af_mania Publish time 29-12-2015 10:11 PM

[edisi meletop ke?] Fazura ditelanjangkan dalam Langit Cinta

Oleh Ina Mohd

Filem Langit Cinta membuka tirai tahun 2016. Bakal ditayangkan diseluruh pawagam berhampiran bermula 7 Januari 2016. Membariskan pelakon-pelakon hebat iaitu Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan, Dian P Ramlee, Normah Damanhuri, Ammar Alfian Aziz, Aida Khalida, Zaidi Omar, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Filem arahan Osman Ali ini mampu merobek hati anda. Lakonan terbaik Fazura membuatkan anda rasa bagaimana peritnya merindu.

Anda juga dapat saksikan betapa mudah Keith Foo mengalirkan airmata. Perasaan berperang Farid Kamil dalam menagih cinta Fazura. Begitu juga lakonan mantap dari Fauziah Datuk Ahmad Daud. Seorang pelakon yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan lakonannya. Dalam pada menerima tawaran daripada Osman Ali untuk Langit Cinta, Ogy sempat berkongsi bahawa beliau hampir-hampir tidak berlakon filem tersebut.

“Saya hampir tidak mahu berlakon dalam Langit Cinta kerana ketika itu anak saya masuk hospital akibat denggi. Tetapi Osman sanggup tunggu saya. Dan akhirnya itulah Mak Piah dalam Langit Cinta. Saya puji Osman sebagai seorang pengarah kerana dia bijak. Dia satu-satunya pengarah yang menggunakan metafora untuk menterjemahkan sesebuah jalan cerita. Senang cerita dia faham bahasa filem. Untuk mendalami watak Mak Piah, saya tutup dunia saya, saya letakkan diri saya sebagai Mak Piah. Saya seronok berlakon di bawah arahan Osman dan juga pelakon-pelakon lain yang memberi komitment yang baik”, tutur Ogy.

Bagi Fazura pula,dia berterima kasih kepada Ogy kerana telah memberi tunjuk ajar kepadanya. “Saya banyak belajar aspek lakonan daripada Kak Ogy. Dia telah “mentelanjangkan” saya untuk membawakan watak Khadeja. Untuk membawakan watak Khadeja memang satu proses yang sukar. Ia memainkan emosi yang mendalam. Khadeja meragut jiwa raga saya. Penat menangis itu suatu perkara. Tetapi saya terima kasih kepada Osman selaku pengarah yang banyak membantu saya memberi dengan lebih untuk watak Khadeja”, cerita Fazura.



Apa pendapat uols tentang pembuka tirai layar perak 2016? Undi!

pauliza Publish time 29-12-2015 10:41 PM

storyline cliche sangat .kalo nak compare dgn manis nya cinta di cappadocia tu .

krustykrab Publish time 29-12-2015 10:41 PM

Apa maksud pajura tu?x paham aku:o

damian_lee Publish time 29-12-2015 10:41 PM

meols nak pegi tengok ......

tipuware Publish time 29-12-2015 10:43 PM

Baru perasan nama.watak fazKimK dlm filem ni sama.plak dengan bakal.permaisuri johor..

enchikfitz Publish time 29-12-2015 11:30 PM

Meols berkira-kira nak tgk movie ni. Dah 2 kali tertipu dgn nona tanjong siap tgk Pilot Cafe dgn Jwanita. :'(

adel7 Publish time 29-12-2015 11:43 PM

tak tahu la nak pegi tgk ke idok? sbb aku tak minat lakonan keith foo. tp suka tgk missfake berlakon. so mcm 50 50

aderaderker Publish time 30-12-2015 12:35 AM

Chup..
Ogy ada anak angkat ek?
Anak masuk hospital sebab denggi?

pinkzara Publish time 30-12-2015 12:57 AM

Tak tgk kot.
Tak suka genre airmata mcm ni.
Kalau jenis gedik2 pisau cukur,mcdc,iad..yg mcm ni i layan.

Bm7add9 Publish time 30-12-2015 01:35 AM

tipuware replied at 29-12-2015 10:43 PM
Baru perasan nama.watak fazKimK dlm filem ni sama.plak dengan bakal.permaisuri johor..

Mana sama. Ko tak baik merobek hati org weh. Watak dia Khadeeja.. Bakal permaisuri tu Cik Puan Khaleeda.. :lol:

cikuduku Publish time 30-12-2015 01:37 AM

jalan cerita sama je mcm cita lain. tapi org2 dalam hall masa preview aku tgk sungguh2 nangis. depa kesian kt fazura katanya. not bad lah kot.

nona_tanjong Publish time 30-12-2015 07:47 AM

Dua dua filem fazura ada langit tajuk dia. Langit cinta dengan Langit Terbelah di Amerika. Apa cer sambutan filem tu? Tengah tayang khabarnya kat indon.

fifie_olin Publish time 30-12-2015 08:42 AM

mcm x best jek...
keith foo nmpk busuk arrr

maxim Publish time 30-12-2015 08:49 AM

Boringnyer cite camni

Iols suka lagu dayang tu jah

myakayina Publish time 30-12-2015 08:52 AM

tak minat keith foo..

LavaUollss Publish time 30-12-2015 08:57 AM

nak tengok macamana fazura telanjang :$

Hessa Publish time 30-12-2015 09:10 AM

i bagi peluang citer ni ditayangkan dulu..dh tgk baru boleh komen:$

caplimau Publish time 30-12-2015 09:43 AM

hurmm honestly cerita melayu mmg pyh nk naik kot skrg ni..
so expect the expectations la kan..

offwhite Publish time 30-12-2015 09:44 AM

seminggu tayang kat pawagam terus masuk astro first...:lol:

arira_arora Publish time 30-12-2015 09:46 AM

die mybe aktes yg bagus.. tp aku tk suke the way dia lontarkan suara die.. terlalu urban...tk mcm gadis kg..
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: [edisi meletop ke?] Fazura ditelanjangkan dalam Langit Cinta


ADVERTISEMENT