eddlisa_uyuk Publish time 22-12-2015 02:51 AM

AKASIA : CINTA SI WEDDING PLANNER [ADI PUTRA,MIRA FILZA]

Edited by eddlisa_uyuk at 18-2-2016 02:46 AM

Cinta Si Wedding Planner



Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?


Jumlah episod: 28
Tarikh: 2016
Pengarah:
Terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd
Pelakon: Mira Filzah, Adi Putra, Shima Anuar

eddlisa_uyuk Publish time 22-12-2015 02:58 AM











cicicumel Publish time 23-12-2015 03:29 PM

amboi nama berangan sangat kan farez adryan....muka tua sgt adipotra..si Fadhlan tu bermisai trying too hard nk nmpak matured.muka comel budak je kalu xdak misai

duquesne Publish time 28-12-2015 01:12 PM

Adi Putra tu muka dah matured sangat... kalau compare dengan Mira ni... kena cari hero yang muda sikit... rasa macam tak kena pulak...

pauliza Publish time 28-12-2015 09:13 PM

duquesne replied at 28-12-2015 01:12 PM
Adi Putra tu muka dah matured sangat... kalau compare dengan Mira ni... kena cari hero yang muda sik ...

sama ,iols rasa kureng sebab nmpk ketara beza umur adi & mira filzah.x pasti sama ada adi nmpk terlalu matured ataupn mira filzah yg nmpk mcm bdk2.

watachiwa Publish time 29-12-2015 08:10 AM

suke lakonan mira filzah ni.. adi putra pon suke.. kire oke la pencen navy kan.. kire 30 ++ lah tu.. sape blakon jd shirah tu?
prime work ni kompeni sape?

eceh mcm lak soalan

rosa_canina Publish time 29-12-2015 10:02 AM

adaptasi lg ekk.. takpernah plk bc novel
hrp2 best

qis13 Publish time 29-12-2015 12:58 PM

cek in... lama dah tak tenguk akasia.. looking forwad nak tenguk cite ni sebab suka pelakon2nya:loveliness:

eija2013 Publish time 29-12-2015 01:06 PM

pauliza replied at 28-12-2015 09:13 PM
sama ,iols rasa kureng sebab nmpk ketara beza umur adi & mira filzah.x pasti sama ada adi nmpk ter ...

ai rasa sbb mira filzah tu yg nmpk budak2....masa adi dgn zara zya ok jer dia orang...nampak sepadan jerkk

pauliza Publish time 29-12-2015 01:09 PM

eija2013 replied at 29-12-2015 01:06 PM
ai rasa sbb mira filzah tu yg nmpk budak2....masa adi dgn zara zya ok jer dia orang...nampak sepad ...

iols pulak nmpk adi putra ,terus teringat papa iqbal watak yg super matured tu .walaupn buang misai janggut tetap bayangan syed iqbal al munasawah ;P

qis13 Publish time 29-12-2015 02:35 PM

teaser zoUUg_fZk50

qis13 Publish time 29-12-2015 02:37 PM

teasertJSXdT3tGZU

mrs_jebot Publish time 30-12-2015 10:15 AM

cicicumel replied at 23-12-2015 03:29 PM
amboi nama berangan sangat kan farez adryan....muka tua sgt adipotra..si Fadhlan tu bermisai trying...

hahaa..pon terpikir yg sama bila baca sinopsis..kemain nama memasing, verangan betol hahahhaa

watachiwa Publish time 30-12-2015 11:29 AM

hopefully adi x nampak tau sgt.. ke dlm novel mmg digambarkan hero berumur sket ??

cicicumel Publish time 30-12-2015 01:36 PM

OST drama ni si ippo lagi ke..korang x pasan ke lagu2 ippo ni semuanya sampling lagu2 letop Indon..smua sedap tp ada unsur lagu opick,d massive dll... choi sgt kan...sng kerja

cikmouse Publish time 30-12-2015 07:45 PM

Mujur heroin drama niee x kejung kayu..

shaahmad Publish time 30-12-2015 08:07 PM

Iols suka adi berlakon. Watak adi dalam cite ni kerek2 kan macam dalam cite zahirah.

shaahmad Publish time 30-12-2015 08:11 PM

watachiwa replied at 30-12-2015 11:29 AM
hopefully adi x nampak tau sgt.. ke dlm novel mmg digambarkan hero berumur sket ??

Tua kot. Askar pencen rasanya.

sayangselasih Publish time 30-12-2015 11:58 PM

dalam novel, dia imejin watak fariz tu bukan ke chinese look.. hahaha sekali dapat hindustan loookk..

watachiwa Publish time 31-12-2015 06:56 AM

shaahmad replied at 30-12-2015 08:11 PM
Tua kot. Askar pencen rasanya.

selalu navi umo 30 ke atas dah disaran pencen
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: AKASIA : CINTA SI WEDDING PLANNER [ADI PUTRA,MIRA FILZA]


ADVERTISEMENT