bianglala Publish time 10-12-2015 12:31 PM

Pokok Gora (Cola Nitida)

Pokok gora, gbanja cola, abata cola, cola goro, bitter cola (Inggeris) atau nama saintifiknya Cola nitida merupakan pokok tropika yang berasal dari hutan hujan Afrika Barat. Tumbuhan ini terkenal kerana kandungan kafein yang terdapat pada biji benihnya yang dipanggil kacang kola.

Anda mungkin tidak mengenal atau tidak pernah melihat tumbuhan ini, namun ianya sesuai ditanam di negara kita memandangkan iklim yang agak bersesuaian dengan tumbuhan ini yang memerlukan cuaca panas dan lembab. Ketika ini, pokok gora boleh dilihat tumbuh subur di Pusat Teknologi Florikultur dan Herba (PTFH) Serdang dan di Ladang Nasuha, Muar. Walaupun ia adalah pokok hutan tanah rendah, namun ianya juga telah dijumpai tumbuh pada ketinggian lebih 300 meter.

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t31.0-8/1960874_763115610413229_9171869389356937324_o.jpg

Cola nitida dibiakkan menggunakan biji benih yang perlu disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke dalam polibeg. Benih yang berusia 10 – 12 bulan sedia untuk ditanam di ladang. Melalui kaedah terkini, pembiakkan menggunakan cantuman atau keratan batang adalah lebih baik kerana boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat.

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t31.0-8/10604614_763115620413228_965652183194300977_o.jpg

Bunga jantan dan bunga hemaprodite keluar bersama dan bunganya berwarna kuning bergaris ungu di dalam kelopak bunga. Buah C. nitida berwarna hijau samaada terbentuk sebiji pada tangkai atau sekumpulan 2 hingga 8 biji setangkai yang berukuran diantara 8 hingga 15 cm panjang. Terdapat biji kola yang dipanggil kacang cola berukuran antara 4 hingga 6 cm panjang kotiliden dibawah lapisan kulitnya yang nipis dan berwarna putih atau krim.
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/t31.0-8/1932704_763115660413224_2279099606700959591_o.jpg
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/t31.0-8/1962184_763115753746548_4653698751981219744_o.jpg

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/t31.0-8/10661822_763115750413215_7224777541347773432_o.jpg

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfa1/t31.0-8/1939982_763115793746544_3545734582272789703_o.jpg

Biji mentah dikunyah sebagai perangsang dan mempunyai rasa yang pahit. Kacang kola digunakan untuk menghasilkan ekstrak kacang kola, yang merupakan ramuan dalam beberapa minuman ringan. Ada juga yang menggunakan biji C. nitida yang telah dihiris dan dikeringkan untuk dicampurkan ke dalam minuman bagi minuman kesihatan. Mengunyah kacang kola boleh mengurangkan rasa lapar. Kacang kola sering digunakan untuk merawat batuk dan asma. Kandungan kafein bertindak sebagai bronkodilator yang mengembangkan saluran udara pernafasan.

Biji kola mengandungi kafein, alkoloid dan theobromine yang agak pahit rasanya jika dimakan mentah namun ekstrak kola banyak digunakan dalam penghasilan beberapa minuman ringan, ubatan farmaseutikal dan makanan kesihatan. Bagi penduduk Afrika suatu ketika dahulu menjadikan biji kola sebagai hidangan tradisi yang dihidangkan kepada tetamu dengan mengunyah atau mengulum (chewing) untuk mendapatkan rasanya. Rasanya yang pahit akan bertukar kepada manis dan seakan rasa kopi akhirnya.

Apa yang pasti, dalam tahun 1800 seorang ahli farmasi di Georgia, John Pemberton telah menggunakan ekstrak kola dan coca dan mencampurkan dengan gula serta lain-lain bahan dan air berkarbonat untuk mencipta minuman ringan yang pertama yang disebut hingga kini iaitu ‘Coca–Cola’.

Sumber : JPN


anniez08 Publish time 10-12-2015 06:46 PM

owh.. asalnya coca cola dari pokok ni rupanya..

Ipo Publish time 10-12-2015 11:15 PM

wah...first time dengar nama pokok ni...
emm...cuma macam tak percaya je bubuh kacang cola ni dalam ramuan air coca cola..{:noseo
tapi buah ni nampak macam sedap:lol:

bianglala Publish time 11-12-2015 12:34 AM

Ipo replied at 10-12-2015 11:15 PM
wah...first time dengar nama pokok ni...
emm...cuma macam tak percaya je bubuh kacang cola ni dalam ...

kan, tengok isinya tu... macam sedap.

memang agak meragukan part letak kacang cola ni dalam coca cola. ataupun dulu-dulu je kot. ;P kena google google ni.

Pages: [1]
View full version: Pokok Gora (Cola Nitida)


ADVERTISEMENT