainya.
e) Bilik tidur khas keluasan 3 kaki bagi kemudahan mereka yang mahu tidur kerana letih memandu dan bayaran yang berpatutan dan perlu selamat dan berkunci.
f) Premis khas menjual buku,majalah dan sebagainya.Pihak PLUS boleh menghubungi MPH kerana MPH antara gedung menjual buku terbesar dalam negara .Ini sebagai menggalakkan pembacaan rakyat Malaysia .
g) Konsultan kepada kaki tangan PLUS dua kali setahun dan pihak PLUS boleh bekerja sama dengan syarikat saya SATA SAALIMUN CONSULTANT.Bayaran hanya 99 sen sahaja seorang .Lokasi dicadangkan ialah Dewan Seri Negeri MITC Melaka .
h ) Sikap pemandu dan penunggang yang membuang sampah di lebuh raya memang menyusahkan .Saya pernah memandu dari Johor ke Melaka dan melihat kereta Mercedes bernombor plet Singapura membuang kulit rambutan ke luar kenderaan dan saya memintasnya dan membunyikan hon.Saya menunjukkan penumbuk dan pemandu tersebut meminta maaf.Saya cadangkan kereta dan kenderaan plet Singapura disaman RM5000 jika membuang sampah ke luar kenderaan .Mereka hanya menjaga kebersihan negara sendiri dan membuang sampah merata-rata bila ke Malaysia.Bayangkan jika kulit durian dibuang ,tidakkan ia akan membahayakan kenderaan lain terutama penunggang motorsikal pada waktu malam ?
I ) Lampu lebih banyak dipasang sepanjang lebuh raya PLUS.

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:03 AM

j) Wujudkan lebih banyak had laju 60KM sejam terutama kawasan berbahaya dan selalu kemalangan.
k) Saya dapati bas,lori,treler memandu amat laju dan ia membahayakan kenderaan lain pada waktu malam dan awal pagi.Saya mohon PDRM memasang lebih banyak speed trap pada waktu malam.
l) Saya cadangkan kaki tangan wanitaIslam yang bekerja sebagai pemberi tiket dan mengambil bayaran memakai sarung tangan .Menyentuh tangan lelaki dan perempuan bukan mahram adalah HARAM .
Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (Hadis riwayat ImamThobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih).


“Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.” .

“Aisyah berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia telah diuji.” Rasulullah SAW sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian”. Namun demi Allah, beliau sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka.Ketika baiat, beliau hanya membaiat dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian dengan perkataan.” ( HADIS RIWAYAT IMAM BUKHARI DAN MUSLIM )


12.Saya memohon maaf jika ada salah silap dalam mengutus warkah ini.Semoga PLUS menjadi terbaik dan terus cemerlang.<p> </p>TERIMA KASIHSalam hormat .


………………………………….

-SURAT TIDAK PERLU TANDA TANGAN KERANA DIUTUSKAN MELALUI EMEL-
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtf1/v/t1.0-9/s720x720/12250137_897981546963751_6335886057078391625_n.jpg?oh=712985e2b916fbc116624c501f421488&oe=56FFD02E

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:06 AM

pihak plus menghantar jawapan panjang lebar ,begitu jg pegawai PLUS menghubungi aku dan melihat CCTV untuk mengesahkan surat aku benar dan bukan rekaan.

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/v/t1.0-9/12417598_1695467087333772_6873699798379096427_n.jpg?oh=db0b3629aa18fa73706ee2fb181c2b11&oe=5745B9F3


GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:11 AM

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/v/t1.0-9/12400820_1695467867333694_7655952228819095446_n.jpg?oh=e46399686f1663d520246e2955433973&oe=57443752&__gda__=1459862501_ad960a460ba9d82f82ddb75733d1fb75https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/1934325_1695467887333692_7185008518237700557_n.jpg?oh=edf455661f063538d24608e01dc795ed&oe=5705C503

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/12541131_1695467870667027_9053430524825931639_n.jpg?oh=73b1acf0305a1aa7d828b6e65e6a6178&oe=5740269F https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/12508964_1695467907333690_4034589201756800962_n.jpg?oh=77c3d965c9b668e07402188e71980226&oe=570F2D63

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/1934325_1695467887333692_7185008518237700557_n.jpg?oh=edf455661f063538d24608e01dc795ed&oe=5705C503

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:15 AM

DUA TIGATAHUN LEPAS ,AKU KE PERPUSTAKAAN MATRIKULASI LONDANG UNTUK MENYUMBANG BUKU SBB SETIAP TAHUN AKU SUKA SUMBANG BUKU KE SEKOLAH,UNIV,JABATAN KERAJAAN DLL.

APA PEGAWAI TU KATA ?

"KAMU NI KAYA SANGAT KE?"

"SYARIKAT APA?TAK PERNAH DENGAR PUN..."

AKU HANTAR ADUAN KE BPA DAN KPT HINGGA SEKRANG TIDAK BERJAWAB....

AKU HAIRAN DGNSIKAPPEGAWAI KERAJAAN /SWASTA MULUT LONGKANG ....

MEREKA INGAT MEREKA CONFIRM SYURGAKAH ?


GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:25 AM

BANYAK PERKARA DIVIRALKAN DLM FB,CONTOHNYA

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtf1/v/t1.0-9/12472262_1695471977333283_7346781677800667385_n.jpg?oh=03e04f175bf696b3dbf0be310300452c&oe=574179A6&__gda__=1464417806_ae01e951be3d8e9a46a14c5241b0b9ad

SEPATUTNYA PIHAK YANG KENA ADU,BERTERIMA KASIH KRN SELAMA INI MRK TAK SEDAR SALAH SILAP MEREKA.......

PERNAH DI ALOR GAJAH...KAKAK TU BELI PAKAIAN HAMPIR RM300....

2,3 ,4 JAM DIA DATANG PULANGKAN SEMUA SBB SUAMINYA PUKUL DAN MARAH SBB BELI BYK PAKAIAN BARU.

AKU PULANGKAN WANG DIA BALIK.

JADI SOALAN AKU KENAPA ORG BENCI DGN ADUAN ?

AKU POST PASAL SKMM PUN KAT CI DAH KENA LAHAR DGN ACONG DAN GENG MEREKA......

GuaAnakMelaka Publish time 11-1-2016 02:31 AM

AKU SEMAKIN PELIK SBB BYK ADUAN AKU TIDAK DIJAWAB KONONNYA EMEL TAK SAMPAI....

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=943281

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xta1/v/t1.0-9/1915995_922318091196763_7011796656525295503_n.jpg?oh=6d666af3b8166281ded64baaa7a0c272&oe=57073F96&__gda__=1464164520_3009d10bf3a572241a171f850cf01b33

MALAH BYK EMEL AKU DIPADAM HACKER ....

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t1.0-9/944099_922268281201744_7876822910210760820_n.jpg?oh=f159de34dd43e378e9ed4ea6a2704018&oe=5704497D&__gda__=1459918070_4eb1666fa7cf29e81043e53a57c564ac

tagas Publish time 11-1-2016 08:51 AM

Dah budaya keje org mesia mostly melayu

then mostly gomen gaji nak beso tp malas nak terima & layan aduan

komplen2 nih..bikin semak kepale {:1_550:}

kodokbawang Publish time 12-1-2016 02:24 PM

mmglah x salah tp kalau selalu buat repot mcm rani kulup org nyampah.....mcm muka vangang..

asik2 mukaje nak repot..

GuaAnakMelaka Publish time 12-1-2016 06:01 PM

kodokbawang replied at 12-1-2016 02:24 PM
mmglah x salah tp kalau selalu buat repot mcm rani kulup org nyampah.....mcm muka vangang..

asik2 ...

korg kena rajin bc Quran .....

Nabi pun kena kritik...apa lg insan biasa cam kita...

stars83 Publish time 5-3-2016 04:10 PM

Dh muka ko je yg slalu buat aduan,opkos dorg malas nak layan
Pages: [1]
View full version: Salahkah BUAT ADUAN ?


ADVERTISEMENT