nenekglamer Publish time 24-12-2015 07:13 PM

Orang 'guna' CC kita. Apa yang kita boleh cuba buat dulu?

Edited by nenekglamer at 24-12-2015 07:14 PM

Dah ada thread berkaitan, tapi aku nak highlight something else... izinkan yea momod..

Ok.. Perkara ni baru je berlaku pada aku semalam.Jam 12.48 tengahari aku dapat msg kt HP yang aku ada 'beli' barang dari SKATEONE bernilai USD167.61.kalau tukar kpd Ringgit, jumlahnya around RM800 gitula.. which is a lot to me.

Apparently, maklumat kad kredit aku telah dicuri dan diguna penjenayah.First time perkara ni berlaku setelah 8 tahun aku guna CC tanpa prob.

Immediately bila aku baca msg tu (dlm pkl 1 tghri) aku terus call bank and kad aku terus dicancelled. Ok fine. Bank cakap, bila jumlah tu muncul dalam statement, aku kena isi borang dispute bla bla bla... dalam 45 days, kalau mmg pihak bank yakin aku tak guna, amaun tu akan dapat kt aku semula. Bank akan suruh merchant pulang balik jumlah tersebut. In the mean time, toksah bayar the amount


Tapi aku tak puas hati kerana.


1. Penjenayah tetap dapat apa yang diidamkan - what the heckkk???
2. Aku akan tetap kena bayar part of the interest fee sebab biar amount tu dalam account tanpa dibayar
3. There is 100% NO GUARANTEE yang aku akan dapat balik the amount - there is a possibility yang aku akan kena bayar the amount in the end.


Sambung

nenekglamer Publish time 24-12-2015 07:13 PM

So, what did I do?

1. Berdasarkan maklumat dalam hp aku, lepas called bank, aku quickly browsed nama merchant yang tertera dalam HP aku - SKATEONE. Yang aku jumpa adalah satu website jual barang2 skateboard (www.skateone.com) berpengkalan di USA. Masa purchase tu (Jam 12.48 tghari) adalah dalam pukul 7++ petang waktu California (the website base) dan waktu operasi website tu adalah jam 9am-5pm waktu USA. I read that barang2 yang diorder sblm pkl 12 tghari akan dipos the same day. So, yang pasti (kerana different time zone), order aku masih belum di'terima' lagi oleh merchant. Maka, jumlah USD167.61 masih belum di 'capture' lagi oleh merchant and it's still floating.
2. Skateone is a legit website. Ada pautan untuk contact and ada option untuk cancel order. Aku terus tulis email pada website tu - tentang the purchase - maklumat dalam HP aku ada bagi #order sekali. Aku inform pada merchant tu yang order tersebut dibuat menggunakan cloned credit card. Aku lampirkan sekali no CC aku (it does not matter now sbb kad aku pun dah kena cancelled kan), nama tertera dalam kad dan lokasi aku. In case merchant takmo percaya, aku bagi sekali my email add dan my ph# serta no contact cc issuing bank kalau dia nak clarification ke apa. Aku minta merchant cancel the order and refund the amount.
3. In case merchant lambat balas - and sempat ship dulu barang - my second plan is to call the merchant myself - website tu ada provide ph#. A toll free and aku try dial and mmg got through - nasib baik aku tak percaya cakap representative telekom bulat2 yang the call cannot go through and decided to try dial dulu -- tapi masa tu, awal subuh, so takde sapa customer service yang angkat hehehehe...

aku set jam, 3 pagi aku bangun and cek email. Alhamdulillah.. syukur tak terkata, merchant replied my email and informed aku, "the order has been voided". and tertera juga nama representative skateone dengan phone# dia sekali. senang nak contact lah..

Aku cek apa makna 'order has been voided'.. that was when I understood lah.. kalau kita beli sesuatu item using card, and the transaction berjaya, merchant akan diberi certain key pin untuk key in untuk capture/amik the amount yang bank dah allocate untuk dia, in my case, USD167.61. Merchant key in the pin# and the amount masuk dalam acc merchant. In my case, merchant click the 'void' button which will cancel the transaction (kalau ikut pemahaman aku la), so the amount will not get into merchant's acc and will float sampai 7 hari then the amount will be dropped - the amount should not appear in my statement as if it never happen. Perasan tak bila kita beli apa2 guna CC - for those yang guna internet banking utk bayar cc bill - the amount takkan tertulis right away kt billing kita.

Walaupun rasa lega, aku nak kepastian. I called my bank again later on and bank cakap, the amount tu floating je sekarang - merchant tak capture - I need to wait 7 days and check my online bill untuk bebetul pasti.

Ok sambung


nenekglamer Publish time 24-12-2015 07:23 PM

Pengajaran yang aku dapat dalam kes ni adalah, sebagai owner CC kita cuba on our part (lepas batal CC) untuk cancel the order.We must IMMEDIATELY contact the merchant untuk cancel the order dengan proofs yang kita ada untuk cancel the order. Selagi merchant tak 'capture' the amount given, selagi tu tak akan bebetul di charge ke account kita.

kalau ikutkan, rep bank cakap tunggu sampai bil datang etc.. mmg saje je nak kutip partial interest charge dari customer agaknya derang nih. I called the bank twice and both reps nasihat yang sama - tunggu bill sampai. Tapi bagi aku, sebagai CC owner, we should take matters in our own hands as much as we can.

In my case, aku tunggu 7 working days and kalau masih takde amount tu dicharge kt CC bill aku, maka aku selamat la kot. Will update.

Sambung lagi nanti.

imransulaiman Publish time 24-12-2015 07:29 PM

Sebelum sambung, aku nak say thank you very much for your story! Memudahkan urusan orang lain kalau kena kat sesiapa... :$

jazaa100 Publish time 24-12-2015 07:43 PM

imransulaiman replied at 24-12-2015 07:29 PM
Sebelum sambung, aku nak say thank you very much for your story! Memudahkan urusan orang lain kalau...

iya kannn....

bagus tt cerita kat sini...

TQ tt...sila sambung lg....

missus_meow Publish time 24-12-2015 08:13 PM

tq for the info .... hrp dpt settle ur problem n find out makhluk mana yg guna ur cc ....

mommymonster82 Publish time 24-12-2015 08:34 PM

Wah..tq nenek for the info..takutnya....pasni kena hati2..btw leh tau cc bank mana nenek guna..bagusnya dia bagi info gitu...

encikWawad Publish time 24-12-2015 09:02 PM

TT leh tak nak tanya bank apa yg TT pakai?

Iols dulu pernah keje bank - bahagian cc - actually kalau kes fraud ni - bank akan closed acc - bukan cancel card - and then bila dah dispute tu - bank akan bagi coverage of same amount - kalau transaction masih pending kena lah tunggu sampai merchant claim or void kan trx tu - kalau pending - apa pun tak leh buat - kalau masuk dalam bill sekalipun kena interest cm masih boleh demand waiver - yang penting dengar nasihat pegawai bank - kalau ikut fikir kita mmg kadang bank ni tak logik -

krustykrab Publish time 24-12-2015 09:20 PM

Bagus information yg nenek share ni

CrowneGlory Publish time 24-12-2015 09:21 PM

Bukan CC je boleh kena ye...debit card huby aku pun kena...bile check charged di mana...australia...

Mcm mana la dorg bole dpt no2 yg patut dorg masukkan utk online charging ni...

nenekglamer Publish time 24-12-2015 09:34 PM

imransulaiman replied at 24-12-2015 07:29 PM
Sebelum sambung, aku nak say thank you very much for your story! Memudahkan urusan orang lain kalau...

hehe.. i feel that I need to share this..

Mungkin nasib aku sedikit baik sebab dapat detect merchant online based on the information given on the phone.

Actually, I wasn't even sure if it was the same merchant... tapi dah desperate punya pasal, redah je lah.. hehehe..

Like I said, mende ni berlaku semalam, merchant informed yang the order dah dibatalkan dan duit aku dia tak ambil, and bank kata the amount masih floating. I need to wait another 6 working days untuk pastikan bebetul jumlah tu tak di amik merchant..

Doakan yea...

nenekglamer Publish time 24-12-2015 09:36 PM

missus_meow replied at 24-12-2015 08:13 PM
tq for the info .... hrp dpt settle ur problem n find out makhluk mana yg guna ur cc ....

Np :)

My next step is to lodge a police report kot... I have the merchant's personnel and contact number. And for sure, penjenayah tu ada provide some information kepada merchant - name (kalau dia tak cerdik, dia guna nama betul dia), shipping address etc... Kalau merchant tu nak disclose kt polis Malaysia kan.. who knows..

Doakanla my prob settled ya. Tq

skyreds Publish time 24-12-2015 09:39 PM

thank for sharing TT ... well done :D   

nenekglamer Publish time 24-12-2015 09:42 PM

mommymonster82 replied at 24-12-2015 08:34 PM
Wah..tq nenek for the info..takutnya....pasni kena hati2..btw leh tau cc bank mana nenek guna..bagus ...

Np :)
Mmg takut and rasa ragu2 dah nak guna CC sekarang.. selalu guna cc beli barang kt pasaraya yg besar2 and online purchases juga (tapi hanya using my own laptop)

replacement akan dihantar minggu depan katanya..

Some online purchases akan require msos number yang akan dihantar kt hp kita, tapi kata rep bank, some websites tak require msos etc ni sbb nak kurangkan traffic. So, it does not help curb cc cloning problem lah kan.

Bank kepala rimau..

mmg dari dulu lagi ada je org dok call minta no CC bank kepala rimau ni. Adakah orang dalam bank kepala rimau ni jual info CC pelanggan?

Tapi mmg tak pernah layan pon.

Saje bersangka buruk nih hahaha..


miz_butcher Publish time 24-12-2015 09:48 PM

Terbaik tt share pengalamn mcm ni... Tak pernah kena lagi tp kena berwaspada lah mana tau benda nak jadi kan at least dah ready nak buat apa yg patot...

nenekglamer Publish time 24-12-2015 09:57 PM

encikWawad replied at 24-12-2015 09:02 PM
TT leh tak nak tanya bank apa yg TT pakai?

Iols dulu pernah keje bank - bahagian cc - actually ka ...

bank kepala rimau

I cannot say for sure that I dah selamat.

Cuma, email pembatalan order tu saya dah hantar almost immediately after the order has been made. website tu pun ada option untuk cancel order. then, order dibuat masa out of business hour and request pembatalan juga dibuat almost immediately. So, order belum diprosess, dah minta dibatal. The representative website tu balas my email and thanked me for the notification and told me that the order has been voided (I checked my email jam 3 pagi malaysia/jam 10 pagi california). Then, lebih kurang pkl 1 ptg waktu malaysia (8malam waktu california), saya call bank semula and dia kata amount tu masih floating.Dia cakap wait 7 working days lagi, and it should be dropped (sekiranya merchant tak amik duit saya).

yes, I was told by the bank interest charge tu akan dapat waiver, tapi kalau tak salah dengar (tengah panik kan), saya takkan dapat full waiver, only partial. Anyone can clarify?

Saya mmg cakap pada bank yang saya akan cuba batalkan sendiri purchase tu dengan merchant dulu sebelum isi borang dispute - mana tau dia boleh batalkan - and bank kata it's OK to do so, and so I did.

I think sebab pembatalan dibuat almost immediately sebelum derang sempat amik duit kita, so, tak de issue kena refund lah (because the money never left the account) That's my understanding. I just hope I am right. Order cancelling ni perkara biasa dalam online shopping. kalau kita cepat cancel order, insyaallah OK jek..

Honestly saya tak sure selamat or tidak bagi no CC yg dah dibatalkan tu pada merchant for reference - tapi since bank cakap no CC baru akan totally berbeza... takpe kot? Hahaha

Keeping my fingers crossed.

nenekglamer Publish time 24-12-2015 10:09 PM

CrowneGlory replied at 24-12-2015 09:21 PM
Bukan CC je boleh kena ye...debit card huby aku pun kena...bile check charged di mana...australia... ...

woah scary nya.. debit card pun boleh kena juga ke? your hubby biasa purchase guna debit card ke?

kalau ikut nasihat bank.. bila kena kes macam ni, kalau bank aku la cakap, first step call bank dan cancel, dan kedua, tunggu statement sampai dan isi borang dispute.. and wait...

kalau ikut mentality aku yang tak berapa betul ni.. first step call bank dan cancel card, second step, immediately cari merchant tu dan berusaha untuk cancel the order sendiri since kita card owner, and lodge police report mana tau merchant boleh bekerjasama dengan polis..., tapi sekiranya amount tu kena charge juga lepas tunggu 7 working days, isi borang dispute dan tunggu...


nenekglamer Publish time 24-12-2015 10:14 PM

miz_butcher replied at 24-12-2015 09:48 PM
Terbaik tt share pengalamn mcm ni... Tak pernah kena lagi tp kena berwaspada lah mana tau benda nak...

Hehee.. np :)

Sampai sekarang dok terfikir2 macamana boleh berlaku.. I think I've been careful enough.. ntah la..

nenekglamer Publish time 24-12-2015 10:26 PM

Sambung.

Tadi log in online banking.. Checked my CC.. yep, no CC dah BERTUKAR baru hehehe.. laju betul hahah..

And I checked my CC bill online, so far, tiada charge USD167.61 lagi. Kalau ikutkan kata bank masa saya call tadi, I would have to wait another 6 working days to be sure... Dia macam confident yang transaction mmg batal.Ntah..

I think beza this case adalah merchant sendiri yang batalkan order atas permintaan card owner (like any normal online purchase) dan penjenayah tak dapat memiliki barang yang diidamkan.Tak mustahil yang penjenayah tahu akan MO bank.. tapi what matters adalah dia dapat barang yang dia nak.. tu jek... yang mungkin rugi (menurut kata bank) adalah merchant... dan juga CC owner yang mungkin kena end up bayar partial interest charge (kalau aku tak salah dengar lah) walaupun dia tak perlu bayar the amount charged.

Fungsi bank dalam kes ini hanya lah cancel and reissue card.

tapi kalau aku salah please betulkan aku..

tq

miz_butcher Publish time 24-12-2015 10:35 PM

Yang pelik tu mcmn lah dorang boleh dapat detail cc kite..padahal tak penah pon swipe kat oversea.. Ke dorang blh detect dari kte beli online? Agoda, itunes sume tu?
Pages: [1] 2 3
View full version: Orang 'guna' CC kita. Apa yang kita boleh cuba buat dulu?


ADVERTISEMENT