piao Publish time 5-1-2016 05:16 PM

PEGAWAI KADET GRADUAN ATM TAMAT LATIHAN

PEGAWAI KADET GRADUAN ATM TAMAT LATIHAN

http://www.mafhq.mil.my/images/BERITA_2015/12-15/GRADUAN%20ATM%202015%20-%201.jpg

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin Pegawai Tabik Hormat sempena Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 3/2015 diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Muhammad Syahir bin Abdul Rahman yang diadakan di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson.

http://www.mafhq.mil.my/images/BERITA_2015/12-15/GRADUAN%20ATM%202015%20-%202.jpg


Seramai 96 Pegawai Kadet (PK) Graduan ATM yang terdiri daripada 52 PK Graduan TD, 9 PK Graduan TLDM, 33 PK Graduan TUDM dan dua PK Timbalan Setia Negeri Johor yang telah menjalani latihan selama 9 bulan di pusat latihan mengikut perkhidmatan masing-masing. Sepanjang kursus setiap pegawai kadet graduan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan yang membolehkan mereka berkhidmat mengikut kriteria yang diperlukan.




http://www.mafhq.mil.my/images/BERITA_2015/12-15/GRADUAN%20ATM%202015%20-%203.jpg

Hadir sama memakaikan pangkat kepada PK setiap perkhidmatan ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara,Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM.
Pages: [1]
View full version: PEGAWAI KADET GRADUAN ATM TAMAT LATIHAN


ADVERTISEMENT