seramado Publish time 28-12-2015 05:44 PM

Petua Hilangkan Ketuat

Ketuat secara lazimnya merupakan ketumbuhan kecil yang tumbuh di permukaan kulit. Selalunya ketuat akan tumbuh di bahagian jari tangan dan kaki. Bahkan ada juga yang tumbuh di bahagian muka atau betis.
Ketuat tidaklah berbahaya kepada kesihatan seseorang. Namun ketuat boleh berpindah ke orang lain jika berkongsi pakaian. Bukan itu sahaja, ketuat juga boleh merebak ke bahagian lain jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat.
Kebiasaanya, ketuat ini akan hilang atau gugur sendiri selepas enam hingga 12 bulan. Ia juga tidaklah berasa sakit, tetapi mungkin bagi sesetengah orang ketuat adalah satu benda asing yang menjelekkan.
EH! kali ini kongsikan sedikit petua untuk menghilangkan ketuat.
Petua 1Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.
Petua 2Gunakan kapur sirih untuk disapu ke atas ketuat. Biarkan ia mengering sendiri. Amalkannya sehingga ketuat mengering dan gugur dengan sendirinya.
Petua 3Ambil daun kesum dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan sebatikannya. Sapu campuran tersebut ke atas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkannya sehingga ketuat gugur sendiri.

-EH.

Nenasketum Publish time 20-4-2016 01:09 PM

Petua no 1 macam azab sakitnya. Facial scrub tak boleh ke

yayah8989 Publish time 2-5-2016 11:09 PM

Nenasketum replied at 20-4-2016 01:09 PM
Petua no 1 macam azab sakitnya. Facial scrub tak boleh ke

ler kan ade 3 option...
Pages: [1]
View full version: Petua Hilangkan Ketuat


ADVERTISEMENT