CARI-HBZ Publish time 10-12-2015 12:06 PM

Kajian : Tidur Bogel Boleh Kuruskan Badan? Jom Cuba

Oleh : Dean BZ




Kegemukan merupakan musuh utama sista atau golongan wanita. Bermacam cara dan diet dilakukan bagi memastikan badan sentiasa cantik dan menawan. Terbaru, ada satu cara yang "agak pelik" untuk menguruskan badan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/10/120532kc1ppi6ypyiy192p.jpg
Foto : womenshealthmag.com



Memetik dari portal Wanista,seorang penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha Turner, menyatakan anda boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel! Tidur tanpa pakaian boleh kuruskan badan? Pelik bukan? Malah boleh dikatakan tidak logik


Sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan, tulisnya.



Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut. Bukan itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur.


Dan sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya. Selain daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses penuaan.


Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif.



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/10/120359g0bttyixxrb8qpzg.jpg
Foto : kakgojes.com


Tak pastilah cara ini benar-benar berkesan atau tidak tapi tak salah mencuba kan? Mungkin rasa sedikit janggal apabila tidur tanpa seurat benang. Pastikan bilik terkunci rapi sebelum mencuba petua baru ini. Yang jenis kuat mengigau sampai boleh bangun berjalan tu, mohon jangan ngada-ngada nak cuba cara ini. - CARI Infonet.





plasterhati Publish time 10-12-2015 12:30 PM

Edited by plasterhati at 10-12-2015 12:33 PM

Ada yg dah cuba kem? :C:shutup:

Ipo Publish time 10-12-2015 01:51 PM

ini boleh mengundang jin asyik...;P

watie_na Publish time 10-12-2015 02:12 PM

nak komen. tapi tak mampu:$

pisangcis Publish time 10-12-2015 02:17 PM

logik lah jugak...lebih lebih yg bersomi..ialah si somi asik ajak bergusti selalu..mana tak tersentuh je on..jangan mare

setokinpurple Publish time 10-12-2015 05:57 PM

:lol: kalau rumah terbakar malam2 x sempat sarung apa2 lari bogel keluar rumah

mbhcsf Publish time 10-12-2015 08:14 PM

ada sokongan kajian ke ?

devilito2 Publish time 11-12-2015 10:58 AM

wow..... :P

haryatie Publish time 11-12-2015 11:48 AM

giler jerk..
hodoh jerk pun rupa nya..
jd apa2..lupa nak pakai kain baju..elok jerk kuar bogel
tak pun perompak masuk..(berkunci pun boleh jerk perompak masuk)
trus kena terkam..
mampusss...
eeee...xde ler nak mencuba benda yg bukan2
selama ni tidur berbaju xde pun gemuk

qronaldo7 Publish time 15-12-2015 10:35 AM

bukan nnti berair je ke. hbs cadar ;P

badan_idaman Publish time 13-1-2016 04:35 PM

boleh cuba jimat beli ubat kurus..hehe


badan-idaman.com

mdhelmi Publish time 13-1-2016 05:14 PM

jgn ikut petua tu
islam dah ajar mandi sebelum subuh

bangcak Publish time 15-6-2017 04:41 PM

https://img-9gag-fun.9cache.com/photo/a9r30GW_700b.jpg

Syahirah.H Publish time 16-6-2017 04:05 PM

siapa pernah cuba? betul ke tu?

isyafika Publish time 3-5-2021 01:43 PM

Syahirah.H replied at 16-6-2017 04:05 PM
siapa pernah cuba? betul ke tu?

Yup betul tu

Nizam_76 Publish time 6-5-2021 12:26 AM

Kalau yg dah kawin tidur bogel mmg mengundang kegeraman kepada suami la tengok isteri dah berbogel... Mesti kena terkam la... Tp kalau dh lps bersama tu masing-masing letih tido berbogel tu xtau la mcm mana plk kes mcm tu...
Pages: [1]
View full version: Kajian : Tidur Bogel Boleh Kuruskan Badan? Jom Cuba


ADVERTISEMENT