Ipo Publish time 2-12-2015 10:39 AM

mula2 tu saya ingat pop corn makan dalam panggung wayang..:doh3:
dah baca...oh porn rupanya...:lol:


supernaturalee Publish time 2-12-2015 10:59 AM

lagi tt



makton Publish time 2-12-2015 11:25 AM

pening aku baca benang dia ni..

masa buat tak reti nak jijik. time nak taip sini mula la jijik merata2..

Porn la! Porn....!!!!
Susah sgt ke nak taip tu? :huffy

kbai.

ocho Publish time 2-12-2015 11:27 AM

PRAWN ...

zameyla Publish time 2-12-2015 11:41 AM

hehe.....mula2 baca tajuk ingatkan macam bod gossip tu, sediakan pop corn sebab ada crita panas...;P

kesian TT, dari kecik dah dihidangkan "Pop corn " tu.....

Sambung lg TT...

imsonaif Publish time 2-12-2015 11:52 AM

tunggu sambungan TT

mau pas ni nk makan pop corn ingat Porn :lol: :lol:

Kelipkertas Publish time 2-12-2015 12:52 PM

makton replied at 2-12-2015 11:25 AM
pening aku baca benang dia ni..

masa buat tak reti nak jijik. time nak taip sini mula la jijik me ...

Ahaha kau anggap jelah masa kecik ko main taik idung, bila dah besar kau jijik ngan taik idung tu. :P

makton Publish time 2-12-2015 01:03 PM

Kelipkertas replied at 2-12-2015 04:52 AM
Ahaha kau anggap jelah masa kecik ko main taik idung, bila dah besar kau jijik ngan taik idung tu. ...

:lol::lol::lol::lol::lol:

medangmru Publish time 2-12-2015 01:03 PM

makton replied at 2-12-2015 11:25 AM
pening aku baca benang dia ni..

masa buat tak reti nak jijik. time nak taip sini mula la jijik me ...

jgn marah2 ye makton....ai dah bagi nasihat td........

AryaStark Publish time 2-12-2015 01:08 PM

mcm complicated storyline tt nak sampai klimaks, tapi layan jugak baca. tgh cari tang seram nya di mana. chill :)

Kelipkertas Publish time 2-12-2015 01:27 PM

AryaStark replied at 2-12-2015 01:08 PM
mcm complicated storyline tt nak sampai klimaks, tapi layan jugak baca. tgh cari tang seram nya di m ...

Arya, sbenarnya takde yang seram pun. Dalam hidup aku ni rasanya tak sampai 3x aku mengalami kejadian seram secara realiti. Kalau dalam mimpi sampai aku bangun meracau2 tu selalu la... Padahal aku banyak pergi tempat yang keras2 tapi takde apa pun berlaku kat aku. Tengok orang histeria pun aku tak seram. Siap dorg letak kat bilik aku lagi ada. Ni bukan cakap besar okeh... nanti belakang citer aku bagitau kenapa.

Satu peristiwa paling seram la yang aku rasa, aku alami kat asrama kolej masa pra-diploma. Asrama tu bangunan kayu atap zink kat sawah padi. Ada dua dorm sebelah-menyebelah, so bangunan tu panjang.

Satu malam tu, aku terjaga. Tak ingat dah cemana bleh terjaga. Akak aku pun sama terbangun. Memula tu cam hening jer. Tetiba dengar cam ada benda jatuh atas atap zink kitorang.

Pastu bermula la drama hantu guling kat atas bumbung. Dari hujung dorm ke hujung dorm dia guling-guling-guling atas muka kitorang yang tengah terbaring keras atas katil~~ Bunyinya berdebum debam (bunyi apa nih?!) macam nak runtuh atap zink tu.

Tak lama tu dia slow kejap. Macam berguling perlahan-lahan.

Stop kat bumbung kat hujung kaki aku.

Aku yang memang keras tu terus rasa macam mati.

Pastu bau hancing. Tah mana datang. Aku ingat lagi bau hancing yang bukan kencing manusia.

Agak lama senyap, aku dan akak start baca Yasin. Sambil baring keras dalam selimut. Lidah ngan bibir je bergerak. Memula slow. Lelama makin kuat.

Tetiba bunyi atas bumbung kedengaran menjauh pergi hujung dorm sebelah dan hilang.

Asrama sunyi sepi~

Lama pastu baru dengar suara berbisik2. Rupanya budak dorm sebelah bangun. Siang esoknya kitorang sibuk cerita kat budak laki. Budak laki buat tak heran je sebab diorang kena kacau ngan pontianak lagi teruk. Haha.

Tu jelah citer seram yang aku dapat jamu korang.

Kelipkertas Publish time 2-12-2015 01:48 PM

Kat uganda. 2nd year, aku jadi exco persatuan pelajar. Hidup aku sangat busy sampai tak perasan rupanya dah setahun aku tak 'makan pop corn'. Tapi pergaulan aku ngan kengkawan teruk. Cepat hangin, dan aku alergi dengan lelaki. Kalau ada lelaki dalam satu bilik tu aku takkan masuk. Mungkin satu sebab, aku pun tak biasa bergaul bebas. Tapi kalau tengah layan 'pop corn' tu boleh pulak aku tengok aurat orang apa sume kan?

Waktu ni juga aku rapat ngan sorang member yang kena gangguan jin. Panggil dia Nurul. Aku baik ngan dia sebelum tau dia sakit lagi. Bila tau dia sakit, aku lagi suka tolong dia. Memang nature aku ni suka tolong orang sakit. Cita-cita aku dulu kalau tak jadi astronomer, aku nak jadi doktor. Sudahnya 2-2 ke laut.

Nurul ni jadi bipolar cam yang aku citer sebelum ni. Kejap dia, kejap bukan dia. Kalau tengah borak tu tetiba dia memaki, maknanya bukan dialah tu. Sebab tu dia lebih banyak diam dan lawan rasukan dalam hati dia. Time kena ruqyah memang dia flat. Setiap kali baca ruqyah, dia akan rebah pitam. Pastu bangun balik, sambung baca. Pitam lagi. Akulah duk belakang tukang sambut kepala dia. Dia kuat nak sembuhkan diri sendiri.

Kesian aku tengok dia. Kehidupan sosial dia rosak. Dia takleh nak rapat ngan orang, takleh nak join orang beraktiviti, hidup sorang-sorang je ngan 3-4 kawan rapat yang faham.

Nurul ni sangat kuat orangnya. Dia repeat exam 4-5 kali nak bagi dapat jugak degree. Masuk je musim exam, dia gila. Last2 semua kawan rapat habis study, tinggal dia sorang2 duk ngan kawan baru. Kawan baru pun tak kuasa nak layan kalau hari2 dia meracau. Lastly parents suruh dia drop pengajian. Kesian dia. Sekarang dia dah kahwin. Status yang cukup selamat untuk sorang perempuan. Alhamdulillah.

Kelipkertas Publish time 2-12-2015 01:51 PM

Ketagihan aku yang teruk berlaku pada 3rd year, time aku dah ada henfon berinternet, dah tak jadi exco dan banyak masa lapang.

Nanti la lepas opis. Lapar pulak.

zameyla Publish time 2-12-2015 02:33 PM

Kelipkertas replied at 2-12-2015 01:51 PM
Ketagihan aku yang teruk berlaku pada 3rd year, time aku dah ada henfon berinternet, dah tak jadi ex ...

Sambung TT... :$

sellie003 Publish time 2-12-2015 04:09 PM

Kuatnya dugaan ko... menda nih kira dah macm racun dalm ati sendiri... satu jek TT... kalu sampai jodoh kawin ajelah....tu aje jalnnya...

makton Publish time 2-12-2015 04:18 PM

medangmru replied at 2-12-2015 05:03 AM
jgn marah2 ye makton....ai dah bagi nasihat td........

nasib la makton jenis cepat cool.. hahaha

medangmru Publish time 2-12-2015 04:25 PM

makton replied at 2-12-2015 04:18 PM
nasib la makton jenis cepat cool.. hahaha

ha..........camtu la.............

makton Publish time 2-12-2015 04:34 PM

medangmru replied at 2-12-2015 08:25 AM
ha..........camtu la.............

abam supermod tak nak bagi tacang ke atas ke"cool"an makton neh?? :$

canadensis Publish time 2-12-2015 04:53 PM

Edited by canadensis at 9-12-2015 12:04 AM

deleted
:C

Kelipkertas Publish time 2-12-2015 07:39 PM

canadensis replied at 2-12-2015 04:53 PM
salam
wah respek TT



waalaikumsalam. aku bukan ustazah la. :mad:

aku cuma pendaki gunung yang berkali2 tergolek masuk lubang sama.

Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)


ADVERTISEMENT