CARI-IIN Publish time 1-12-2015 04:45 PM

Lelaki Jangan Abaikan 5 Perkara Ini

Oleh Izzah Abbasy

Lelaki jika mereka terlalu mengambil berat terhadap penampilan, ia dikira maskulin dan boleh membuatkan wanita berasa rimas.

Namun, jika tidak menitikberatkan soal penjagaan wajah dan tubuh, ia juga tidak disenangi wanita. Jadi, bagaimana nak puaskan hati wanita di sekeliling? Yang penting, kalau di rumah, puaslah mak membebel kat telinga kan?

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/01/164335qo00rffmufkekfee.jpg


5 perkara di bawah ini sangatlah mudah untuk diamalkan. Anda wajib ambil tahu sebelum terlambat!

1. Guna atau sapu pelembap

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/01/164333z24oo0l9g0048m2w.jpg


Gunalah pelembap agar ia membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Bersihkanlah wajah terlebih dahulu sebelum menyapu pelembap.

2. Topi punca kepala botak

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/01/164334vnnja1jst0iacqwj.jpg


Jika boleh, elakkan penggunaan topi kerana ia boleh menyekat perjalanan darah pada kulit kepala! Walau hakikatnya botak merupakan genetik, namun ada sebab lain iaitu anda gagal menjaga rambut dengan baik.

3. Mencukur dari bawah ke atas boleh elak kecederaan

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/01/164334j1b1inbf6cndhhcb.jpg

Ramai menyangka mencukur dari atas turun ke bawah akan menyebabkan kecederaan. Walhal, perkara sebetulnya adalah mencukur mengikut arah pertumbuhan rambut halus ini.

4. Makan coklat

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201512/01/164334odddlsdvydxhdszt.jpg

Pengambilan coklat yang dikatakan dapat membantu memberi emosi yang baik buat anda.

5. Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat

Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana takut menjadi seperti ‘orang gua’, hakikatnya anda tetap menjadi ‘orang gua’ kerana tidak mencukur!

Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan pertumbuhan yang semakin banyak. Sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik anda. - CARI Infonet
Pages: [1]
View full version: Lelaki Jangan Abaikan 5 Perkara Ini


ADVERTISEMENT