CARI-HBZ Publish time 29-12-2015 06:20 PM

6 Cara Tenangkan Bayi Yang Sedang Menangis



Oleh : Dean BZ




Sudah menjadi lumrah manusia pasti akan menangis. Punca menangis adalah disebabkan beberapa perkara seperti kesedihan, kesakitan dan macam-macam lagi. Namun bagi bayi pula, mereka akan menangis kerana beberapa sebab seperti mahukan makanan/susu, kepanasan atau tidak selesa. Tangisan merupakan satu cara bayi untuk memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/29/182309p898883wijdd8558.jpg



Sebagai ibu atau bapa, adalah perlu bagi anda untuk mengetahui sebab dan cara menenangkan bayi ketika mereka menangis. Ini adalah antara cara-caranya, dipetik dari babycenter.com.my :



#1 - Bedungkan dia dan peluk dengan kuat
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/29/181734e8ojgkkrueukosp4.jpg
Foto : grosirtepunggasol.com



#2 - Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

#3 - Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

#4 - Cuba kaedah urutan
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibatangin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

#5 - Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.


#6 - Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.





Inilah enam cara mudah untuk menenangkan bayi yang sedang menangis. Semoga tips ini dapat membantu, terutamanya bagi yang bergelar ibu bapa. Usah sesekali panik, kenalpasti punca dan cubalah cara diatas. - CARI Infonet.






ISTRIMITHALI Publish time 30-12-2015 12:50 PM

ooww.. faham.. best nye klau dpt baby lg..

mbhcsf Publish time 8-2-2017 06:07 AM

on the ground okay

butraungan35 000 feet above sea leveldalam kelajuan ground speed 978 km / jam

amatlah menguji kesabaranibu bapayg i pernah tengok

cayalah

maaanakautau Publish time 8-2-2017 09:50 PM

mbhcsf replied at 8-2-2017 06:07 AM
on the ground okay

butraungan35 000 feet above sea leveldalam kelajuan ground speed 978 km...

Hang nanti kalau Dah bernikah...kalau ler.....dan dapat anak, kalau ler.....dan nak pi travel...pastikan kasi Anak tuh sleeping pills for baby.......kalau Tak mo...you better don't take the same row of seats with me......else manak akan pastikanHumban hang dgn your baby kat the luggages deck.....of the plane

Ngerti??

:lol:
Pages: [1]
View full version: 6 Cara Tenangkan Bayi Yang Sedang Menangis


ADVERTISEMENT