bianglala Publish time 5-12-2015 11:14 AM

Pokok Pancuran Emas

Edited by bianglala at 5-12-2015 11:15 AM

Pokok pancuran emas atau dikenali juga dengan nama pokok raja kayu atau golden shower tree dalam bahasa Inggeris yang nama saintifiknya Cassia fistula merupakan tumbuhan berbunga dari famili Fabaceae. Pokok pancuran emas dipercayai berasal dari India dan kawasan Asia Tenggara yang meliputi kawasan Selatan Pakistan ke timur Myammar dan Thailand serta Sri Lanka.

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t1.0-9/11880579_914530208605101_7110354295257418547_n.jpg?oh=2297ec010bdaee5fb1c7e72574b31d4d&oe=56E807B6&__gda__=1458089344_00808b78006771a5ed608a075fbc16e0

Di Malaysia, pokok ini banyak ditanam di kawasan kering dengan cahaya matahari penuh dan saliran yang baik. Ianya banyak ditanam taman-taman awam, sepanjang jalan bandaran dan juga lebuhraya. Ia mula berbunga sekitar bulan Mac hingga Mei dan Ogos hingga September kerana keadaan cuaca yang agak panas dan kering. Ketika ini separuh dari daunnya akan luruh dan digantikan dengan bunga yang berwarna kuning keemasan berjuntaian menyaksikan pemandangan yang sungguh menarik.

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/11870912_914530241938431_1160135895603425354_n.jpg?oh=3c99a1dc552c0e52cd17e4bfbc99e2ca&oe=57220F04&__gda__=1457022168_b4b23dc76119f61920a3e3ba47162288

Dalam perubatan Ayurveda di India, pokok pancuran emas dikenali sebagai aragvadha yang bermaksud pembunuh penyakit. Kulit batangnya dikatakan boleh merawat jangkitan kulit. Bukti penggunaannya sebagai ubatan herba telah dicatatkan di dalam teks ayurvedic sejak beribu tahun namun begitu terlalu sedikit kajian yang telah dijalankan dalam penyelidikan perubatan moden.

Di Thailand, pokok pancuran emas dikenali sebagai ratchaphruek yang bunganya dirujuk sebagai dok khuen dan merupakan bunga kebangsaan negara tersebut kerana bunganya yang berwarna kuning diangkat menjadi lambang kepada Raja Thai.

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/t31.0-8/11705437_914530228605099_3088004371528460650_o.jpg

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpt1/t31.0-8/11888545_914530291938426_2781255520846092754_o.jpg

Sumber : JPN


anniez08 Publish time 5-12-2015 11:27 AM

cantik pokok ni dgn bunga yg kekuningan...

Farini Publish time 5-12-2015 12:22 PM

ditanam berderet banyak-banyak memang cantik.

Ipo Publish time 5-12-2015 12:35 PM

oh nama pokok ni Pancuran Emas ke?

otw ke ofis...ada tiga pokok sebelum sampai ke IOI city mall...memang sentiasa berbunga
dari jauh dah nampak kuning bunga tu..{:thumbo

bianglala Publish time 5-12-2015 12:40 PM

Ipo replied at 5-12-2015 12:35 PM
oh nama pokok ni Pancuran Emas ke?

otw ke ofis...ada tiga pokok sebelum sampai ke IOI city mall.. ...

bayangkan kalau ada warna pink... purple... {:handsomeo

ip_lepat Publish time 7-12-2015 08:16 AM

pokok ni byk semut ;P

SuteraPurple Publish time 8-12-2015 02:25 PM

tepi ofis ada pokok ni tp tak banyak.
Pages: [1]
View full version: Pokok Pancuran Emas


ADVERTISEMENT