CARI-SFG Publish time 7-1-2016 06:32 PM

Bro Yang Hisap Vape, Tak Macho Lah Jadi Dual User

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/07/183136jmltin4aeezn22eo.jpg



Oleh : Fyruz Hanna


Kajian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan penghisap rokok yang ingin berhenti daripada tabiat tersebut menjadikan mereka lebih teruk.


Vape tidak membantu mereka berhenti daripada rokok malah mereka akan berakhir menjadi 'Dual user' iaitu menggunakan kedua-dua rokok terbabit.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201601/07/183157nofh9zi3izaerqdi.png



Mereka akan lebih bergantung pada nikotin yang terdapat dalam vape sekaligus menghadapi kesukaran untuk berhenti merokok.


Tanggapan mereka selama ini bahawa mereka telah berhenti merokok adalah salah kerana mereka hanya bertukar medium iaitu daripada jenis pembakaran kepada jenis elektronik.


Jadi jika anda berbangga anda telah berhenti merokok kerana menghisap vape, tahniah anda telah salah! -CARI Infonet

mayaBB Publish time 7-1-2016 11:26 PM

Tau la.. Lelaki xdenye nk dgr..huhu

Thuglife Publish time 8-1-2016 09:35 AM

ye keeeee? laki aku mmg baru je hisap vape lps raya thn lepas.. mmg pernah pun merokok lagi..
lagi 1.. dulu kalo dulu,lps mkn jer x merokok muka dia dh ketat.. cr rokok.. sekarang..1 hari x hisap vape pun dia relax jer..
tterpulang pada individu.. aku x kisah pun org nk kata apa..yg penting dan yg aku tahu mulut dan bdn laki aku xder bau rokok,,

errr.. sekarang semua cita pada haram vape.. cite haram rokok dh xder ker?ke dh dihalalkan?

ally9970 Publish time 8-1-2016 12:12 PM

Saya dah vape selama 3 thn dan since then, tak pernah merokok lagi... kalau dulu 2-3 kotak sehari.

peliknya, sekarang ni almost setiap hari ada berita psl vape, haram, bahaya, etc...seolah merokok tu tak haram, tak bahaya...

saya tak kata vape ni tak bahaya langsung (mkn telur lebih dr 2 biji sehari pon dikira bahaya), tapi berkali2 less harm berbanding rokok tu...

mmg ada vapers yg dual; vape & rokok tp kalau kita study betul2, consumption rokok mereka berkurang almost 1/2 dari sebelum vape... jd kalau tak stop sepenuhnya pun atleast dpt kurangkan rokok..

Jadi saya tak faham kenapa kerajaan beriya2 kempen menentang vape...

attitude vapers adalah separate isu...mcm saya kata kat kawan2, takkan disebabkan ramai org merempit, kita nak haramkan motor...

rawahah Publish time 8-1-2016 12:50 PM

haramkan je vape dengan rokok.. dah terbukti dengan adanya rokok dan vape merosakkan kesihatan, dan xde nya vape dan rokok akan lebih sejahtera..

dua dua bodo

hok ngisap bodo, hok bagi jual pun bodo

pastu ajak satu negara gaduh pasal menda bodo dan x berfaedah

JohnPuteh Publish time 8-1-2016 03:04 PM

ally9970: Saya dah vape selama 3 thn dan since then, tak pernah merokok lagi... kalau dulu 2-3 kotak sehari.peliknya, sekarang ni almost setiap hari ada berita  ...

3thn hisap vape..that mean bro skrg dah jdi penangih nikotin..

Thuglife Publish time 8-1-2016 05:04 PM

JohnPuteh: 3thn hisap vape..that mean bro skrg dah jdi penangih nikotin..

dh tu... rokok xder nikotin? liquid vape ada nakotin tp peratusan sanagt rendah berbanding rokok .. correct me if im wrong..

Ferr_Remy Publish time 9-1-2016 04:41 AM

Kwn aku yg isap vape smua pau rokok aq smpai skrg.. hahaha.. berenti konon..

ally9970 Publish time 9-1-2016 09:12 AM

rawahah replied at 8-1-2016 12:50 PM
haramkan je vape dengan rokok.. dah terbukti dengan adanya rokok dan vape merosakkan kesihatan, dan...

bagus lah bahasa saudara...

Emperor95 Publish time 9-1-2016 11:01 PM

Rokok (haram), lepas itu ingin berhenti merokok gunakan vape ( haram ).

Ntah2 apa ntah. Dikatakan bodoh marah.

Apai86 Publish time 3-5-2016 11:53 AM

Sebenarnye, kajian KKM tu bukan betul sgt, Sepupu aku n abang aku dh berjaya berhenti rokok sejak bervape sekitar 2 tahun lalu, mod ade 3-4, flavor berlambak lagi....kalau org ckp Nikotin adalah berbahaya, jadi Pil2 berhenti merokok mcm NIQUITIN juga berbahaya, dan aku rasa berbanding isap nikotin dlm bentuk wap/gas adalah lebih selamat krn hanya 30% jer masuk badan berbanding makan nikotin (PIL brenti rokok). Bila ada cara ntuk membaiki hidup dan kesihatan, ramai yg salah anggap. tp ramai juga yg jakun dan poyo bervape tanpa berhemah. itulah puncanya. bahan2 vape pon certified ntuk for food grade, dan certified for medical. yang x vape pon, makan jugak bende ni, ade kat aiskrim, jeruk, dn mcm2 lagi. mmg maksudnyer (Harmless), itu lah hasil kajian di UK. Orang kita pulak malas membaca, malas mengkaji, tapi rajin Melabel.

Lagi satu fakta, nikotin x pernah membunuh, xde lagi satu kes orang mati kerana nikotin, klu nikotin itu membunuh, konfem kentang dan tomato (sayuran paling tinggi kandungan nikotin) juga diharamkan, punca sebnar mati krn rokok adalah TAR. bende ni xde kat VAPE. Even caffein yg ade dlm kopi adalah lebih berbahaya berbanding nikotin.

Cuba bayangkan, Gula dan garam juga berbahaya. mendatangkan pelbagai penyakit kronik, malah menyebabkan kematian. Kenape x haramkan?...Ok la, cube berhenti mengambil gula dan garam.....susah kan?....tu la yg berlaku pada perokok, susah habaq ang. Sepatutnye ini adalah peluang baik ntuk kurangkan jumlah perokok di Malaysia, tp kerajaan kita lebih utamakan duit berbanding kualiti kesihatan rakyat. Belajar tinggi2, tp xde eksperiment, xde kajian yg teliti, terus keluar fakta. Hebat, sampai scientis luar negara semua gelakkan pengarah KKM kite. Semuenye kerane duit. Xpe la, sekurang2nye kite berjaya mencipta nama dipersada dunia.

Truefeelings Publish time 11-9-2021 06:44 PM

Oh god. Why did i end up here. I have a crush on someone who vape and its irrational. I want a future good father for my future kids. :'( i cant get rid of this crush. What is wrong with me. Please give me a good advise

lipans Publish time 15-9-2021 09:17 AM

standard la.

bila kata haram merokok bukannya dengar.

bila kata haram vape bukannya dengar juga.

pastu banding kenapa itu ini. sendiri dah tahu.... takkan nak orang lain yg ingatkan selalu 24jam sehari semalam.
Pages: [1]
View full version: Bro Yang Hisap Vape, Tak Macho Lah Jadi Dual User


ADVERTISEMENT