NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:45 AM

SATAY SOTONG [*****doll]

BAHAN-BAHANNYA

2 ulas bawang merah dihiris halus
1 ulas bawang putih dihiris halus
600 gm sotong
2 biji labu bawang besar dihiris
1 biji timun dihiris
minyak untuk mengoreng, lidi, serai dan kunyit

BAHAN-BAHAN SOS

200 gm kacang tanah dan digoreng lalu di tumbuk
50 gm cili kering direndam ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
belacan secukupnya ditumbuk halus
1 cawan jus asam jawa
1 sudu makan gula
sedikit garam

CARA MEMASAK
1- Panaskan 2 sudu besar minyak, goreng hirisan bawang putih dan bawang merah hingga kuning
2- Goreng sotong selama 3 minit angkat lalu ketepikan
3- Gunakan minyak yang sama dan tumiskan adunan cili hingga bangkit baunya
4- Campurkan jus asam jawa dan bisarkan mendidih
5- Masukkan kacang goreng yang telah ditumbuktadi dan kacau rata, lalu masukkan garam dan gula secukup rasa
6- Cucuk sotong, timun dan bawang besar dengan batang lidi lalu dihidangkan bersama sos

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:46 AM

sotong goreng tepung

bhn2..ikut agak2 la

sotong
tepung ubi
telur - 1biji
lada sulah
garam
pewarna optional
minyak utk menggoreng

cara

sotomg dibersihkan dan di tos.
bancuh tepung ubi bersama, garam, telur dan lada sulah.klau pekat sgt bubuh
air sket.pnaskan minyak..cara nak goreng, celup sotong dlm bater dan terus goreng
dengan api sederhana. goreng hingga kekuningan.boleh la angkat dan hidangkan.
boleh mkn dgn sos atau dgn nasi.

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:49 AM

kSotong Masak Kicap

1 kg sotong dibersihkan
1 batang serai dititik
sedikit halia
Bawang merah & bawang putih
Bawang besar
Beberapa cili kering
1 - 2 senduk kicap
garam & ajinomoto to taste
1 1/2 sudu makan gula to taste
1 keping asam jawa jika suka

First sekali, hiris bawang putih, bawang merah & halia & kemudian tumis dlm minyak bersama serai yg dah dititik & cili kering. Lepas tu bila dah garing baru masukkan kicap, garam & ajinomoto & sugar. Bagi sedikit air sebab sotong sendiri akan mengeluarkan air. Bila dah menggeledak baru masukkan sotong & masak hingga masak. Make sure rasa kuah rasa manis. Kalau nak kuah pekat, boleh guna kicap pekat. Last sekali baru masukkan sotong, bawang besar yg dah dihiris & masak hingga sotong lembut. Jgn lama sgt nanti overcooked.

NoorMasri Publish time 6-11-2006 10:05 PM

acar iikan masin

Hai! Saya pun ada resipi acar ikan masin nak share.Rasa dia memang power. Saya siap try dan buat jual lagi, sebab ada orang minta beli.Resipi ni dapat dari satu mami Penang yang tak kedekut langsung.

Acar Ikan Masin
1/2 lb ikan kering
2 oz cili padi
4 oz bawang putih
2 oz bawang merah
2 oz kunyit hidup
25 batang cili kering
3 sudu teh biji ketumbar
2 sudu teh jintan putih
6 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
daun kari
minyak

1.Cili kering, ketumbar, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup ditumbuk halus.
2.Goreng isi ikan kering hingga garing.Keluarkan minyak yang lebih, tinggalkan sedikit dalam kuali.
3.Tumis bahan-bahan (1) sampai wangi, masukkan cili padi, daun kari.Masukkan gula dan garam dan kacau sampai gula hancur.Masukkan cuka dan akhir sekali ikan kering.
4.Tak payah masuk fridge.Boleh tahan sampai seminggu.


http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/DSCN9125.jpg

Maklang dah dapat cari acar ikan kering yg kena pd tekak maklang...:cak: Maklang masak sikit aje dulu..nak test sedap ke idak...tapi memang sedappp...:love:

ACAR IKAN KERING
sumber : sazylina ramly (RN)

Bahan-bahan (agak2 ajelah bahan2nya kalau buat sikit)
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih
Rempah
2 gengam cili kering }
2 inci Halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji,
gorengkan dulu dan blend halus.
1 botol Cuka (ikut banyak mana yg nak tau, jangan tibai 1 botol pulak)
Gula
Maklang letak sedikit biji sawi...

Cara Menyediakan
1. Tumis kan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula
(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili
padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Nota : Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan. Sedap dimakan
selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas


ACAR IKAN MASIN

Bahan
300 g isi ikan masin
100 g cili mesin
200 g gula
100 gm bawang merah]
5 ulas bawang putih] mesin halus
2 inci halia
100 g kismis
100 g lobak asin
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ] mesin halus
1 s/k kunyit       ]
10 biji bawang merah
1 cawan cuka tiruan
1 cawn minyak untuk tumis
1 s/b bijan goreng untuk tabur
garam

Cara
1. Potong kecik ikan masin dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumislan bawang y2 dimesin sehingga wangi
3. Masukkan cili dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jinta mesin dan kacau rata.
5. Bila naik minyak masukkan cuka, gula dan halia.
6. Bila dah mendideh masukkan lagi kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
7. Masukkan bawang dan ikan masin yg digoreng tadi.
8. Bila dah naik minyak boleh tutup api

resipi acar ikan masin(dlm metric)

200 gm ikan kering (Talang or kurau)
50 gm cili padi
100 gm bawang putih
50 gm bawang merah
50 gm kunyit hidup
200 gm gula
25 btg cili kering
3 sudu teh biji ketumbar
2 sudu teh jintan putih
6 sudu besar cuka
1/2 sudu teh garam
daun kari
minyak untuk menggoreng

selamat mencuba.Bulan puasa ni sedap tau kalau bersahur makan acar ni ngan nasi.Tak payah dishes lain lagi.

[ Last edited byNoorMasri at 6-11-2006 10:08 PM ]

NoorMasri Publish time 6-11-2006 11:24 PM

KARI IKAN UTARA

Bahan2:-

1 ekor ikan jenahak/merah/bijik nangka dsb - potong kecil
3 sdm rempah kari ikan - penuh bumbun
9 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 sdm halba campur
1 sdm cili mesin
1 kotak santan
1/2 cawan minyak atau lebih
3 tangkai daun kari - lurutkan
segumpal asam jawa - rendam dalam air
2sdk garam
1sdk perasa ikan bilis

Bahan tumbuk:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdk jintan manis biji
1 sdk jintan putih biji
2 sdk lada hitam biji

Bahan sampingan:-
2 biji terung bulat ungu/putih - potong baji
6 batang bendi
2 biji tomato - potong 4
1 biji bawang besar - potong baji
3 biji cili hijau - belah tgh tapi jgn putus

Cara:-
1. Dalam periuk masukkan minyak dan biar panas.
2. Masukkan halba campur,goreng sekejap dan masukkan daun kari.Biar halba dan daun kari 'masak' sedikit baru dimasukkan bawang merah dan bawang putih.Biarkan sekejap di atas api.
3. Di dalam mangkuk..masukkan rempah kari bersama air panas.Kacau sehingga rempah tidak berbintil-bintil.Kemudian masukkan cili mesin ke dalam mangkuk tadi.Masukkan bahan tumbuk juga.kacau2 dan ketepikan.
4. Pastikan bawang ditumis sehingga garing
5. Tuang bahan2 dalam mangkuk tadi ke dalam periuk.Kacau sekejap dan tudung dgn periuk.
6. Dalam pada itu boleh siapkan terung.Potong 4 terung.
7. Kacau rempah sehingga benar2 masak dan pecah minyak.Sampai mercik2 kat tanganlah!
    Bukak tudung dan kacau lagik..tutup balik..pastu dalam 5 minit kacau lagik sampai benar2 masak.
8. Masukkan terung dgn sedikit air.Bila terung dah empuk masukkan air asam dan santan.Ya ng nie kalau rasa pekat sgt kuah tu,boleh masukkan air.tapi jgn byk..tuang skett2 dulu..
9. Bila dah menggelegak,baru masukkan ikan,kacang bendi,bawang yg dipotong baji.Perasakan dgn garam dan perasa ikan bilis.
10. Bila ikan dah masak,tutup api dan masukkan buah tomato yang dipotong 4 dan cili hijau.


http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN113.jpg
sediakan bahan2

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN112.jpg
dan jugak halba campur..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN107.jpg
bahan2 tumbuk

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN102.jpg
rempah ikan..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN110.jpg
rempah yang dah campur air panas..sedang nak masukkan cili mesin diikuti bahan tumbuk..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN114.jpg
pastikan bawang digoreng mcm nie..agak garing..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN115.jpg
apabila dah masuk rempah dan kacau sehingga pecah minyak..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN119.jpg
apabila rempah dah masak..masukkan terung dgn sedikit air..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN118.jpg
asam jawa sebesar penumbuk..rendam dalam air..lebih kurang dalam 2 cawan..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN097.jpg
ikan yg dah siap nk masuk dalam periuk..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN096.jpg
bahan2 sampingan..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/MyKitcheN116.jpg
apabila dah masukkan bendi dan bawang..
tomato dan cili hijau dimasukkan lepas dah tutup api..

NoorMasri Publish time 6-12-2006 10:29 PM

Sotong Kangkung

Sotong Kembang - nak potong dulu pun bleh.. nak potong lepas celur pun bleh
Kangkung segar - dipotong pendek
kacang tanah - roasted n kisar halus
bijan - sangrai
minyak bwg putih [minyak biasa + minyak bijan sket..goreng bwg putih cincang byk2 di dlmnya sampai

golden tapi jgn hangit]
hirisan limau kasturi

kuah rojak sotong kangkung

1. sotong dicelur seketika,
2. kemudian celur kangkung plak..
3. gaulkan both bahan bersama n letak dlm pinggan.
4. sprinkle sket dgn minyak bwg putih
5. taburkan dgn kacang tanah n sedikit bijan
6. letak hirisan limau kesturi
7. kuah tu nak tuang je atas sotong kangkung bleh.. nak asingkanpun bleh

Kuah Sotong Kangkung

resepi kuah ni ade mcm2 versi..

paling mudah beli je sos yong taufoo yg manis tu n campur dgn cili boh yg dah dimasak dgn sedikit garam n gula terlebih dahulu

tak pun guna resepi rojak petis mentah - cili padi + petis + air asam jawa + gula/gula merah + garam kasar + kicap pekat..blend je semua bahan sampai halus..balancekan rasa ikut selera masing2

atau rojak petis style cina - udang kering,belacan, petis, gula merah, gula putih, honey, bwg merah, bwg putih, cili kering, cili merah, kicap n cuka..blend semua pastu masak je sampai pekat

then campur bancuhan tepung jagung..masak lagi sampai cukup pekat..siapp

kuah sotong kangkung camni..
4 tbsp petis udang
2 tbsp cili boh
2 tbsp cili merah yg dah dikisar halus
2 tbsp taucu [ basuh 2-3 kali then dilecek halus..guna jenis bilal.. tak la masin sgt]
3 tbsp gula pasir
garam secukup rasa
1 tbsp tepung jagung - bancuh dgn air sket

masukkan semua bahan dlm periuk n renihkan sampai pekat [tpg jagung tu masukkan kemudian sket..bior cili tu dimasak sampai hilang bau cilinya

Kacip_Fatimah Publish time 13-2-2007 06:05 PM

IKAN LEMAK CILI PADI

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/IkanLemakCiliPadi.jpg

Bahan-bahannya:
5 keping ikan tenggiri
1/2 biji nenas, dipotong kecil
1 liter santan pekat
1/2 cawan air
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
3 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
2 cm belacan

Cara-caranya
1.Nenas, serai dan daun kunyit dimasukkan kedalam periuk dan dimasak sebentar bersama rempah yang telah dikisar dan 1/2 cawan air.
2.Kemudian masukkan ikan dan bila ia telah masak masukkan santan dan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.Setelah kuah mendidih matikan api dan boleh dihidangkan.


IKAN GORENG BERCILI

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/IkanGorengBercili.jpg

Bahan-bahannya:
6 ekor ikan bawal putih, dibersihkan
2 biji bawang besar, dipotong dadu
12 biji cili padi Thailand, dibelah dua
1 sudu makan kicap
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1.Ikan digaul bersama serbuk kunyit dan garam.Kemudian digoreng.Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan cili padi, gaul rata sehingga ia setengah layu dan masukkan kicap.Gaul rata dan kemudian tuang diatas ikan sewaktu menghidang.


PAIS IKAN

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/PaisIkan.jpg

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan selar besar
daun pisang, disalai
toothpick

Bahan untuk dikisar:
8 batang lada merah
8 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 cm belacan
1 helai daun kunyit sederhana besarnya
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk peras jika suka

Cara-caranya
1.Bahan-bahan dikisar dengan sedikit air.Digaul dengan ikan dan diperap 1 jam.
2.Letakkan ikan diatas daun pisang bersama rempahnya. Balut rapi dan disemat hujung daun pisang dengan lidi.
3.Kemudian boleh dibakar atau dikukus pais ikan sehingga masak.


GULAI IKAN

http://i33.photobucket.com/albums/d99/hanieliza9/masakan/GulaiSiam.jpg

Bahan-Bahan:
500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung
3 cawan santan
Sedikit terung pipit
sedikit buah belimbing buloh
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Mesin:
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan minyakdan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekattutup api dan hidangkan dengan nasi putih.


IKAN BAWAL BERLADA

http://i33.photobucket.com/albums/d99/hanieliza9/masakan/BawalBerlada.jpg

Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 labu bawang besar
3 s/btomato sos
garam
kunyit
minyak

Bahan Kisar:
8 biji cili merah
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara:
1. Ikan bawal dibersihkan dan dilumurkan garam dan kunyit.
2. Gorengkan ikan dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehing ga wangi dan naik minyak.
4. Masukkantomato sos dan bawang besar dan kacau rata.
5. Bila nampak bawang dah layu tuangkan atas ikan bawal yg digoreng tadik.


IKAN SWEET SOUR

BAHAN-BAHANNYA

    * 1 ekor ikan bawal atau kerapu
    * 5 ulas bawang merah
    * 2 ulas bawang putih
    * 1 labu bawang besar ( untuk hiasan)
    * 1/2 inci halia
    * 4 sudu besar sos cili
    * 4 sudu besar sos tomato
    * 2 biji tomato
    * sedikit air asam jawa
    * garam dan serbuk perasa
    * beberapa helai daun salad
    * 1 tangkai daun bawang
    * 1/2 sudu cilibo

CARA MEMBUATNYA

    * Ikan dibersihkan dan disapu garam, serbuk kunyit dan cilibo dan digoreng hingga masak
    * Bawang (merah dan putih) ditumbuk kemudian ditumis dengan 4 sudu minyak sehingga garing
    * Masukkan sos cili dan sos tomato
    * Apabila sudah digaul, masukkan air asam jawa
    * 1 biji tomato dilenyek sehingga lumat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan
    * Masukkan serbuk perasa
    * Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong bulat bulat.
    * Biarkan mendidih selama 2 - 3 minit, kemudian angkat dan hidangkan
    * Hiaskan dengan hirisan buah tomato yang dipotong bulat bulat serta daun salad dan daun bawang.

nhuda Publish time 13-4-2007 02:03 PM

RENDANG KERANG

Versi 1

Bahan - bahannya:-

-600 gm isi kerang
-1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
-1 sudu kerisik
-10 tangkai cili kering   }
-5 biji cili padi                }
-2 batang serai               }
-5 biji bawang merah   }
-2 ulas bawang putih      } dikisar
-1 inci halia                  }
-1 inci lengkuas             }
-1 inci kunyit hidup      }
-1 helai daun kunyit            } separuh dikisar dan
-1 helai daun limau purut    } separuh lagi dihiris
-Minyak untuk menumis
-Asam, garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

Cara-Menyediakannya:

1.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga agak kering.

2.Masukkan isi kerang, kemudian masukkan santan. Masukkan hirisan daun
   kunyit, daun limau purut, asam, garam dan gula secukup rasa.

4.Bila agak pekat, masukkan kerisik dan biarkan selama 5 minit di atas api
   sehingga pekat, baru diangkat.

Versi 2

Bahan
1 kg kerang
1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
2. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti kerang akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.


Versi 3

kg kerang - direbus dan dikupas
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1 keping asam gelugur
1 paket santan
sedikit santan parut

bahan2 dikisar
15 tangkai cili kering - direbus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 batang serai

masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga masak.

Versi 4

BAHAN 1
1 KILO KERANG (DIREBUS, KOPEK PASTU BASUH DAN TOSKAN BIAR KERING) -

BAHAN UNTUK DIKISAR/BLENDER
10 TANGKAI CILI KERING
10 TANGKAI CILI API (PADI) - NI MAK MERTUA SLALU BUATLAH, SAYA OMITKAN
1 INCI LENGKUAS
1 INCI KUNYIT HIDUP
1 INCI HALIA
3 BIJI BWG BESAR
5-6 ULAS BWG PUTIH
3-4 BATANG SERAI
1 SUDU BESAR KETUMBAR
1 SUDU BESAR JINTAN (APA2 JINTAN PUN BOLEH)

GARAM & GULA
SANTAN DARI SATU BIJI KELAPA
1 -3 HELAI DAUN KUNYIT DIHIRIS HALUS
MINYAK UNTUK MENUMIS

CARA
1. MASUKKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN YANG DIKISAR TADI HINGGA NAIK BAU.
2. MASUKKAN SANTAN BIAR HINGGA MENDIDIH
3. MASUKKAN KERANG, GARAM DAN GULA
4. 2-3 MINIT SEBELUM NAK TUTUP API MASUKKAN DAUN KUNYIT KACAU BIAR RATA
5. TUTUP API DAN HIDANGKAN

nhuda Publish time 13-4-2007 02:31 PM

IKAN HARUAN MASAK LEMAK CILI API

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/CiliapiHaruan.jpg
Bahan
3 ekor ikan haruan
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 kuntum bunga kantan
10 biji belimbing buloh
Bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan haruan dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selam beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan


IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Ikan Keli - disalai

ditumbuk:
serai[yg ni tumbuk kasar2 je..masukkan dlm lesung lepas cili dgn
cili padi kampung
kunyit hidup

santan secukupnya
daun Kunyit ataucekur
garam secukup rasa
asam keping - jika suka

masukkan bahan yg ditumbuk..renih dgn air sampai agak2 je lah sampai pedas cili tu mati..takyah la lama sgt..then masukkan santan n daun kunyit/cekur
kacau kejap then masukkan ikan..jaga kuah jgn sampai pecah minyak
perisakan garam secukup rasa

masak lemak cili api yg ori mmg tak taruk bawang.. tp kalau suka..taruk je..takde hal punya
me penah tgk orang Beranang masak lemak cili api taruk Bawang besar dgn byknya..sedap gak sebab manis bawang tu masuk dlm kuah

[ Last edited bynhuda at 13-4-2007 04:27 PM ]

nhuda Publish time 18-4-2007 10:43 AM

SAMBAL UDANG KERING NENAS

Bahan ni main agak2 je ya.. ikut le suka..

Cili Kering
Bawang merah
Bawang Putih
Udang kering
Nanas

1. tumis mcm sambal biasa.. tapi instead of ikan bilis ganti dgn udang kering
2. Masukkan nanas... masak hingga kering...

nhuda Publish time 18-4-2007 02:04 PM

GULAI IKAN KERING NENAS TUMIS DARAT
selalunya orang utara yang pandai masak...

Bahan:
Beberapa keping tulang dan isi ikan talang masin
3 sudu besar rempah kari ikan
5 cawan santan
1/4 biji nenas..............]
1 batang lobak merah...] dipotong kecil
2 biji terung bulat........]
4 batang kacang panjang] dipotong pendek
3 biji kacang bendir ]
2 biiji tomato buah.......belah 4

Bahan tumis:
2 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah ........] mayangkan
3 ulas bawang putih............]
1 sudu kecil halba campur atau halba tumis

Cara:
1. Reneh semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk sehingga mendideh.
2. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
3. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
4. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
5. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak

nhuda Publish time 18-4-2007 03:28 PM

MASAK SARDIN DENGAN NENAS

http://i107.photobucket.com/albums/m307/ciku_nunu/DSCN4565.jpg

bahan:
bawang putih, bawang merah, bawang besar- dimayang
satu tin sardin
nenas- potong nipis
carrot- potong panjang
sos tiram
sos cili

cara:
- tumis bawang sampai wangi
-masukkan sos tiram
-masukkan keret ngan nenas
-masuk sardin
-kalau nak kuah banyak, tambahkan air
biar menggelegak
siap!!!

Kacip_Fatimah Publish time 10-5-2007 10:18 AM

Wok-cooked Fragrant Mussels
Sumber : Jamie Oliver

Serves 4-6

2kg / 4 1/2 lb best live Mussels
Olive oil
2 cloves of garlic, finely sliced
3 sticks of Lemon grass, outer leaves removed, finely sliced
2 fresh chillies, red, green or both
3 tablespoons finely sliced ginger
2 handfuls of fresh coriander, pounded or finely chopped
1 tablespoons sesame oil
Salt and freshly ground black pepper
5 Spring onions
Juice of 3 limes
1 x 400ml tin of coconut milk

Place your mussels with a couple of lugs of olive oil in a large, very hot wok or pot. Shake around and add the rest of the ingredients, apart from the lime juice and coconut milk. Keep turning over until all the mussels have opened - throw away any that remain closed. Squeeze in your lime juice and add your coconut milk. Bring to the boil and serve immediately.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8]
View full version: [kompilasi] MAKANAN LAUT


ADVERTISEMENT