enchikfitz Publish time 4-12-2015 07:40 PM

Rumah Tangga Fasha Bergolak?

http://assets.bharian.com.my/images/articles/fashaj.transformed.jpg
KUALA LUMPUR: Rumah tangga pelakon terkenal, Fasha Sandha, dikatakan sedang bergolak sehingga mengheret beliau ke mahkamah ekoran keadaan itu.

Perkara berkenaan didedahkan sebuah portal berita yang mendakwa, keretakan rumah tangga aktres itu berpunca daripada campur tangan pihak ketiga.

Memetik sumber terdekat kepada pelakon drama bersiri, Selamat Pengantin Madu itu, laporan berkenaan turut memberitahu Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dikatakan dilihat mengunjungi sebuah pejabat agama, baru-baru ini.

BH Online bagaimanapun gagal menghubungi aktres yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai, 39, apabila beliau mematikan telefon bimbitnya.

Usaha menghubungi beberapa individu terdekat dengan ibu kepada dua anak itu juga tidak berhasil. Perkara berkenaan turut dikaitkan dengan pelakon, Nora Danish, yang juga bekas isteri Rizal, berdasarkan beberapa komen dan gambar dimuat naik di laman sosial Instagram.

Namun, komen dan gambar berkenaan sudah pun dipadamkan oleh Fasha. Menerusi pemerhatian ke atas akaun Instagram milik Fasha, BH Online mendapati beberapa gambar dimuat naik oleh bintang filem Anak Halal itu bagai meninggalkan tanda tanya, antaranya keterangan sekeping gambar seorang pendakwah terkenal yang berbunyi, "Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya."

Sebuah gambar lain yang menyaksikan dirinya bersama dua anak beliau berserta catatan, "Infiniti. Ibu, Rayfal dan Raysha", turut dimuat naik pelakon terbabit. Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2 tahun, serta Putri Raysha Jemyma, setahun. Sebelum itu, Jejai pernah berkahwin dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia tujuh tahun.



zeed Publish time 4-12-2015 07:48 PM

Stay strong fasha n family.. apa pon terjadi..apa pon jalan yang dipilih..

newyork Publish time 4-12-2015 09:45 PM

Susah bila keluarga mertua dgn ex campur tangan.. Tabah lah

yunayuni Publish time 4-12-2015 10:19 PM

Huntongla mak mertua syg hingga menutup mata..agak2 kl jejai kawen pompuan lain blh tak menantu baru ni hadap mcm fasha rasai..

miss_white Publish time 4-12-2015 10:38 PM

mata aku masuk habuk

Peya Publish time 4-12-2015 11:15 PM

Kalau itu yg terbaik biarlah cerai. Dr menanggung sengsara seumur hidup. Mkn dlm tgk pangai mertua n adik2 ipar ni

ariellin Publish time 4-12-2015 11:37 PM

Sedihnyaa

tagas Publish time 4-12-2015 11:47 PM

Welkam to da club..yg penting kita enjoyyyy ;P

lyza2474 Publish time 5-12-2015 11:11 AM

tiba2 rasa sedey...

mommymonster82 Publish time 6-12-2015 07:27 AM

Alah..benang sana dah kunci....

Kenala masuk sini..nak gak tahu perkembangan..
Sedihla dengar citer2 gaduh2 laki bini ni..
Moga semuanya baik2 aja...

mommymonster82 Publish time 6-12-2015 07:28 AM

yunayuni replied at 4-12-2015 10:19 PM
Huntongla mak mertua syg hingga menutup mata..agak2 kl jejai kawen pompuan lain blh tak menantu baru ...

Me xrasa lah sampai tahap tu..yg me nampak kes ni karats n haters yg lebih2...

Provoke org cakap yang bukan2 sampai org hilang sabar...

Hal keluarga org sibuk masuk campur mcm dorg pulak yang comolot tido sebantal

rainbowrainz Publish time 6-12-2015 12:29 PM

Zzzzzzzz :-$

hungryhenry Publish time 6-12-2015 06:02 PM

Sendu kat sini..benang yg dah katup tu teruk bergasak

zeed Publish time 6-12-2015 06:32 PM

Hahha.. mmg sendu pon.. weolsbl takdela dok sini 24 jam;P;P

mokcikKSKB Publish time 6-12-2015 09:51 PM

Kalau dh masuk board ni semuanya ayat wangi2 je lah...kalau komen sarkastik dikata karat nd..kalau atas pagar nnti kena shush shush..nk tau hot topic kena bukak thred kat gossip sana baru atas pagar semua mai cemar duli...;P

pumpkingirl Publish time 7-12-2015 09:54 AM

Tak percaya dgn fasha ni,dr dulu kuat menipu..artis kan..drama je semua.mcm drama nora n nedim putus haritu.tp tak heran kalau jejai tu ada perempuan lain..mmg womanizer pun.tgk jela apa dia buat kat nd,tak mustahil jadi kat fasha.jantan sengal.

pilot Publish time 7-12-2015 12:07 PM

mokcikKSKB replied at 6-12-2015 09:51 PM
Kalau dh masuk board ni semuanya ayat wangi2 je lah...kalau komen sarkastik dikata karat nd..kalau a ...

tak masanya wangi je...time kitorang kutuk pasah kitorang kutuk je takde nak puji jilat macam tokong wlupun separa bogel tetap suci katanya

sila baca benang2 zama pra sejarah dulu baru judge mana satu karatz mana satu bukan :lol:

beldandy Publish time 8-12-2015 10:02 AM

kan katanya org ketiga tu bukan org luar tp dr dlm keluarga jugak

ixaraalya Publish time 8-12-2015 10:49 AM

beldandy replied at 8-12-2015 10:02 AM
kan katanya org ketiga tu bukan org luar tp dr dlm keluarga jugak

bel baca katne ek? jadi betul la org jumpa jejai kat langkawi dgn org lain..kata vacay dgn family dia

beldandy Publish time 8-12-2015 12:03 PM

ixaraalya replied at 8-12-2015 10:49 AM
bel baca katne ek? jadi betul la org jumpa jejai kat langkawi dgn org lain..kata vacay dgn family...

bukn dlm sokkabr seml ke??

Pages: [1] 2
View full version: Rumah Tangga Fasha Bergolak?


ADVERTISEMENT