anniez08 Publish time 11-12-2015 01:37 PM

Rumah Warisan Penghulu Abdul Ghani

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:35 PM

Rumah Warisan Penghulu Abdul Ghani


http://2.bp.blogspot.com/-KkUe7zIypCU/T4JnQmqHOfI/AAAAAAAAAJc/ICDwmlSn-54/s760/natarri.jpg


Rumah Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid di Merlimau, Daerah Jasin, Melaka ini adalah antara Rumah Melaka tertua yang masih berdiri megah dan merupakan antara rumah Tradisional Melayu yang tercantik di negara ini. Ia mempunyai seni bina yang sangat unik dengan gabungan gaya seni bina Melayu, Cina dan Eropah. Skala rumah ini adalah jauh lebih besar dari ukuran lazim Rumah Melaka.


Rumah ini pernah didiami oleh seorang ketua masyarakat yang menjawat jawatan Demang atau Ketua Penghulu iaitu Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid dan anaknya Penghulu Natar bin Abdul Ghani. Segala peralatan perabot gaya Eropah seperti meja, almari, kerusi dan katil yang diguna pakai di dalam rumah ini berbeza dengan cara tradisional Melayu seperti kebiasaannya yang hanya duduk bersila.


Rumah persis Istana Melaka itu mula dibina pada tahun 1895 sebelum menjalani siri proses ubah suai dan siap sepenuhnya pada tahun 1918. Sesetengah penduduk Merlimau memberi jolokan rumah itu sebagai Istana Merlimau atau Rumah Merlimau.


Rumah ini mempunyai pelbagai unsur yang unik dan menarik. Rumah ini mempunyai pengaruh Palembang, Cina, India dan juga Bugis. Kepelbagaian ini di adaptasikan pada setiap ukiran rumah dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Rumah tradisional ini dikhaskan sebagai tempat kediaman keluarga.


Pada masa dahulu, rumah ini juga berperanan sebagai pusat pengurusan mukim yang turut menyediakan ruang memasak di belakang rumah, tempat untuk mengadakan mesyuarat pembesar, pusat perbincangan, perbicaraan dan penyelesaian masalah. Malah, rumah ini pernah dijadikan sebagai lokap atau penjara kepada pesalah sebelum mereka dihantar kepada polis.
Kesimpulannya, rumah tradisional ini mempunyai seribu satu sejarahnya yang tersendiri.



http://1.bp.blogspot.com/-p_v2OWbNWVk/VBhQNw6u3BI/AAAAAAAAHjU/Fvyjj4uwwYE/s1600/piu.jpg


http://3.bp.blogspot.com/-YgbFs1FcBfY/VBhQkyN5N1I/AAAAAAAAHjk/ilDiWG2Gs-c/s1600/nbg.jpg


http://2.bp.blogspot.com/-ft-8fDD_dR8/VBhQ0cOJagI/AAAAAAAAHj0/jHZ1LFTibE4/s1600/lki.jpg


http://3.bp.blogspot.com/-GA72rBKw93c/VBhQwEKQ_9I/AAAAAAAAHjs/b2Ra9ckQBMg/s1600/asqweds.jpg


http://3.bp.blogspot.com/-ejm798l3jzk/VBhQjAzvqJI/AAAAAAAAHjc/eLLNp2ltNq8/s1600/nb.jpg


http://1.bp.blogspot.com/-F35pTs_3AsU/VBhQ2Yr1ePI/AAAAAAAAHj8/JcoYJ9Sk2_w/s1600/cv.jpg

Farini Publish time 11-12-2015 02:05 PM

colourfulnya rumah ni. memang rumah warisan yang patut dipulihara. susah nak jumpa senibina mcm ni dah.

bianglala Publish time 12-12-2015 03:10 PM

rumah ni memang special ... diabadikan dalam satu poskad malaysia, poskad Yacine... gambar poskad tu, sebijik macam gambar first tu la..

mogwaii Publish time 16-12-2015 12:19 PM

beshnyaaa kalu dpt pi sini {:thumbo

-electrifying- Publish time 16-12-2015 02:34 PM

cantik senibina ukir rumah ni

mrizumi Publish time 15-1-2017 11:38 AM

Cantik..warna warni..baguslah terjaga..
Pages: [1]
View full version: Rumah Warisan Penghulu Abdul Ghani


ADVERTISEMENT