CARI-LTS Publish time 8-1-2016 07:16 PM

Menyelami Isi Hati Teman Lelaki Menerusi Telefon Bimbit!





Oleh : TS LOO


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/08/191140fhtaptepzxtbh0uu.jpg





Teman lelaki atau orang yang anda minat, adakah anda betul-betul memahami perangainya? Bagaimana pula isi hatinya? Sekarang, apa kata anda secara senyap-senyap memerhatikan kebiasaannya bahagian mana teman lelaki anda meletakkan telefon bimbitnya? Dengan itu, anda akan mampu menyelami isi hatinya.


A. Dia sering lupa bawa telefon bimbit
B. letak telefon bimbit di dalam bagpack dan bag pejabat
C. Letak telefon bimbit di kocek belakang seluar
D. Gantung di pinggang seluar
E. Sering pegang telefon bimbit di tangan
F.Letak di kocek baju shirt.




A
Dia seorang yang optimis, kehidupannya lebih mementingkan hiburan daripada kerja, tidak berapa serious terhadap semua perkara yang dilakukan. Walaupun dia agak 'blur', tapi dia amat jelas dengan dunia percintaannya. Dia seorang lelaki yang bermulut manis, tapi tidak berfoya-foya orangnya.


B.
Lelaki sebegini menjalankan urusan harian sememangnya penuh berhati-hati, permintaan yang tinggi terhadap pencapaian diri, maruah diri juga sangat tinggi. Berkenaan percintaan, dia amat tegas terhadap temannya. Selain menyayangi, dia juga ingin melihat teman perempuannya seorang yang sempurna.




C.
Dia seorang yang sangat-sangat 'self defence', isi hatinya mempunyai rahsia yang tidak ingin diketahui orang. Dengan kawan yang berjauhan, hubungannya lagi rapat. Dia kurang mesra dengan kawan yang berdekatan dengan dirinya. Berkenaan dunia percintaan, dia juga bersikap sebegitu.



D.
Segala perihal kehidupan harian, dia mempunyai persepsi dan cara yang tersendiri, jujur dan terus- terang. Alam percintaan juga bertindak agresif dan dedikasi. Biarpun cara luahan hati mungkin agak berbeza dengan orang lain, tapi dia tidak akan melepaskan sebarang peluang untuk meluahkan kesayangannya.



E.
Dia cukup bertenaga tinggi terhadap kehidupannya, tidak akan berehat selagi belum mencecah saat terakhir. Anda kemungkinan besar akan nampak dia tidur dalam tab mandi dan di atas kerusi sofa di ruang tamu. Dunia percintaan, dia mengharapkan kekasihnya bersama dia mengharungi segala dugaan seperti rakan seperjuangan di medan perang.


F.
Lelaki seumpama ini mempunyai idea tersendiri dalam urusan harian, akan berusaha sedaya upaya agar kehidupannya dapat bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan. Secara luaran, dia tidak kelihatan seperti seorang yang memiliki kawalan penuh terhadap dunia percintaannya. Tapi secara dalaman, dia mengawal segala.





Sumber info: http://mind101.pixnet.net/blog/post/85328378

mziskandar Publish time 8-1-2016 11:33 PM

dah bertahun2 aku x nampak manusia jenis D - gantung dipinggang seluar.

batu_bergolek Publish time 10-1-2016 08:40 PM

mziskandar replied at 8-1-2016 11:33 PM
dah bertahun2 aku x nampak manusia jenis D - gantung dipinggang seluar.

Saya antara orang still pakai holster di pinggang, hehehe. Dari zaman hp nokia sampailah skrg.


Saya rasa tempat paling sesuai utk lelaki yg tak pakai handbag hehehe.


Kalau letak dlm poket seluar takut rosak/calar/bengkok. Poket baju pulak takut jatuh bila tunduk/ lompat. Pegang pulak takut lupa/jatuh, satu lagi bila pegang dari segi keselamatan pun terjejas sbb tangan kita ada satu je yg bebas/ utk lindungi kita, sbb yg satu lagi duk pegang hp. Simpan dalam beg pulak takut tak dengar bila org tel.


Jadi bila letak kat pinggang dgn holster dia mmg sesuai, tangan dua2 belah free, nak capai pun dekat.

Abangspek Publish time 13-1-2016 04:50 PM

xde kaitan sangat pun. Laki letak handphone kat mana dia selesa. Macam aku, kat poket kiri sebab aku selesa letak situ, mudah ambik. Poket kanan lak kunci rumah/kete. Blakang dompet

mbhcsf Publish time 6-3-2016 11:58 PM

Oh almost e &f, if that being   is oncall and at work
Pages: [1]
View full version: Menyelami Isi Hati Teman Lelaki Menerusi Telefon Bimbit!


ADVERTISEMENT