obelisk Publish time 2-12-2015 09:12 AM

Apabila orang Islam diejek

Multiracial Reverted Muslims - MRM



Dewasa ini, ada segelintir non Muslim mengejek, menghina dan mempersendakan orang Islam. Perkara ini bukannya sesuatu yang baharu kerana Allah sWT telahpun mengkhabarkannya di dalam al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu;

"Maka kamu (orang kafir) jadikan mereka (Muslim) ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
(Al-Mu'minuun 23:110)

Di sebalik ejekan dan penghinaan, Muslim tetap bersabar bukan kerana redha dan setuju tetapi Muslim mengetahui balasan dari Allah SWT lebih bernilai dari membalas ejekan dan penghinaan mereka.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Al-Mu'minuun 23:111)

Semoga kita menjadi di antara mereka yang berjaya di akhirat.

zamzarai Publish time 2-12-2015 09:29 AM

sebagai peringatan untuk kita supaya tidak lupa.

-electrifying- Publish time 2-12-2015 09:40 AM

Lihatla sekrang mereka2 ni hina, ejek kita mcm mana... Em...

Lollipop111 Publish time 2-12-2015 12:56 PM

“Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.”
(Al-Muzzamil 10)
Pages: [1]
View full version: Apabila orang Islam diejek


ADVERTISEMENT