bianglala Publish time 29-12-2015 10:24 AM

Buah Keriang @ Keriyang Dot

Edited by bianglala at 9-1-2019 10:45 PM

Buah keriyang dot atau disebut juga buah keriang merupakan pokok saka yang dikategorikan sebagai buah nadir. Biasanya pokok keriang dot hanya tumbuh di kampung atau tumbuh liar di dalam hutan dan banyak terdapat di utara semenanjung terutama di negeri Perlis.
http://2.bp.blogspot.com/_YFYRxmS-zVQ/Shj8FbsK82I/AAAAAAAADCM/AbP-gl4bcYw/s1600/keriangdot1.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-gtIfByunETQ/Vl_k0TDcZ3I/AAAAAAAAH_A/B2wylI92W_c/s1600/kd3.jpg


Pokok keriyang dot dikatakan hanya berbuah sekali dalam setahun dan berbunga sekitar bulan Mac – April dan berbuah sekitar bulan Mei – Jun. Buahnya berbentuk seakan buah anggur hitam panjang bujur berukuran 1.5-2 × 0.6-0.8 cmdengan isi yang boleh dimakan dengan satu biji benih ditengahnya.
https://zalzazilahfahraahmad.files.wordpress.com/2012/02/20101216123432-764b1e12.jpg
http://btpnkedah.moe.edu.my/imejan/upload/2012/10/03/20121003122509-09366052.jpg
http://btpnkedah.moe.edu.my/imejan/upload/2012/10/03/20121003122443-1495168b.jpg

Merujuk kepada wikipedia, keriyang dot juga dikenali dengan nama pokok jambu arang atau nama saintifiknya (Eugenia claviflora Roxburgh) yang merupakan pokok saka berkayu. Pokoknya boleh mencapai ketinggian hingga 20 meter yang mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau merah. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi merah apabila matang dan boleh dimakan.Rasanya masam, pahit dan kelat tetapi manis apabila buah benar-benar masak apabila ianya bertukar warna hitam.

Buahnya mengandungi banyak kandungan air yang mampu meninggalkan kesan warna merah apabila terkena baju dan juga kesan warna hitam di lidah ketika memakannya. Dikatakan juga buahnya kaya dengan khasiat dari segi perubatan.
Kredit : JPN / BTPNK

Ipo Publish time 29-12-2015 10:56 AM

Edited by Ipo at 29-12-2015 09:58 AM

alaaaaaa..........................LALA..sedapnya lahai...dah lama ipo tak makan buah ni tau..
buah kerian ni memang fav ipo masa kecik...
makan dengan cuka + gula+ Garam+cili padi+Belacan..
gaul buah ni dalam campuran cicah tu..sampai tukar warna..penyek2 sikit buah tu..ipo makan betul2 bawah pokok ni..tepi sawah..sebelah pokok ni pulak, pokok durian..sekarang dah tak ada...
ya Allah......tak sedar kerbau arwah ayah dah terlepas tali...kihkihkih..;P

balik rumah kena marah..sebab ayah kena cari kerbau tu semula..2 ekor...


raya lepas...ipo ada balik kampung,
singgah kat satu restoran...Restoran Pokok Kerian namanya
sebab dipayungi pokok kerian ni..
satu2 nya pokok kerian yang masih ada di kawasan tu..
dapat ambik tiga tangkai buah ni..buat hilangkan mengidam..

tapak rumah kat kampung sekarang ni dulunya penuh dengan pokok ni la..huhuhu...


balik kampung nanti, nak pergi restoran pokok kerian tulah...hehehe

Ipo Publish time 29-12-2015 11:04 AM

Edited by Ipo at 29-12-2015 10:09 AM

satu lagi buah yang seangkatan dengan buah kerian ni..buah mertajam ipo panggil..
manis kelat rasa buah tu..
bentuk dan tangkai lebih kurang macam buah kerian ni


Farini Publish time 29-12-2015 11:15 AM

Ipo replied at 29-12-2015 11:04 AM
satu lagi buah yang seangkatan dengan buah kerian ni..buah mertajam ipo panggil..
manis kelat rasa...

ni macam kembar tak seiras dengan buah keriang. mungkin di bukit mertajam dulu banyak buah ni kut? :lol:

Farini Publish time 29-12-2015 11:16 AM

sebijik macam anggur hitam buah keriang ni

Ipo Publish time 29-12-2015 11:18 AM

Farini replied at 29-12-2015 10:15 AM
ni macam kembar tak seiras dengan buah keriang. mungkin di bukit mertajam dulu banyak buah ni kut? ...

heheh..itulah farini..
masa kecik dulu selalu tanya mak..kenapa panggil buah mertajam?
kan mertajam tu nama tempat di penang..:lol:

banyak kat kampung saya..
ada satu pokok besar depan rumah mak sedara, tepi jalan..lebat sungguh buahnya..
balik sekolah, kait dengan galah...hehehhe;P

la ni dah tebang sebab nak besarkan jalan kekdahnya..

bianglala Publish time 29-12-2015 02:08 PM

Ipo replied at 29-12-2015 10:56 AM
alaaaaaa..........................LALA..sedapnya lahai...dah lama ipo tak makan buah ni tau..
buah...

makan dengan cuka + gula+ Garam+cili padi+Belacan..
gaul buah ni dalam campuran cicah tu..sampai tukar warna..penyek2 sikit buah tu.
amboi Ipo.. TERRRnostalgia gitu bila tengok gambar buah keriang.... kita tak tak pernah pun nampak buah ni, dan tak pernah rasa.. cuma rasa macam menarik fakta bila makan tu, lidah jadi hitam? boleh la takutkan orang kan. ;P

macam selalu berbuah pokok ni? kalau tanam banyak-banyak, meredupkan jugak kot kan.

Ipo Publish time 29-12-2015 03:19 PM

bianglala replied at 29-12-2015 01:08 PM
amboi Ipo.. TERRRnostalgia gitu bila tengok gambar buah keriang.... kita tak tak pernah pun namp ...
of kos la LALA...
kenangan manis/pahit zaman sekolah rendah...
balik sekolah, petang bermain kat tepi sawah..bawah pokok kerian ni..sambil jaga kerbau;P
batang pokok kerian tu sepemeluk orang tua besarnyatapi ada lekuk2..
sebab tulah boleh panjat..ambik buah tu..:lol:
dah standby dengan colek (gula, garam, cuka, cili, belacan)..

ya, pokok ni selalu berbuah..kalau musim panas...lagi sedap buahnya..

bianglala Publish time 29-12-2015 03:25 PM

Ipo replied at 29-12-2015 03:19 PM
of kos la LALA...
kenangan manis/pahit zaman sekolah rendah...
balik sekolah, petang bermain kat ...

hehe. dapat membayangkannya, seronok sungguh rasanya kan dulu-dulu. selalu berbuah memang puas la makan dengan colek.

buah ni kalau jual kat pasar mesti ramai yang tanya, buah apa. tak kenal kaedahnya.

mamigonzales Publish time 31-1-2016 01:09 PM

memang kena marah la kalau kena baju bila makan buah keriang... lidah, jari semua cam purple gelap. sama gak bila makan buah janggus, meleleh jus sampai siku kena baju, sure kena marah sebab basuh tak hilang, tapi lidah jari tak ada apa2 kesan.
Pages: [1]
View full version: Buah Keriang @ Keriyang Dot


ADVERTISEMENT